Soulmate Hingga Jannah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Soulmate Hingga Jannah
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenerbitAbdul Latiff Mohaideen
PenulisAzhari Zain
Dibintangi oleh
Muzik olehAzmeer PC
SinematografiMohd Izwan Daini
Disunting olehFaizul A. Rashid
Syarikat
penerbitan
FiTA Studios Sdn. Bhd.
PengedarAlternate Studios Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
16 Februari 2017
Tempoh tayangan
114 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM200,000

Soulmate Hingga Jannah merupakan filem drama komedi romantik Malaysia 2017 arahan Abdul Razak Mohaideen terbitan FiTA Studios Sdn. Bhd.[1] Filem ini dibintangi oleh Taufik Batisah, Raja Ilya dan Erra Fazira serta menampilan barisan pelakon lain. Filem ini ditayangkan pada 16 Februari 2017. Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah diterbitkan dan ditulis oleh Ayu Haswinda.[2][3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang gadis kampung Rokiah (Raja Ilya) bersemangat apabila mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat korporat di Kuala Lumpur. Malangnya dia terpaksa bekerja di bawah seorang bos kejam bernama Azmeer (Taufik Batisah) yang merasakan dirinya "En. Sempurna". Namun semakin lama, Azmeer mula berubah hati kepada Rokiah yang mengingatkannya kepada arwah isterinya, Khalisa. Bagaimanapun, dia berada dalam keadaan dilema kerana dia telah berjanji kepada isterinya yang dia tidak akan jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita lain.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Soulmate Hingga Jannah diarahkan oleh A. Razak Mohaideen yang terkenal dengan beberapa filem arahannya termasuk Jutawan Fakir (2003) dan 7 Perhentian (2004).[4] Ia merupakan filem ke-40 arahannya, filem ini pada awalnya diberi tajuk Soulmate, namun terpaksa dipanjangkan atas permintaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).[4] Razak berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian:

"Syarat terbaharu LPF tidak mahu filem Melayu menggunakan judul Inggeris. Bagaimanapun atas rundingan, pihak LPF bersetuju mengekalkan judul Soulmate tapi perkataan Soulmate itu perlu di Italic. "Saya juga turut menambahkan judul Hingga Jannah agar memenuhi kriteria LPF,"[4]

Penggambaran filem ini dijalankan selama dua minggu di Chiang Mai, Thailand dan selebihnya dijalankan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Klang.[4] Penyanyi Singapura, Taufik Batisah memegang watak utama sebagai Azmeer,[5] Soulmate Hingga Jannah merupakan filem keduanya selepas Dukun Dr. Dani (2016).[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Soulmate Hingga Jannah dikeluarkan pada 16 Februari 2017 di pawagam seluruh Malaysia dan telah meraih kutipan sebanyak RM200, 000 selepas seminggu ditayangkan.[6] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem, Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online melihat filem ini sebagai sebuah “cerita cinta yang kurang jiwa”.[7] Tahir Alhamzah dari New Straits Times pula berkata: "Kadang-kadang ia datang apabila seseorang paling tidak mengharapkannya, atau bahkan tidak bersedia untuk itu. Tetapi apabila ia berlaku, tidak ada yang menghalangnya; walaupun hubungan itu kelihatan tidak mungkin."[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Razak Mohaideen kembali dengan filem ke-40, Soulmate Hingga Jannah Utusan Borneo (12 Februari 2017). Diperoleh pada 15 Julai 2017.
  2. ^ Shukri Azami (10 Februari 2017). Razak Mohaideen kembali dengan Soulmate Hingga Jannah Youth Bernama. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  3. ^ Ramlah Zainal (10 Februari 2017). Pertaruh komedi romantik Harian Metro. Diperoleh pada 15 Julai 2017.
  4. ^ a b c d e Aqmar Mustaza (4 Februari 2017). Soulmate Hingga Jannah: Satukan Taufik, Erra Sinar Harian. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  5. ^ Haryani Ismail (21 Februari 2017). Pasang surut emosi Taufik dalam 'Soulmate Hingga Jannah' Berita Harian Singapura. Diperoleh pada 15 Julai 2017.
  6. ^ Nazdia Azam (25 Februari 2017). Soulmate Hingga Jannah jadi mangsa keadaan Malaysiakini. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  7. ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Februari 2017). Soulmate Hingga Jannah, cerita cinta kurang jiwa mStar Online. Dicapai pada 2 Jun 2017.
  8. ^ Tahir Alhamzah (19 Februari 2017). Ugly duckling finds love New Straits Times. Diperoleh pada 15 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]