T410 (bas Rapid KL)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
T410
MRT Taman Connaught–Bandar Tasik Selatan
Gambaran menyeluruh
PengendaliRapid KL (Rapid Bus)
DepotDepoh Bas Kajang
StatusBeroperasi
Perkhidmatan bermula16 Julai 2017; 6 tahun yang lalu (2017-07-16)
Waktu malamAda
Laluan
Jenis laluanLaluan perantara
LokasiLembah Klang, Malaysia
Melalui petempatan
Melalui mercu tanda
Titik mulaMRT Taman Connaught (Pintu A)
Melalui
Senarai jalan raya
Titik tamatMRT Taman Connaught (Pintu A)
Hentian/stesen bas18 hentian
Perkhidmatan/servis
Jenis perkhidmatanPerkhidmatan bas pengangkutan awam
Kekerapan15–30 minit
Kekerapan hari minggu30–60 minit
Hari operasiSetiap hari (dari jam 6.00 pagi–11.30 malam)
ZonKoridor Cheras
Pertukaran ke laluan lain
Jadual laluan
Peta laluanMyRapid - Bus Kiosk
← T409  Laluan bas di Lembah Klang  T411 →

Laluan bas T410 (MRT Taman Connaught–Bandar Tasik Selatan) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas T410 merupakan sebuah laluan bas perantara yang bermula dari Stesen MRT Taman Connaught di Kuala Lumpur dan menuju ke kawasan petempatan Taman Connaught, Taman Taynton View, Taman Cheras Zen, Desa Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan.[1][2][3]

Laluan bas ini berkhidmat di 18 buah hentian bas,[1] dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 16 Julai 2017, selari dengan pembukaan dan pengoperasian MRT Laluan Kajang (KGL) fasa kedua dari stesen MRT Muzium Negara ke stesen MRT Kajang.[4][5] Laluan bas T410 merupakan satu daripada 23 buah laluan bas perantara MRT Laluan Kajang yang diperkenalkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menjelang pembukaan MRT Laluan Kajang fasa kedua.[5][6] Laluan bas T410 dikendalikan sepenuhnya oleh Rapid Bus di bawah kendalian Rapid KL.[1]

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Laluan bas T410 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Cheras (dalam kategori penomboran laluan bas 400–499).[7] T410 merupakan sebuah laluan perantara MRT yang berkhidmat di sekitar Taman Connaught, Taman Taynton View, Taman Cheras Zen, Desa Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan. Perkhidmatan bas ini menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan akhir bagi penduduk setempat di kawasan tersebut ke Stesen MRT Taman Connaught, yang di mana menyediakan perkhidmatan MRT Laluan Kajang (KGL) ke Kwasa Damansara dan Kajang.[1][3] Laluan bas ini juga merupakan laluan bas yang menghubungkan Laluan Kajang dengan Laluan Sri Petaling, KTM Laluan Seremban, KLIA Transit dan Laluan ETS.[3]

Terdapat sebanyak 18 hentian bas yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas T410, dengan enam hentian bas pertukaran ke laluan bas yang lain.[1] Masa perjalanan keseruluhan laluan bas ini adalah dalam lingkungan 29 minit dari Hentian Bas MRT Taman Connaught ke hentian bas yang sama.[8] Kekerapan bas laluan ini pula 15 hingga 30 minit pada hari Isnin–Jumaat dan 30 minit hingga 1 jam pada hari Sabtu dan Ahad dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.[8] Bas laluan T410 berkhidmat setiap hari.Kadar tambang bermula RM1 bagi perjalanan sehala.[8] Mod pembayaran ialah pembayaran tanpa tunai sahaja iaitu melalui kad Touch 'n Go ataupun kad konsesi bermula tahun 2019.[9][10] Mod pembayaran sebelum tahun 2019 bas perkhidmatan bas laluan T410 ialah melalui wang kertas dan pembayaran elektronik.[10]

Gambaran laluan[sunting | sunting sumber]

Stesen MRT Taman Connaught pada tahun 2017.

Laluan bas T410 bermula di Hab Bas MRT Taman Connaught Pintu A (kod hentian bas – KL1792) di titik tamat bagi Lebuhraya Cheras–Kajang arah utara dekat dengan bangunan pusat beli-belah Cheras Sentral. Hab bas ini menyediakan pertukaran ke MRT Laluan Kajang dan rangkaian bas Rapid KL laluan T411, T412 dan 450. Bas laluan T410 akan melalui Jalan Cheras (FT 1), lalu menuju ke barat iaitu ke Lebuhraya Salak arah Kuala Lumpur. Di Lebuhraya Salak, T410 akan berkhidmat di dua hentian bas. Tiba di Persimpangan Jalan Mewah, bas akan berkelok ke selatan menuju ke Jalan Mewah, kemudian ke Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) arah barat. Ia akan melalui kawasan perindustrian dan petempatan manusia Desa Tun Razak. Lalu, T410 akan menuju ke tanjakan pusingan U ke Stesen Bandar Tasik Selatan. T410 akan melalui Jalan Stesen dan berkhidmat di hentian LRT Bandar Tasik Selatan (kod hentian bas – KL152).[1][3]

Bas laluan T410 akan menuju ke MRR2 semula, meninggalkan Jalan Stesen menuju ke Persimpangan Jalan Mewah. Kemudian, ia membelok ke utara ke Jalan Mewah, diikuti dengan belokan ke arah timur, yang menuju ke Lebuhraya Salak arah Taman Connaught. Dekat stesen minyak BHP Petrol, ia akan membelok ke utara menuju ke kawasan perdagangan dan perumahan kos rendah Taman Connaught; dengan melalui Jalan Wwaras diikuti dengan Jalan Bee Eng 1. Ia akan juga melalui Sekolah Sri UCSI. Sebaik sahaja, jajaran Jalan Bee Eng 1 tamat, ia berkelok ke timur; menuju ke Jalan Dato Haji Harun dengan melewati deret kedai-kedai Taman Taynton View. Kemudian, ia akan menuju ke tanjakan pusingan-U Jalan Cheras di selatan Taman Mutiara. Ia akan menuju ke arah selatan, melewati kawasan Taman Segar, Taman Cheras Zen dan Hab Bas MRT Taman Connaught Pintu B. Ia akan membuat pusingan U di Persimpangan Bertingkat PGA (Susur 701), Lebuhraya Cheras–Kajang dan menuju ke Hab Bas MRT Taman Connaught Pintu A dan tamat.[1][3]

Hentian bas[sunting | sunting sumber]

Terdapat 18 buah hentian bas dalam perkhidmatan bas laluan T410.[1][3]

Senarai hentian bas[sunting | sunting sumber]

Hentian bas laluan T410 (Setakat Januari 2024)[1][3]
Kod Nama hentian bas Lokasi Pertukaran/sambungan Nota Gambar
KL1792 MRT Taman Connaught Pintu A Lebuhraya Cheras–Kajang 9 MRT Taman Connaught
Pengangkutan bas Rapid KL: T411, T412, 450
KL758 Taman Connaught (Barat) Lebuhraya Salak
KL759 Ikon Connaught Lebuhraya Salak
KL2168 Desa Tun Razak (Utara) Jalan Mewah
KL1784 Apartmen Desa Tun Razak MRR2 Pengangkutan bas Rapid KL: 581
KL1786 Apartmen Desa Tun Razak MRR2 Pengangkutan bas Rapid KL: 581
KL152 LRT Bandar Tasik Selatan Jalan Stesen 1 4 7 Bandar Tasik Selatan
Terminal Bersepadu Selatan Terminal Bersepadu Selatan
Pengangkutan bas Rapid KL: 581
KL1786 Apartmen Desa Tun Razak MRR2 Pengangkutan bas Rapid KL: 581
KL2167 Desa Tun Razak (Utara) Jalan Mewah
KL751 Ikon Connaught (Opp) Lebuhraya Salak
KL752 Taman Connaught (Barat) Lebuhraya Salak
KL918 Taman Connaught (Utara) Jalan Waras
KL753 USCI University Jalan Bee Eng 1
KL2222 Taman Taynton View (Barat) Jalan Bee Eng 1
KL754 Taman Taynton View (Timur) Jalan Dato Haji Harun
KL1791 MRT Taman Connaught Pintu B Lebuhraya Cheras–Kajang 9 MRT Taman Connaught
Pengangkutan bas Rapid KL: T411, T412, 450
KJ712 Cheras Zen Park Lebuhraya Cheras–Kajang Pengangkutan bas Rapid KL: T411, 450
KL1792 MRT Taman Connaught Pintu A Lebuhraya Cheras–Kajang 9 MRT Taman Connaught
Pengangkutan bas Rapid KL: T411, T412, 450

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "MyRapid - Bus Kiosk | T410" [MyRapid - Hentian Bas | T410]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  2. ^ "Rapid KL - Bus Info: Feeder Bus For MRT Kajang Line" [Rapid KL - Maklumat Bas: Bas Perantara untuk MRT Laluan Kajang]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  3. ^ a b c d e f g "MRT Taman Connaught (T410) - Pintu A" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Ogos 2017. Dicapai pada 9 Ogos 2017.
  4. ^ "MRT Feeder Bus Routes" [Laluan Bas Pengantara MRT] (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-23. Dicapai pada 2017-07-20.
  5. ^ a b Fuad, Faris (15 Disember 2016). "MRT Fasa 2: Laluan Muzium Negara-Kajang dibuka Isnin ini". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 November 2018. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  6. ^ Agensi Pengangkutan Awam Darat (15 Julai 2017). "Terdapat 23 laluan bas baru di bawah Fasa 2 Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang. Kenalilah kesemua laluan-laluan bas perantara MRT ini". Facebook. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2024. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  7. ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ a b c "Laluan T410 – MRT Taman Connaught ↺ LRT Bandar Tasik Selatan". Moovit. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  9. ^ BERNAMA (29 Januari 2019). "Bas perantara MRT laksana sistem bayaran tambang tanpa tunai sepenuhnya". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  10. ^ a b Najib (31 Januari 2019). "Bas perantara MRT tidak akan menerima wang tunai bermula Februari". Soya Cincau. Mind Blow Sdn. Bhd. Dicapai pada 28 Januari 2024.