Tal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tal
Borassus flabellifer.jpg
Sebatang pokok tal
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Arecaceae (sin. Palmae)
Genus:
Spesies:
B. flabellifer
Nama binomial
Borassus flabellifer
Sinonim[1]
  • Borassus flabelliformis L.
  • Borassus flabelliformis Roxb.
  • Borassus sundaicus Becc.
  • Borassus tunicatus Lour.
  • Lontarus domestica Gaertn. nom. illeg.
  • Pholidocarpus tunicatus (Lour.) H.Wendl.
  • Thrinax tunicata (Lour.) Rollisson

Tal,[2] pokok lontar atau siwalan (nama saintifik: Borassus flabellifer) adalah sejenis pokok palma yang tumbuh di Asia Selatan dan Asia Tenggara terutamanya dalam kawasan rangkuman bahagian timur pulau Jawa, Madura, Bali, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur di kepulauan Indonesia.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama lontar merupakan hasil metatesis rontal mengembangkan dari nama tal di mana ron bermaksud "daun" seterusnya mengaitkan pokok ini dengan pengunaan dedaun pelepahnya sebagai bahan pengalas diturunkan tulisan serta manuskrip terbitan bahan ini;[3][4] hal ini turut dicerminkan pada nama-nama mirip diberikan kepada pokok ini dalam bahasa-bahasa serumpun seperti lonta (bahasa Minangkabau), ental (bahasa Sunda, bahasa Jawa, bahasa Bali), ta'al (Md.), dun tal (Bahasa Sasak), jun tal (bahasa Sumbawa), tala (di Sulawesi_Selatan), lontara (bahasa Toraja) dan lontoir (di Pulau Ambon).[5]

Siwalan meminjam dari bahasa Jawa.[6]

Botani[sunting | sunting sumber]

Sebiji buah tal

Pokok tal boleh mencapai ketinggian maksimum 30 meter, batangnya berwarna kelabu dengan parut pangkal daun yang sudah gugur. Daun-daun pelepahnya berbentuk kipas 3 meter lebar dengan hujung berwarna kehitaman di tiap petiol.[7]

Pokok jantan dan pokok betina tal wujud secara berasingan; bunga jantan terkumpul berbentuk pudung lonjong 1 sm setiap kuntum manakala bunga betinanya berbentuk bulat. Bunga betina yang disenyawakan menghasilkan 1-3 biji buah berwarna hitam keperangan dengan ukuran 15–25 cm lebar, isinya berserabut menutupi suatu isirong berkayu mengandungi biji benihnya. Biji benih pokok tal mencambah sangat perlahan menghasilkan hanya beberapa helai daun setahun.[7]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Daun-daunnya dapat dikeringkan dan dikumpulkan sebagai suatu bahan tulisan disebut sebagai lontar. Tangkai dan kulit pelepah daun turut dapat diraut menjadi serat baik banyak digunakan di Sulawesi Selatan untuk menganyam tali atau membuat suatu sarung kepala juga disebut sebagai songkok.[5] Selain itu juga daun-daun ini boleh dianyam membuat kipas, tikar, topi, bakul keranjang serta tenunan untuk pakaian dan sasando, sejenis alat muzik khusus dari Pulau Roti.

Buahnya boleh dimakan terutamanya yang muda lembut dan berair isi dalamnya dijual di jalanan atau dipotong dadu ke dalam es dawet keistimewaan Lamongan pesisir Jawa Timur. Isi buah yang tua juga boleh dimakan segar ataupun dimasak terlebih dahulu. Cairan kekuningan darinya diambil pula untuk dijadikan campuran penganan atau kuih-muih mahupun dibuat menjadi selai.

Bunga betina atau jantan pokok ini dapat disadap untuk mendapatkan niranya[8] yang boleh terus diminum, dimasak menjadi gula atau ditapai menjadi legen atau tuak; air seumpamanya seperti todi atau kallu turut dihasilkan cara sama.[8]

Kayu bahagian luar batang pokok lontar bermutu baik dan keras digunakan sebagai bahan bangunan atau pertukangan alat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Plant List, Borassus flabellifer Mart.
  2. ^ "tal". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ S. Wojowasito (1977). Kamus Kawi-Indonesia. Malang, Jawa Timur: Penerbit CV Pengarang. m/s. 226, 258.
  4. ^ Rubinstein, Raechelle (2000). Beyond the Realm of the Senses: The Balinese Ritual of Kakawin Composition. Leiden, Belanda: Koninklijk Instituut voor Taal-, Land- en Volkenkunde. m/s. 13–14. ISBN 9067181331.
  5. ^ a b Heyne, Karel (1987). Tumbuhan Berguna Indonesia. 1. Jakarta: Yayasan Sarana Wana Jaya. m/s. 373-376.
  6. ^ "siwalan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  7. ^ a b Bayton, Ross P. (2007). "A revision of Borassus L. (Arecaceae)". Kew Bulletin. 62 (561–586).
  8. ^ a b Commercial Crops Technology. New India Publishing. 2007. m/s. 328. ISBN 9788189422523.