Teh susu mutiara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Teh (susu) mutiara
Bubble tea, 珍珠奶茶 zhēn zhū nǎi chá
Classic bubble tea.jpg
Segelas teh buih
Nama alternatifTeh mutiara
Teh boba (boba tea)
Teh buih (bubble tea)
Jenis sajianMinuman
Tempat asalTaiwan
KawasanAsia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand
Bahan utamaTepung, susu, krim, teh diseduh, gula, perasa
di Wikibuku Buku Masakan: Teh susu mutiara  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Teh susu mutiara

Teh susu mutiara (Cina tradisional: 珍珠奶茶pinyin: zhēn zhū nǎi chá, Bahasa Inggeris: bubble tea), teh mutiara[1] atau [teh] boba (Cina tradisional: 波霸奶茶pinyin: bō bà nǎi chá) ialah sejenis minuman berasaskan teh yang dicipta di Tainan dan Taichung, Taiwan pada tahun 1980-an.[2] Ia terdiri daripada sejenis teh ditambah susu atau sebaliknya serta dimaniskan mengikut citarasa sebelum ditaruh atau ditambah bebola kecil kanji ubi; jeli buah, cincau, agar dan puding sering juga ditambah. Minuman ini juga dibekukan dan dikisarkan untuk menghasilkan konsistensi yang lembap.[3]

Minuman ini boleh didapati dalam pelbagai perasa, namun minuman berasaskan teh hitam dan teh hijau yang paling popular.[3]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan yang dipakai untuk membancuh minuman berbeza mengikut resepi diingini pengusaha, namun ia mempunyai dua komponen utama iaitu teh dan bebola ubi.

Teh[sunting | sunting sumber]

Banyak jenis teh hitam, teh hijau, teh oolong dan teh putih (白茶, bái chá) digunakan sebagai asas. Teh ini boleh dihidangkan terus setelah dimaniskan mahupun diletakkan susu sama ada yang segar, sejat mahupun yang tepung.

"Bebola mutiara" atau boba (粉圓, fěn yuán)[sunting | sunting sumber]

Bebola-bebola kecil ini ditambahkan kepada teh untuk menambahkan rasa kenyal kepada minuman dijamu. Ia diperbuat daripada kanji ubi yang dicampurkan bersama gula perang - gula jenis inilah yang memberikan warna kehitaman yang tersendiri kepada bebola tersebut.

Jeli pelbagai perisa (termasuk cincau, konnyaku, laici dan sebagainya) dan bentuk (termasuk jejari atau kiub), kastad serta sagu turut boleh ditaruh sebagai penambah perisa dan tekstur dalam minuman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Minuman ini menjadi terkenal luas serata rantau-rantau Asia Timur dan Asia Tenggara sejak dekad tahun 1990-an,[4] terutamanya di Vietnam.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Contoh nama "teh mutiara": Teh mutiara dan Sinar Harian 13 tahun https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/40852
  2. ^ Martin, Laura C. (2007). Tea: The drink that changed the world. Rutland: Tuttle Publishing. m/s. 219. ISBN 9780804837248.
  3. ^ a b Chang, Derrick (12 June 2012). "Is this the inventor of bubble tea?". International Edition. CNN. Dicapai pada 13 February 2015.
  4. ^ "珍珠奶茶的製作方法" [Cara pembuatan teh susu mutiara] (dalam bahasa Cina). Crystalpalace.poempalace.org. Dicapai pada 27 Julai 2011.
  5. ^ Atsushi Tomiyama (3 Mei 2018). "Vietnam embraces Taiwan-style bubble tea". Nikkei Asian Review. Dicapai pada 28 Ogos 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]