Penyahkafeinaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penyahkafeinaan, penyahkafeinan atau dekafeinasi ialah penyingkiran kafeina daripada biji kopi, koko, daun teh dan bahan mengandungi kafeina. (Sementara minuman ringan yang tidak menggunakan kafeina sebagai ramuan kadang-kadang diperihalkan sebagai "ternyahkafeina", minuman tersebut lebih baik diistilahkan "tidak berkafeina" kerana ternyahkafeina menandakan bahawa pernah ada kafeina yang hadir pada satu masa sebelumnya.) Minuman ternyahkafeina biasanya mengandungi 1–2% daripada kandungan kafeina asli, dan kadang-kadang sebanyak 20%.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Friedlieb Ferdinand Runge, seorang ahli kimia Jerman, merupakan orang pertama yang berjaya mengasingkan kafeina tulen daripada biji-biji kopi pada tahun 1820.[2] Meskipun percubaannya berhasil, beliau tidak membuat penyelidikan yang meneliti mengenai komposisi kimia ekstrak kafeinnya, mahupun menggunakan penyelidikannya untuk tujuan komersil.

Proses penyahkafeinaan pertama yang berjaya secara komersil telah diciptakan oleh seorang peniaga Jerman, Ludwig Roselius bersama para pembantunya pada tahun 1903.[3] Roselius menemui proses ini secara tidak sengaja apabila dia mendapati air kopi yang terhasil dari muatan biji-bijinya yang terkena air laut hilang kandungan kafeinanya tanpa menjejaskan rasa air tersebut.[4] Proses penyahkafeinaan beliau terdiri daripada pengukusan biji-biji kopi bersama bahan-bahan asid atau alkali yang pelbagai, dan kemudiannya benzena ditambahkan bagi menyingkirkan kafeina dari campuran ini.[5] Proses tersebut dipatenkan pada tahun 1906,[6] dan ia masih digunakan sehingga hari ini, namun benzena tidak lagi digunakan sebagai pelarut penyingkir atas faktor karsinogennya[7] yang boleh memudaratkan kesihatan. Oleh itu, terdapat juga larutan-larutan lain yang digunakan untuk fungsi yang sama antaranya diklorometana, dan etil asetat.[8]

Satu lagi proses penyahkafeinaan yang bernama Kaedah Air Swiss (bahasa Inggeris: Swiss Water Method) melibatkan pelarutan dalam air serta osmosis. Pengunaan air sebagai larutan menyingkirkan kafeina ini dipelopori di negara Switzerland pada tahun 1933, dan kaedah ini dibangunkan sebagai suatu kaedah yang berdaya komersil oleh syarikat Coffee S.A pada tahun 1988.[3]

Kaedah-kaedah penyahkafeinaan[sunting | sunting sumber]

Kopi[sunting | sunting sumber]

Dalam kes kopi, pelbagai kaedah boleh digunakan. Proses ini biasanya dijalankan pada biji mentah (hijau), dan bermula dengan pengukusan biji. Biji-biji ini kemudian dibilas dengan larutan yang menyarikan kafeina sementara meninggalkan juzuk lain yang kebanyakannya tidak terjejas. Proses ini diulang daripada 8 hingga 12 kali sehingga kandungan kafeina menemui piawaian yang diperlukan (97% kafeina disingkirkan menurut piawaian antarabangsa, atau 99.9% bebas kafeina mengikut jisim bagi piawaian Kesatuan Eropah). Kopi mengandungi melebihi 400 komponen yang penting kepada perisa dan aroma minuman, menyukarkan penyingkiran kafeina sementara meninggalkan kebanyakan juzuk lain yang tidak terjejas.[9]

Coffea arabica biasanya mengandungi sekitar separuh kafeina daripada Coffea robusta. Sebiji Coffea arabica yang mengandungi sangat sedikit kafeina ditemui di Habsyah pada 2004.[9]

Teh[sunting | sunting sumber]

Teh juga boleh dinyahkafeinakan, biasanya melaui proses yang sama digunakan untuk biji kopi. Proses pengoksidaan daun teh untuk menghasilkan teh hitam ataupun oolong tidak menjejaskan kandungan kafeina yang sedia ada dalam teh. Pucuk-pucuk muda teh cenderung mempunyai kandungan kafeina yang banyak berbanding daun-daun yang tua pada batang pokok tersebut.

Teh juga boleh disingkirkan kafeinanya dengan sejenis rawatan air panas. Keadaan optimal untuk proses ini dikawal melalui suhu air, masa pengeluaran, serta nisbah daun kepada air. Misalnya; suhu-suhu yang melebihi 100 °C, masa pengekstrakkan yang sederhana selama 3 minit, serta nisbah isipadu air kepada berat daun sebanyak 1:20 mengeluarkan kandungan kafeina sebanyak 83% serta mengekalkan 95% kandungan catechin[10] - sejenis komponen kimia yang menghasilkan rasa teh serta meningkatkan penyekatan mutagen-mutagen yang menyebabkan kanser.[11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan sciencedaily tidak disediakan
  2. ^ Weinberg, Bennett Alan; Bealer, Bonnie K. (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Psychology Press. ISBN 9780415927222. 
  3. ^ a b Emden, Lorenzo. "Decaffeination 101: Four Ways to Decaffeinate Coffee". Coffee Confidential. Dicapai pada 29 Oktober 2014. 
  4. ^ Weinberg, Bennett Alan; Bealer, Bonnie K. (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. Psychology Press. ISBN 9780415927222. 
  5. ^ "Ludwig Roselius (1874-1943)". Dicapai pada 20 Ogos 2012. 
  6. ^ US897,840 (Versi PDF) (1908-09-01) Johann Friedrich Meyer, Jr., Ludwig Roselius, Karl Heinrich Wimmer Preparation of coffee 
  7. ^ International Agency for Research on Cancer. "Chemical agents and related occupations, Volume 100F. A review of human carcinogens." (PDF). International Agency for Research on Cancer. Dicapai pada 20 Ogos 2014. 
  8. ^ Ronald Clarke dan O. O. Vizthum Coffee: Recent Developments. Blackwell Science 2001, ms 109.
  9. ^ a b Blackstock, Colin (24 Jun 2004). "Scientists discover decaf coffee bean". London: Guardian Unlimited. Dicapai pada 10 Oktober 2010. 
  10. ^ Liang, Huiling; Liang, Yuerong; Dong, Junjie; Lu, Jianliang; Xu, Hairong; Wang, Hui (2007). "Decaffeination of fresh green tea leaf (Camellia sinensis) by hot water treatment". Food Chemistry. 101 (4): 1451–1456. doi:10.1016/j.foodchem.2006.03.054. 
  11. ^ Bu-Abbas, A; Nunez, X; Clifford, M; Walker, R; Ioannides, C (1996). "A comparison of the antimutagenic potential of green, black and decaffeinated teas: contribution of flavanols to the antimutagenic effect". Mutagenesis. 11 (6): 597–603. doi:10.1093/mutage/11.6.597. 
  • Ramalakshmi K., Raghavan B. (1999). "Caffeine in coffee: Its removal. Why and how?". Critical Rev. Food Sci. Nutrition. 39 (5): 441–456. doi:10.1080/10408699991279231. 

Templat:Teh Templat:Kopi