T411 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T411
MRT Taman Connaught–Taman Cheras Awana
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
DepotDepoh Bas Kajang
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatan
  • Taman Connaught
  • Taman Bukit Hijau
  • Taman Cheras Zen
  • Taman Masria
  • Taman Cuepacs
  • Taman Ferngrove
  • Taman Segar Perdana
  • Taman Koperasi Cuepacs
Melalui mercu tanda
Titik mulaMRT Taman Connaught (Pintu B)
Melalui
Senarai jalan raya
Titik tamatMRT Taman Connaught (Pintu B)
Hentian/stesen bas20 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan30–60 minit
Kekerapan hari minggu30–60 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Cheras
Pertukaran ke laluan lain
Jadual laluanJadual T411 (2020)
← T410  Laluan bas di Lembah Klang  T412 →

Laluan bas T411 (MRT Taman Connaught–Taman Cheras Awana) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T411 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Taman Connaught di Kuala Lumpur dan menuju ke kawasan petempatan Taman Connaught, Taman Bukit Hijau, Taman Cheras Zen, Taman Masria, Taman Cuepacs, Taman Ferngrove, Taman Segar Perdana, dan Taman Koperasi Cuepacs.[1][2][3]

Laluan bas ini berkhidmat di 20 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (PYL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T411 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T411 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T411 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Cheras (dalam kategori penomboran laluan bas 400–499).[7] T411 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Masria, Taman Cuepacs, Taman Ferngrove, Taman Segar Perdana, dan Taman Koperasi Cuepacs; dan sebahagian kawasan Taman Connaught, Taman Bukit Hijau dan Taman Cheras Zen. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Taman Connaught, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang (PYL) ke Kwasa Damansara dan Kajang.[1][3]

Terdapat sebanyak 20 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T411, dengan tujuh hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[1] Masa perjalanan keseruluhan laluan bas ini adalah dalam lingkungan 27 minit dari Hentian Bas MRT Taman Connaught ke hentian bas yang sama.[8] Kekerapan bas laluan ini pula 30 hingga 60 minit pada hari Isnin–Jumaat dan pada hari Sabtu dan Ahad ialah sama seperti hari bekerja; dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.[8] Bas laluan T411 berkhidmat setiap hari. Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala.[8] Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja iaitu melalui kad Touch 'n Go ataupun kad konsesi bermula tahun 2019.[9][10] Mod pembayaran sebelum tahun 2019 bas perkhidmatan bas laluan T411 ialah melalui wang kertas dan pembayaran elektronik.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "MyRapid - Bus Kiosk | T411" [MyRapid - Hentian Bas | T411]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  3. ^ a b "MRT Taman Connaught (T411) - Pintu B" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
  4. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ a b Fuad, Faris (15 Disember 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2018. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  6. ^ Agensi Pengangkutan Awam Darat (15 Julai 2017). "Terdapat 23 laluan bas baru di bawah Fasa 2 Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Kenalilah kesemua laluan-laluan bas perantara MRT ini". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  7. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b c "Line T411 – MRT Taman Connaught ↺ Taman Cheras Awana" [Laluan T411 – MRT Taman Connaught ↺ Taman Cheras Awana]. Moovit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Januari 2024.
  9. ^ BERNAMA (29 Januari 2019). "Bas perantara MRT laksana sistem bayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  10. ^ a b Najib (31 Januari 2019). "Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari". Soya Cincau. Mind Blow Sdn. Bhd. Dicapai pada 28 Januari 2024.