Teko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah teko porselin cina dicat biru putih, abad ke-18

Teko (Jawi: تيکو, serapan sebutan bahasa Hokkien[1]:61-64 ungkapan bertulis 茶鈷, Pe̍h-ōe-jī: tê-kó͘) adalah sejenis bekas yang digunakan untuk merendam daun teh (baik dalam bentuk serbuk atau dibungkus uncang) dalam air mendidih yang diminum airnya kemudian. Teko biasanya mempunyai bukaan untuk dimasukkan air panas dengan teh kering dan air panas ditambahkan sebelum ditutup. Ia turut mempunyai suatu pemegang dengan muncung menuangkan air teh ini (dengan lubang udara kecil di atas memudahkan pengaliran udara); penapis kadangkala dipasangkan untuk menapis sisa teh diseduh.

Teko diciptakan di China semasa Dinasti Yuan hasil perkembangan daripada cara mendidih teh menggunakan cerek dan takar seramik, gangsa atau logam lain yang pernah lazim pada zaman-zaman sebelumnya ribuan tahun dahulu:[2] pada Dinasti Tang misalnya, teh direbus banyak dan disajikan secara kecilan dalam mangkuk manakala pada dinasti Song pula, teh disajikan dalam bentuk halus diisi ke dalam mangkuk yang dituangkan air mendidih air dalam cerek sambil daun teh ini dikacau dengan berus. Perkakasan ini tersebar luas kegunaannya serata tanah China menjelang zaman Dinasti Ming.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Choi Kim Yok; Chong Siew Ling (Jun 2017). "Campur aduk bahasa Melayu dan bahasa Cina". Journal of Modern Languages. Universiti Malaya. 18 (1): 56–66. ISSN 2462-1986.
  2. ^ a b Kuei-Hsiang Lo (1986). The Stonewares of Yixing: From the Ming Period to the Present Day. Hong Kong University Press. m/s. 18. ISBN 978-962-209-112-2. Dicapai pada 8 February 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]