Tanda petik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Tanda baca

Titik .
koma ,
titik koma ;
titik bertindih :
tanda sempang -,
pisah , , ,
elipsis , ...
tanda tanya ?
tanda seru !
kurung ( ), [ ], { }, < >
tanda petik ‘ ’, “ ”
garis miring /
penyingkat '
Pemisah kata
jarak/
spasi
( ) () ()
( ) () () ()
titik tengah ( · )
Tipografi umum
guillemets « »
solidus
dan &
at @
tanda bintang *
garis miring terbalik \
bullet
sirkumfleks ^
hak cipta ©
mata wang generik: ( ¤ )
spesifik: ฿, ¢, $, , ƒ, , , , £, , ¥, , ,
dagger ( , )
Darjah ( ° )
ditto ( )
seru terbalik ( ¡ )
tanya terbalik ( ¿ )
pagar ( # )
nombor ( )
ordinal (º, ª)
peratus/persen ( %, ‰, )
Pilcrow ( )
prime ( )
merk ( ® )
tanda bahagi ( § )
tanda servis ( )
tilde ( ~ )
trademark ( )
diaresis ( ¨ )
garis bawah ( _ )
garis vertikal ( |, ¦ )
Tipografi tak umum
asterism ( )
index ( )
tanda "jadi"/"maka" ( )
tanda "sebab" ( )
interrobang ( )
ironi ( ؟ )
lozenge ( )
tanda Jepang ( )
tie ( )

Tanda petik merupakan tanda baca yang digunakan secara berpasangan ― terdiri daripada tanda pembuka dan tanda penutup kata ― dalam pelbagai sistem tulisan untuk menunjukkan sesuatu perbualan dan ungkapan atau frasa dipetik[1] semasa ditulis.

Jenis dan kelaziman mengikut bahasa[sunting | sunting sumber]

Tanda petik yang digunakan dalam penulisan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain datang dalam pelbagai bentuk mengikut gaya ditulis.

Dalam Nusantara[sunting | sunting sumber]

Kesemua baku-baku Bahasa Melayu baik yang dipakai dalam Malaysia,[2] Singapura, Brunei ataupun Indonesia[3] menggunakan tanda berupa koma yang menghala ke kanan membuka kata dan koma menghala kiri menutup kata.

Di Alam Cina: China, Jepun dan Korea[sunting | sunting sumber]

Bahasa-bahasa Cina, Jepun dan Korea lazimnya boleh ditulis baik secara menegak mahupun mendatar; oleh itu tanda-tanda kurungan bersudut semasa menulis secara menegak.

atau

Walau bagaimanapun, penulisan secara melintang mempunyai tatacara berbeza:

Dalam penulisan bahasa Cina, terdapat tanda juga kurung sudut berganda yang diletakkan mengurung judul buku, dokumen, filem, karya seni atau muzik, majalah, surat khabar, undang-undang, dan sebagainya; hal ini bertindak sama fungsi dengan pemiringan atau pencondongan ungkapan. Sebagai contoh:

「你 看過 《三國 演義》 嗎?」 他 問 我。
"Awak sudah baca Hikayat Tiga Kerajaan?", dia bertanya kepada saya.

Bahasa Perancis[sunting | sunting sumber]

Bahasa Perancis menggunakan tanda petik berbentuk anak panah iaitu quillemet ("kaki itik") di mana jarak ditambahkan selepas tanda pembuka dan sebelum tanda penutup.

« Voulez-vous un sandwich, Henri ? »
"Kamu mahu sandwic, Henri?"

Namun, terdapat juga akhbar-akhbar berita yang tidak menjarakkan antara kata dipetik seperti yang dipakai Libération, Les Échos atau Le Figaro. Malah, aturan piawai bahasa Perancis di Switzerland turut menggunakan pendekatan sama.

Bahasa Jerman[sunting | sunting sumber]

Tanda pembuka kata (Anführungszeichen) digunakan dalam bahasa ini mirip tanda koma. Tanda penutup kata pula ada dua jenis mengikut negara:

Pengunaan adalah seperti berikut:

„Immer muss ich arbeiten!“, seufzte sie.
"Saya asyik kena bekerja sahaja!", keluhnya.

Aturan piawai bahasa Jerman Switzerland pula menggunakan tanda berbentuk anak panah ( «...» ).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Quotation mark". Daube.ch. 6 November 1997. Dicapai pada 11 Ogos 2015.
  2. ^ Mohd Faiz Rasip (2018). "Tanda baca sebagai 'perkakas' penulisan". Mukasurat. Dicapai pada 21 Mac 2021.
  3. ^ Pedoman Umum EYD: Tanda Petik