Pergi ke kandungan

Tentang Dhia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tentang Dhia
GenreMelodrama
Drama
Cinta
Konflik
Ditulis olehAzlina Pa' Wan
PengarahMohd. Feroz Kader
Dibintangi oleh
Nora Danish
Adi Putra
Lagu pembukaan"Tentang Dhia" oleh Adi Putra
Lagu penutup"Tentang Dhia" oleh Adi Putra
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitTengku Iesta Tengku Alaudin
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Tempoh siaran39-45 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal9 November 2011 – 29 Disember 2011
Kronologi
MengikutiSoffiya
Diikuti olehGemersik Kalbu

Tentang Dhia sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 arahan Feroz Kader, dibintangi oleh Nora Danish dan Adi Putra. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot AkasiaTV3 bermula 9 November 2011 menggantikan Soffiya.

Cinta dan simpati tiada ukuran bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara 2 lelaki yang sangat dikasihi. Percintaan tiga segi menjadi rumit apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasa dirinya lebih sesuai untuk Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki yang berbeza latar belakang. Azmi bekerja hanya sebagai kerani biasa namun anak kepada imam ini disukai ramai kerana sifatnya yang merendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia memang sudah lama terpaut pada Azmi. Dalam masa yang sama, Raffi yang berkelulusan luar negara yang juga teman rapat Dhia sejak kecil menyukainya. Terkejut apabila Dhia bakal menjadi tunangan Azmi, Raffi redha demi cintanya pada Dhia. Melly mula mengambil kesempatan dengan mendekati Raffi dan menidurinya namun jerat memakan diri apabila Raffi tidak mengendahkannya dan enggan bertanggungjawab. Apabila menngetahui dia mengandung, Melly memerangkap Azmi. Mereka ditangkap basah dan ditahan di lokap polis. Tergamam dengan berita tersebut,Dhia tetap meneruskan pertunangan mereka demi kasih cintanya pada Azmi. Namun, ketabahan Dhia diuji sekali lagi apabila keluarga Melly mahu Azmi bertanggungjawab. Azmi dan Melly berkahwin tanpa kerelaan Dhia. Bagaikan pelangi selepas hujan, Dhia didatangi Zikir (Ady Putra) seorang arkitek daripada Kuala Lumpur. Zikir mempunyai rakan baik bernama Fendi dan dia turut diminati oleh Rose (Tasha Shila) pekerja di Firma beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia dalam kemalangan. Ketika menghadiri majlis pengebumian Fendi di kampung halaman Fendi di Pulau Pinang, Zikir berjumpa dengan Dhia dan dia terpaut dengan Dhia. Atas pertolongan isteri arwah Fendi, Zikir berkenalan dengan Dhia. Demi menjauhkan diri daripada Melly dan Azmi, Dhia menerima Zikir. Namun, masih banyak halangan yang perlu dihadapi Dhia.[1]

Pelakon Utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu

[sunting | sunting sumber]

Penampilan Istimewa

[sunting | sunting sumber]

Watak Kanak-Kanak

[sunting | sunting sumber]

Lagu dalam Tentang Dhia

[sunting | sunting sumber]
  • Lagu tema - Tentang Dhia oleh Adi Putra
  • Cinta - Hiro
  • Tanpamu ku tak bisa - Randy Pangalila
  • Kesepian - Viera
  • Tetap Setia - Calvin Jeremy
  • Maha Penyayang - Opick
  • Raja jatuh cinta - Numata
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7 malam
Sebelumnya Tentang Dhia Berikutnya
Soffiya Gemersik Kalbu
  1. ^ Drama Tentang Dhia mcentralmy. Dicapai pada 30 Mac 2023.