Pergi ke kandungan

Sukhoi Su-30MKK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Su-30MKK
Pesawat Su-30MK2 milik Tentera Udara China
Peranan Pesawat pelbagai peranan, pejuang-penyerang
Pengeluar KnAAPO
Direka oleh Sukhoi
Diperkenalkan Disember 2000
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara China
Pasukan Udara Tentera Laut China
Tentera Udara Indonesia
Tentera Udara Venezuela
Dikeluarkan 2000-kini
Jumlah dibina 124 buah
Kos seunit AS$53 juta untuk 38 buah pesawat pertama
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27SK

Sukhoi Su-30MKK (nama pengenalan NATO Flanker-G)[1] adalah sebuah pesawat ubahsuai Su-27SK yang dikeluarkan sejak 1999 oleh KnAAPO, JSC. Pesawat ini dianggap sebagai versi tingkat upaya bagi Sukhoi Su-30. Pesawat ini boleh diperanankan sebagai sebuah pesawat pelbagai peranan, penguasaan udara dan penyerang-pejuang jarak jauh dari kelas berat. Su-30 MKK kini digunakan oleh Tentera Pembebasan Rakyat, Tentera Udara Indonesia, dan baru-baru ini oleh Tentera Udara Venezuela.[2]

China dan Rusia mula berunding untuk membeli pesawat pejuang pelbagai peranan Su-30MK pada 1996. Pada masa itu, pesawat Su-30MK masih di dalam proses melengkapkan pembangunan akhirnya. Pejanjian perolehan awal sebanyak 38 buah pesawat yang bernilai kira-kira AS$2 bilion telah dipersetujui pada Ogos 1999. Pada 9 Mac, 1999, pesawat prototaip pertama yang dinamakan sebagai "Blue 501" telah membuat penerbangan sulung. Pada 19 Jun, 1999, pesawat prototaip kedua yang dinamakan "Blue 502" pula berjaya melakukan penerbangan sulung, dan sama seperti pesawat prototaip pertama, pesawat ini digunakan bagi melakukan ujian prestasi aerodinamik. Pesawat prototaip ke-3 dan ke-4 masing-masing dinamakan "Blue 503" dan "Blue 504" kemudian telah dibina pada tahun yang sama dan digunakan dalam melakukan ujian persenjataan. Kesemua penerbangan ujian telah dibuat di Komsomolsk-on-Amur, dan huruf kedua "K" pada Su-30MKK membawa maksud Komsomolsk-on-Amur, dan bukannya "Kitayski" yang merujuk kepada China. Khabar angin mengatakan, tindakan keselamatan ini dilakukan atas permintaan China, dan rujukan ini kekal sehingga 15 Ogos, 1999, apabila Panglima Tentera Udara Rusia telah secara terbuka memaklumkan kepada pemberita dari negara Barat di khalayak umum bahawa China telah memesan pesawat Su-30MKK. Versi ini telah diubahsuai khas bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat dan dikenali sebagai Su-30MKK.[3] Keperluan China telah memberi mandat ke atas tingkat upaya ketara yang dilakukan pada pesawat asal Su-30MK, dan Biro Rekabentuk Sukhoi telah menggunakan banyak sumber-sumber seperti CAD / CAE / CAM bagi mencepatkan proses. Mengikut Biro Rekabentuk Sukhoi, pesawat ini hanya mengambil masa selama 9 bulan dari tarikh proses rekabentuk dimulakan sehingga penyiapkan pesawat prototaip pertama yang dinamakan "Blue 501". Pada Januari 2003, Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat pula telah memesan 24 buah pesawat Su-30MKK2 yang mana merupakan versi tingkat upaya bagi pesawat asal Su-30MKK.[3]

Penghantaran

[sunting | sunting sumber]
Su-30 MKK
Divisyen Penerbangan ke-3, Tentera Udara China yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Wuhu, Wilayah Anhui Province telah menerima kumpula pertama pesawat sejumlah 10 buah dari KNAAPO pada Disember 2000; 38 buah pesawat selebinhnya dihantar pada akhir 2001. Kumpulan kedua pesawat sejumlah 38 buah telah dipesan pada Julai 2001, dan kesemua pesawat ini telah dihantar pada 2003. Pesawat-pesawat ini dioperasikan oleh Divisyen Udara ke-18, Tentera Udara China yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Changsha, Wilayah Hunan.[3]
Su-30 MK2
24 buah Su-30 MK2 telah dipesan oleh Tentera Laut China pada Januari 2002, kesemua pesawat ini dilaporkan telah dihantar pada Ogos 2004[3]
Pada September 2004, 24 buah Su-30MK2 telah dipesan oleh Tentera Udara Venezuela. Empat darinya telah dihantar pada Disember 2006, dan selebihnya dijangka akan dihantar pada 2007.
Indonesia telah menerima 5 buah Su-30MK2 dalam dua masa yang berbeza, 2 buah diterima pada 2003 sementara 3 buah lagi telah dihantar pada 2009.
 Republik Rakyat China[3]
 Venezuela
 Indonesia
 Vietnam

Spesifikasi (Su-30MKK)

[sunting | sunting sumber]

Data dari KNAAPO[2]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 21.9 m (71 kaki 10 in)
  • Rentang sayap: 14.7 m (45 kaki 11 in)
  • Tinggi: 6.4 m (21 kaki 0 in)
  • Berat berisi: 24,900 kg (54,900 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 34,500 kg (76,100 lb)
  • Loji kuasa:Lyulka AL-31F turbofan, 123 kN (27,600 lbf)[6] setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ MKK stands for Russian Mnogofunktzionniy Kommercheskiy Kitayski (Cyrillic: Многофунктзионний Коммерческий Китайски), "Multifunctional Commercial for China".
  2. ^ a b "The Su-30MK Multipurpose Double-seat Fighter". KNAAPO. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-16. Dicapai pada 2007-01-16.
  3. ^ a b c d e "Su-30MKK Multirole Fighter Aircraft". Sinodefence.com. 2006-11-26. Dicapai pada 2007-01-16. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ In the summary of http://en.wikipedia.org/wiki/Image:P1010529.jpg
  5. ^ "Ministro Maniglia dijo que los Sukhoi son aviones para la defensa". July 13, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-27. Dicapai pada 2008-10-25.
  6. ^ Pengukuran awal adalah 12,500 kgf.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]