Sukan SEA 2007
Sukan Asia Tenggara ke-24 | |
---|---|
Penyertaan negara | 11[1] |
Penyertaan atlet | 5282 |
Acara | 436 dalam 43 sukan (anggaran) |
Upacara pembukaan | Disember 6, 2007 |
Upacara penutupan | Disember 15, 2007 |
Dirasmikan oleh | HRH Crown Prince Maha Vajiralongkorn Crown Prince of Thailand |
Pembaca ikrar Atlet | Suebsak Pansueb |
Pembaca ikrar Juri | Vice Professor Paibul Srichaisawat |
Pembawa obor | Udomporn Polsak |
Venue upacara | His Majesty the King's 80th Birthday Anniversary, 5th December 2007 Sports Complex |
Sukan Asia Tenggara ke-24 (juga dikenali sebagai Sukan SEA) telah diadakan di Wilayah Nakhon Ratchasima (Korat), utara Thailand dari 6 Disember hingga 16 Disember, 2007. Majlis Olimpik Thailand telah merancang acara ini sempena hari ulang tahun kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-80.
Ini adalah kali ke-6 Thailand menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara ini. Sebelum ini pada 1959, 1967, 1975, 1985, dan 1995. Sepatutnya Sukan SEA edisi 2007 tetapi Singapura telah menarik diri daripada peluang menjadi tuan rumah pada 2004 di Stadium Nasional Singapura dan ingin membina Hub Sukan Singapura maka Thailand mempunyai peluang menjadi tuan rumah Sukan SEA kali ini.
Persiapan
[sunting | sunting sumber]Pada 24 Februari 2006, Gabenor Wilayah Nakhon Ratchasima bertemu untuk membincangkan jadual Sukan SEA ke-24, dan perkembangan projek di wilayah itu yang menelan kos perbelanjaan US$65 juta bagi pembinaan kompleks sukan. Projek ini diketuai oleh gabenor; Somboon Ngamlak. Akhirnya, gambaran keseluruhan pembinaan kemudahan sukan tersebut dinyatakan dalam satu perjumpaan, dan beliau menyatakan kesemua kemudahan sukan sedia digunakan untuk Sukan SEA 2007.
Pungutan pingat
[sunting | sunting sumber]
* Tuan rumah (Thailand)
Gelanggang[sunting | sunting sumber]Kebanyakan sukan akan diadakan di kompleks sukan berharga $65 juta di Jalan Pakthongchai di Nakhon Ratchasima. [2] Kompleks sukan ini boleh menampung 20,000 tempat duduk dinamakan Kompleks sukan Keputeraan Raja ke-80 tahun, 5 Disember 2007. Kompleks sukan ini juga termasuk stadium dalaman berjumlah 5,000-tempat duduk, 16 kemudahan gelanggang tenis , di kalangan kemudahan lain yang dijadualkan tamat pembinaannya pada bulan Jun 2007.[3] Kompleks Sukan Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Thailand yang ke-80 (5th December 2007)
Universiti Teknologi Suranaree
Gelanggang lain
Galeri[sunting | sunting sumber]Kemajuan pembinaan sehingga 30 Mei 2007: Acara sukan[sunting | sunting sumber]Terdapat lebih 400 acara daripada 43 jenis sukan dipertandingkan di Sukan Asia Tenggara 2007 termasuk 2 sukan pertunjukan (iaitu; Go dan Kempo).[4] Edisi ke-24 ini akan mempertandingkan jumlah acara tertinggi dalam sejarah Sukan Asia Tenggara, melebihi jumlah acara di Sukan Asia dan Sukan Olimpik. ¹ - bukan jenis sukan rasmi Sukan Olimpik Negara yang mengambil bahagian[sunting | sunting sumber]
Upacara perasmian[sunting | sunting sumber]Temasya Sukan SEA edisi yang ke-24 ini dibuka secara rasmi di Korat, Thailand. Temasya ini dianggap paling istimewa dalam sejarah enam kali Thailand menjadi tuan rumah kerana temasya dwi-tahunan terbesar di rantau Asia Tenggara itu, kali ini dilangsungkan hampir serentak dengan sambutan Keputeraan Raja Thai Ke-80. Malah pemilihan Wilayah Nakhon Ratchasima sebagai gelanggang Sukan SEA kali ini khusus dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan hari kelahiran Raja Bhumibol Adulyadej, raja paling lama memerintah di dunia. Walau bagaimanapun, upacara perasmian Sukan SEA edisi 2007 ini tidak dapat disempurnakan oleh Raja Bhumipol sendiri. Sebaliknya, diambilalih oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang mewakili bapanya yang uzur dan agak keletihan kerana menghadiri aturcara padat sempena sambutan hari lahirnya sebelum upacara perasmian ini menjelang. Dengan bertemakan ‘Semangat, Setiakawan, dan Perayaan’ serta maskot kucing Siam ‘maeo si sawat’, acara perasmian tetap berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni apabila Stadium Utama Keputeraan Raja Thai Ke-80 yang boleh menempatkan kapasiti 40,000 orang. Upacara perasmian bermula pukul 6.15 petang (waktu tempatan) dengan persembahan yang bertajuk ‘The Journey of SEA Games to Korat’ mula membuka tirai diikuti empat lagi persembahan kebudayaan menarik yang membabitkan 8,793 pelajar daripada 35 institusi pendidikan di Korat ini. Antara persembahan tersebut ialah menyanjung pemerintahan Raja Bhumibol, pengkisahan tentang legenda tempat bersejarah Phu Mai Ruin dan pembukaan awal bandar Korat. Selepas itu, 11 kontinjen negara yang mengambil bahagian pada temasya kali ini mula berarak masuk dengan didahului kontinjen Brunei Darussalam. Kemuncak kepada upacara perasmian ini pastinya pengumuman pembukaan rasmi oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn diikuti upacara menaikkan bendera Persekutuan Sukan SEA (SGF) dan pernyalaan obor sebagai tanda bermulanya temasya secara rasmi. Dua atlet legenda Thailand iaitu pemenang pingat gangsa acara tinju lelaki Sukan Olimpik Athens 2004, Suriya Prasathinpimai dan atlet angkat berat dan wanita pertama Thailand yang memenangi emas di Sukan Olimpik 2004, Leftenan Udomporn Polsak diberi penghormatan menyalakan obor temasya. Sebanyak 5,200 atlet daripada 11 buah negara Asia Tenggara mengambil bahagian pada temasya kali ini yang mempertandingkan 43 acara kesemuanya serta menawarkan 475 pingat emas untuk direbut. Penaja utama[sunting | sunting sumber]Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
|