Sukan Institusi Pengajian Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Institusi Pengajian Tinggi
SingkatanSUKIPT
Edisi pertama2012
Diadakan pada setiapdua tahun
Edisi terakhir2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Edisi seterusnya2024
Laman sesawanghttps://www.sukipt.com.my/

Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau ringkasnya SUKIPT adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan yang diadakan secara dwitahunan melibatkan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia. Temasya ini pertama kali diadakan pada tahun 2012 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Politeknik (MSP), Majlis Sukan Kolej Komuniti (MASKOM) dan Majlis Sukan Institusi Swasta (MASISWA).[1]

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan penganjuran temasya ini dapat dijayakan selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT).
  • Menjadi landasan bagi atlet bertanding di peringkat yang lebih tinggi.
  • Meningkatkan integrasi nasional di kalangan pelajar/penuntut institusi pendidikan menerusi sukan.
  • Mencungkil bakat atlet dan menyediakan peluang bertanding yang lebih kompetitif.
  • Membudayakan sukan di kalangan pelajar/penuntut sebagai usaha ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Sukan yang dipertandingkan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan acara sukan yang pernah dipertandingkan dalam temasya ini;

Penyertaan[sunting | sunting sumber]

Temasya ini disertai institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia melibatkan institut pengajian tinggi awam (IPTA), institut pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Pada edisi 2016 dan 2018, beberapa universiti di negara Asia Tenggara yang lain turut menyertai temasya ini.[2][3]

Senarai edisi[sunting | sunting sumber]

Edisi Tahun Tuan rumah Tarikh mula Tarikh tamat Bilangan sukan Bilangan kontinjen Juara keseluruhan
I 2012 - 28 Oktober 11 November 15 101 UPM[4]
II 2014 UiTM, Shah Alam 3 Februari 16 Februari 24 107 UiTM[5]
III 2016 UTM, Skudai 25 Januari 5 Februari 25 117 UiTM[6]
IV 2018 UKM, Bangi 2 Februari 10 Februari 27 117 UPM[3]
V 2020 Dibatalkan akibat Pandemik COVID-19
VI 2022 UPSI, Tanjung Malim 12 Ogos 21 Ogos 21 66 UPM[7]
VII 2024 UUM, Sintok 9 September 14 September

Olahragawan dan olahragawati[sunting | sunting sumber]

Edisi Tahun Olahragawan Olahragawati
Nama Kontinjen Sukan Nama Kontinjen Sukan
I 2012 Ian Leong Bell Universiti Sains Malaysia Renang Chui Lai Kwan Universiti Putra Malaysia Renang
II 2014 Lukman Hakim Ramlan Universiti Teknologi Mara Olahraga Khoo Cai Lin University Taylor Renang
III 2016[6] Chan Jie Universiti Sunway Renang Irene Chong Universiti Malaya Renang
IV 2018[8] Yeap Zheng Yang Universiti Taylor Renang Angela Chieng Chui Fei Universiti Putra Malaysia Renang
V 2022[9] Khiew Hoe Yean Universiti UCSI Renang Ong Yong Qi Universiti Sunway Renang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SUKIPT 2022 - Pengenalan". www.sukipt.com.my. Dicapai pada 2023-09-01.
  2. ^ "UPM Raih 41 Emas, 19 Perak, 21 Gangsa Di SUKIPT 2016 | SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH". sgs.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-09-01.
  3. ^ a b "UPM JUARA KESELURUHAN SUKIPT 2018 | Universiti Putra Malaysia". www.upm.edu.my. Dicapai pada 2023-09-01.
  4. ^ "UPM Juara Keseluruhan SUKIPT 2012 - Sukan | mStar". www.mstar.com.my. 2012-11-12. Dicapai pada 2023-09-01.
  5. ^ "UiTM kuasai SUKIPT 2014 | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2023-09-01.
  6. ^ a b "Tahniah UiTM Juara Keseluruhan SUKIPT 2016 – Persatuan Pentadbir UiTM". Dicapai pada 2023-09-01.
  7. ^ AZMAN, MUHAMMAD ZULKARNAIN MOHD (2022-08-22). "UPM juara keseluruhan SUKIPT 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-09-01.
  8. ^ "SUKIPT: Zheng Yang, Angela dinobat atlet terbaik". stadiumastro.com. Dicapai pada 2023-09-01.
  9. ^ "SUKIPT 2022: Hoe Yean, Yong Qi cemerlang". Sinar Harian. 2022-08-18. Dicapai pada 2023-09-01.