Templat:PengenalanLamanUtama/B

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nuvola apps bookcase.png   Rencana pilihan
Foto Sultan Iskandar semasa menjadi Yang DiPertuan Agung ke-8

Baginda Al-Mutawakkil Alallah Brigedier Jeneral Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Kolonel Sultan Sir Ismail Al-Khalidi (8 April 1932 - 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-8 bermula pada 26 April 1984 sehingga 25 April 1989. Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor moden ke-4 selepas kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1981.

Sultan Iskandar dikenali sebagai seorang raja yang tegas dan berdisiplin. Daripada segi peribadi, golongan rakyat yang pernah menghadap Sultan Iskandar menyifatkan baginda sebagai insan yang ramah dan mesra dan pemurah. Semasa zaman muda, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmud" atau nama penuh baginda "Mahmud Iskandar". Walaubagimanapun, nama "Mahmud" itu tidak lagi dipakai sejak baginda menaiki takhta pada tahun 1981, akan tetapi sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmud Iskandar" sekali-sekala.

Nuvola apps date.png   Peristiwa hari ini

21 Julai: Hari Kebangsaan di Belgium; Hari Keharmonian Kaum di Singapura; Hari Laut di Jepun (2014).

Leopold I dari Belgium

Hari-hari sebelum: 20 Julai19 Julai18 Julai
Emblem-camera.svg Gambar pilihan
Burung Hantu
Burung Hantu (spesies Strix varia)

Burung Hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan. Burung Hantu boleh dijumpai di hampir semua tempat di Bumi kecuali Antartika dan sebahagian besar Greenland.


Gambar pilihan sebelum ini: Tsunami 26 Disember 2004Taufan CatarinaThe One Ring

Postscript-viewer.svg Tahukah anda?
Masjid Abidin
  • "... bahawa Masjid Abidin di Terengganu adalah tempat letak perkuburan empat Sultan dan seorang Permaisuri Terengganu yang terdahulu?"
  • "... bahawa tindakan menggunakan kekebalan diplomatik bukan sesuatu yang ganjil apabila kerajaan memanggil balik diplomatnya selepas melakukan kesalahan?"
  • "... bahawa antroposofi berkaitan dengan aspek pengetahuan yang ingin menjelaskan tentang Tuhan atau yang disebut teosofi?"
  • "... bahawa pokok penanti merupakan satu-satunya cara membiakkan secara besar-besaran pokok jenis lain yang tidak membiak nyata daripada biji benih, atau sangat terdedah kepada penyakit apabila ditanam dengan akar sendiri?"
  • "... bahawa Perang Itali-Habsyah Kedua adalah peperangan yang paling rugi dilakukan oleh Itali kerana telah melanggar undang-undang Liga Bangsa sendiri?"