Paun sterling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pound sterling)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Paun sterling (simbol: £; kod ISO: GBP), dibahagikan kepada 100 peni, merupakan mata wang United Kingdom, Wilayah Luar Negeri British dan Wilayah Tanggungan Mahkota.[1][2][3]

Sterling ialah mata wang keempat paling diniagakan dalam pasaran pertukaran asing, selepas dolar Amerika Syarikat, euro dan yen Jepun. Sterling juga menjadi mata wang rizab ketiga disimpan dalam rizab sejagat (kira-kira 4%).[4][5]

Subbahagian[sunting | sunting sumber]

Sejak diperpuluhkan pada 15 Februari 1971 (lihat Hari Perpuluhan), paun telah dibahagikan kepada 100 peni. Sebelum itu, paun dibahagikan kepada 20 syiling dan setiap syiling dibahagikan kepada 12 peni lama, menjadikan 240 peni sama dengan satu paun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Foreign and Commonwealth Office country profiles: South Georgia and the South Sandwich Islands". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-31. Dicapai pada 2003-07-31.
  2. ^ "Foreign and Commonwealth Office country profiles: British Antarctic Territory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-31. Dicapai pada 2003-07-31.
  3. ^ "Foreign and Commonwealth Office country profiles: British Indian Ocean Territory". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-31. Dicapai pada 2003-07-31.
  4. ^ Edelmetall als Referenzpunkt: Der Dollar verliert an „Reservestatus“ - Devisen & Rohstoffe - FAZ (Jerman)
  5. ^ GBPUSD - GBP US Dollar, TradingView, Dicapai pada 18 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]