Ady Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Adi Putra" dilencongkan di sini.
Bagi kanak-kanak prodigi Malaysia, lihat Adi Putra bin Abdul Ghani.
Dato'
Adi Putra
DIMP
Ady Putra sebagai Jai (KL Gangster).jpg
Adi di set penggambaran filem KL Gangster (2011)
KelahiranMohamed Hadi Putera bin Halim
(1981-02-26) 26 Februari 1981 (umur 38)
Singapura
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
Nama lainHadi Putera, Ady Putra
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2002–kini
Ketinggian1.72 m (5 ka 7+1116 in)
PasanganDatin Zuhaida Yusof (k. 2006)[1] [2]
AnakZara Adelia Haadi (6 tahun)

Dato'[3] Mohamed Hadi Putera bin Halim (lahir 26 Februari 1981) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal dengan peranannya dalam filem Anak Halal (2007), Akhirat (2008), KL Gangster (2011-13), Aku Terima Nikahnya (2012), Balistik (2014), dan Makrifat Cinta (2018). Pada 2016, Ady memegang watak sebagai Dain Maroola dalam filem drama epik Hanyut, arahan U-Wei Hj Saari. Beliau juga berjinak-jinak menceburi bidang muzik dengan melancarkan album studio solo perdananya, Kelahiran (2008).

Bagi peranan lakonannya di televisyen, beliau terkenal dengan watak Ridzuan dalam Akukah Tanggang (2008), Reza dalam Na O Mei (2010), Indra Putra dalam Suria di Cordoba, Tengku Samson dalam Samson dan Delaila dan Zikir dalam Tentang Dhia (2011), Wahyu dalam Cinta Qaseh (2013), Fariz Adryan dalam Cinta Si Wedding Planner (2015) dan Alif dalam Sejadah Untuk Dia (2018). Selain peranan di televisyen dan filem, Ady juga terkenal dengan peranan di pentas teater termasuk Sri Mersing (2010) dan Di Bawah Lindungan Ka'bah (2014).

Sehingga 2017, Ady telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.[4]

Pada April 2018, beliau telah mengumumkan di laman Instagramnya bahawa beliau telah mendapat taraf warganegara Malaysia.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Mohd Hadi Putera bin Halim pada 26 Februari 1981 di Singapura. Beliau merupakan anak bongsu daripada 3 adik-beradik dan berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal Singapura. Adi memulakan kerjaya awalnya sebagai budak penghantar Pizza Hut, kemudian bekerja sebagai kakitangan kedai serbaneka 7-Eleven dan juruteknik penghawa dingin.[6] Beliau tiba di Kuala Lumpur pada tahun 2002, dan pada mulanya mahu menjadi warganegara Singapura.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perjalanan kerjaya Adi bermula di Singapura sebagai model, pelakon dan pengacara di MediaCorp Suria. Pada ketika pertama kali berlakon, beliau pernah dikenali sebagai Hadi Putera. Beliau juga pernah menjadi duta syarikat Triways. Pekerjaan sepenuh masa pertamanya setelah menamatkan khidmat negara ialah sebagai juruteknik pencahayaan untuk siri televisyen Cina MediaCorp.[6] Ketika berusia 21 tahun, beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2 yang turut dibintangi oleh Aaron Aziz dan Suhailah Salam, beliau kemudian membintangi drama Anak Metropolitan musim kedua, yang mana beliau memegang watak sebagai instruktor gimnasium.[6] Pada tahun 2003, beliau menyertai pertandingan kecantikan yang dianjurkan oleh majalah gaya hidup dan hiburan Melayu Singapura Manja dan dinobatkan sebagai Encik Fotogenik.[6]

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 di mana kerjaya lakonan beliau lebih bersinar dan meniti puncak populariti. Beliau melakonkan watak sebagai Zainuddin dalam drama Haryati musim kedua yang dibintangi oleh Lisdawati dan Rusdi Ramli dan bersiaran di TV1. Ini diikuti oleh watak sebagai Carl Zafran dalam Tak Tercapai Akalmu.[7] Ditanya mengenai watak Carl dalam Tak Tercapai Akalmu, Adi berkata: "Saya lakonkan peranan yang berbeza, dari seorang anak yang tidak berterima kasih kepada adik lelaki yang kurang bernasib baik. Jadi memegang watak Carl yang mengalami kesulitan menyatakan perasaannya agak mencabar buat saya."[7]

Pada tahun 2006, Ady berlakon di samping Eja dalam drama Mya Zara yang bersiaran di Slot Samarinda TV3.[8] Beliau membuat penampilan filem pertama menerusi filem sejarah 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba yang ditayangkan pada 25 Oktober 2007. Dalam filem ini, Ady menjayakan watak Syed Alwi Al-Hadi.[9] Beliau kemudian berlakon bersama Farid Kamil, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Maya Karin dan Fasha Sandha dalam filem aksi arahan Osman Ali, Anak Halal yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.[10]

Ady melakonkan watak sebagai Ridzuan dalam drama Akukah Tanggang? yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Fizz Fairuz, Almy Nadia dan Fauziah Nawi,[11] Beliau turut menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu tema drama ini, "Kelahiran".[12] Beliau melancarkan album solo pertama, Kelahiran yang memuatkan sebanyak 11 lagu, dikeluarkan pada tahun yang sama.[13]

Sepanjang 2009 dan 2010, Adi tidak berlakon filem, sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada drama dan telefilem. Di dalam drama Kala Hati arahan Harris Fadhilah, Adi menjayakan watak utama bersama Dynas. Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama Grand Brilliance, Nurul Aini Abu Bakar berkata: "Kami cuba memberikan yang terbaik kepada penonton kami terutama penggemar-penggemar slot ini. Untuk itu, kami telah memilih siri ‘Kala Hati’ untuk mengisi slot ini kerana ianya menarik untuk ditonton oleh seisi keluarga. Watak utama yang dilakonkan oleh Ady Putra dan Dynas semestinya memberikan impak yang sangat berkesan disamping diperkuatkan lagi oleh pelakon-pelakon yang tidak boleh disangkal lagi kehebatannya menambahkan lagi perisa di dalam kisah ‘Kala Hati’ ini." Drama ini mengisahkan Faizal, seorang pemuda yang kacak dan baru kembali setelah menamatkan pengajiannya di Amerika.[14] Adi menjayakan watak utama bersama Elly Mazlein dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip ditulis oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.[15]

Selepas sekian lama berehat panjang dari berlakon filem, Adi kembali beraksi menerusi filem HAQ arahan bersama Hor Chee Leong dan Jumaatun Azmi.[16][17] Dalam filem ini, Adi melakonkan watak Badrul Ibrahim. Feride Hikmet Atak dari mSTAR Online mengulas: "Haq sebuah filem yang membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita yang hendak ditampilkan".[18]

Adi Putra pada tahun 2015.

Bekerjasama bersama Syamsul Yusof, beliau menjadi pelakon utama bersama Aaron Aziz, Soffi Jikan, Syamsul dan Zizan Razak menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster yang ditayangkan pada 9 Jun 2011 di mana beliau memegang watak Jai, adik kepada Malek lakonan Aaron Aziz.[19] Ady menjayakan watak bersama Sari Yanti dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[20] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama SepanyolCordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor. Adi memegang watak sebagai Indra Putra.[21] Beliau berpasangan bersama Nora Danish dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[22]

Dalam filem aksi jenayah 2013, Langgar arahan sulung Syed Hussein, Adi memegang watak sebagai Nizam, seorang pemuda biasa yang ingin menuntut keadilan atas isteri dan bakal bayinya akibat dibunuh oleh sekumpulan samseng. Filem ini turut dibintangi oleh Namron, Zul Huzaimy, Hans Isaac, Nasrizal Ngasri, Khir Rahman dan Natasha Hudson.[23]

Beliau kembali menjayakan watak Jai dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2,[24] bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.[25]

Pada 9 Januari 2014, beliau berlakon dalam filem aksi jenayah Balistik arahan Silver Chung. Adi menjayakan watak sebagai Nizam, rakan karib Saga lakonan Rosyam Nor dan suami kepada Salina lakonan Rita Rudaini.[26][27] Beliau membuat kemunculan khas dalam filem komedi jenayah Amir dan Loqman Pergi ke Laut arahan Mamat Khalid. Adi berlakon dalam satu-satunya drama lakonannya bagi tahun 2014, Zahira yang mana beliau melakonkan watak Iqbal dan menjadi hero utama Zara Zya yang memegang watak tajuk.[28]

Adi bersama-sama Nasha Aziz serta barisan pelakon lain menjayakan pementasan teater adaptasi dari novel 1938 karya sasterawan Indonesia Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah yang dipentaskan di Istana Budaya dari 10 hingga 18 Mei 2014.[29][30]

Adi menjayakan watak sebagai Iskandar, seorang pemuda yang cacat pendengaran dalam filem drama arahan Bade Hj. Azmi, Isyarat Cinta yang turut dibintangi oleh Liyana Jasmay dan Fizo Omar. Untuk menjayakan peranannya, beliau menghadiri kelas bahasa isyarat.[31][32]

Adi digandingkan kembali bersama Nora dalam filem romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[33][34] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[35][36]

Pada 30 Disember 2015, Adi bergandingan bersama pendatang baharu, Mira Filzah sebagai pelakon utama drama adaptasi novel terbitan Penulisan2U, Cinta Si Wedding Planner yang mengisahkan Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan bertemu dengan seorang lelaki penuh egois, Fariz Adryan (Adi) sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagi Faiz Adryan. Siri ini mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 4.5 juta.[37]

Adi merupakan salah seorang pelakon utama filem Hanyut arahan U-Wei Hj Saari yang ditayangkan pada 24 November 2016 selepas sekian lama tertangguh.[38] Dalam filem yang diadaptasi dari novel Almayer's Folly karya Joseph Conrad, beliau memegang watak sebagai Dain Maroola.[39][40] Dalam satu temuramah bersama Sinar Harian, Adi berkata Watak Dain sedikit sebanyak memberi cabaran baru buatnya: "Daim hidup sekitar tahun 1800 yang mana, kita tidak mengetahui bagaimana slanga bahasa Melayu yang digunakan pada ketika itu. Saya cuba mencari slanga yang tepat di internet namun tak berjaya menemuinya. Jadi, saya perlu merujuk slanga yang hampir serupa pada tahun itu."[41]

Beliau berlakon bersama Janna Nick, Izara Aishah dan pelakon Indonesia, Irwansyah dalam drama gabungan kerjasama tiga negara–Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dia arahan Eoon Shuhaini yang bersiaran di TV3 dari 14 Oktober 2017 - 11 Mac 2018.[42] Bermula 1 Januari 2018, Adi memegang watak sebagai Alif, seorang pemuda yang dihukum penjara selama 10 tahun, namun kemunculan semulanya tidak diterima masyarakat setelah dibebaskan dalam drama Sejadah Untuk Dia arahan Rahila Ali terbitan Skop Productions. Ia turut dibintangi oleh Rashidi Ishak, Ben Amir, Tania Hudson dan Wawa Zainal.[43]

Beliau seterusnya muncul dalam filem drama biografi romantik, Makrifat Cinta arahan Kamal G,[44] beliau memegang watak Rizal. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018 dan turut dibintangi oleh Nora Danish, Nabila Huda dan Syamsul Yusof.[45][46] Selepas Sejadah Untuk Dia, Ady menjayakan watak sebagai Fikri dalam siri TV Teratai Kemboja, beliau digandingkan sekali lagi dengan Fasha Sandha. Drama ini menjalani penggambaran di Kemboja dan bersiaran di Slot Zehra pada 13 April 2018.[47][48]

Adi menjayakan watak Mat Kilau, pejuang Melayu yang menentang pentadbiran British di Pahang dalam filem biografi sejarah, Mat Kilau arahan Syamsul Yusof yang memulakan penggambaran pada April 2018.[49][50] Syamsul mengulas mengenai pemilihan Adi untuk watak Mat Kilau: "Pemilihannya adalah kerana dia mampu menjiwai watak tersebut dan saya yakin dia sebagai pelakon berpengalaman akan membawakan watak ini dengan baik,".[51][52]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Zuhaida Yusof pada 14 April 2006 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Zara Adelia yang dilahirkan pada 18 Oktober 2012 sebelum bercerai pada Mac 2017 dan kemudian bernikah semula pada Januari 2018.[53][54] Adi berkahwin kali kedua dengan Norshahida Dzolkifly pada 20 Jun 2016 sebelum bercerai pada Mac 2017.[55] Adi dalam satu kenyataan di laman Instagram beliau memberitahu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan kedua-dua isterinya dan memfailkan perceraian dengan Aida di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac 2017.[56][57]

Adi didakwa oleh bekas isterinya, Norshaida Zolkifly kerana menggunakan sijil perkahwinannya secara berniat jahat untuk menjalankan perniagaan di luar negara, menggunakan namanya tanpa persetujuannya. Laporan polis dibuat oleh Norshaida pada 10 Disember 2017.[58] Adi mengumumkan di laman Instagram miliknya pada April 2018 bahawa beliau telah menerima taraf penduduk tetap Malaysia, namun masih mengekalkan taraf kerkakyatan Singapura.[59]

Beliau merupakan penyokong tegar Barisan Nasional dan turut menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada 9 Mei 2018.[60]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2007 1957: Hati Malaya Syed Alwi Al-Hadi Shuhaimi Baba
Anak Halal Erzan Osman Ali
2008 Akhirat Ari S. Baldev Singh
Histeria Cikgu Helmi James Lee
2011 HAQ Bad Hor Chee Leong,
Jumaatun Azmi
KL Gangster Jai Syamsul Yusof
Don 2 Peguam Farhan Akhtar Filem Bollywood
2012 Aku Terima Nikahnya Johan Eyra Rahman
2013 Langgar Nizam Sein Ruffedge
KL Gangster 2 Jai Syamsul Yusof
2014 Balistik Inspektor Nizam Silver Chung
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Mamat Mamat Khalid Kemunculan khas
2015 Isyarat Cinta Iskandar Bade Hj. Azmi
Suami Aku Ustaz Ustaz Hafiz Ghaz Abu Bakar
2016 Hanyut Dain Maroola U-Wei Hj Saari
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Kopral Omar Bade Hj. Azmi
2018 Makrifat Cinta Rizal Kamal G.
2019 Mat Kilau Filem dan drama yang belum dikeluarkan Mat Kilau Syamsul Yusof Pos-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Juminten
Dakapan Senja
2006 Kasih Rela Ku Pujuk
2007 Kalis Cinta Borhan TV3
2008 Mat Jenin Mat Jenin TV9
Kehangatan Lantana Hakim TV3
Kelahiran Teristimewa Abdul Muhaimin
2009 Paku Di Dinding Hati Fazli Astro Prima
Anak Cucu Tokwan Mansor TV2
2010 Emily Uria Hannan TV3
Mencintaimu Airil TV1
Qasidah Buat Laila Astro Oasis
Aku Cinta Padamu
2011 Mengurai Rindu TV3
Air Mata Salina Fakar
Karma Salina Fakar
Flamenco di Hatiku Irsyad/Azhan Astro Prima
Bidadari dari Raudhah Khir TV1
Sumpahan Anjasmoro Zahid TV3
Kasih Suraya
Cinta Zanita
2012 Di Langit Lazuardi Rauf TV9
Maharku Untukmu Putera TV3
Jauh Fikri Astro Citra
LailatulQadar Hasbullah TV9
Fantasi Si Laila TV2
2013 Siapa Aku di Hatimu
Ijab dan Qabul Imran TV3
Serindu Taj Mahal Shahrizal
2015 3 Hari Menanti Mati Shahrul
2016 Teroka Borhan
Cinta Si Wedding Planner Raya Fariz Adryan
Permata Rasul Salahuddin Alayubi Astro Oasis
Jauh Fikri Astro Ria
2017 D'Kayangan Mahadi TV1
2018 Mentari TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2002 Cinta Bollywood 2 Sheikh Mediacorp Suria
Anak Metropolitan 2 Khairul
2004 Haryati 2 Zainuddin TV1
Tak Tercapai Akalmu Carl Zafran
2006 Mya Zara Azlan TV3
Kerana Dosa Kelmarin TV1
2007 Spa Q Nasir TV3
2008 Akukah Tanggang Ridzuan TV3
Abadi Sebuah Cinta
KL Menjerit The Series Shahrul Astro Ria
Jangan Main Belakang
7 Tahun Menggendang Cinta TV1
2009 Kala Hati Faizal TV3
2010 Na O Mei Reza
Chinta Ammar / Rasul Iman
Nur Kasih di Jabal Rahmah Harun TV1
2011 Suria di Cordoba Indra Putra Astro Prima
Mantera Anjasmoro Zahid TV3
Samson dan Delaila Tengku Samson
Tentang Dhia Zikir
Kala Terbit Cinta Munir TV AlHijrah
2013 Sehangat Asmara Zainal Arief Astro Mustika HD
Teduhan Kasih Ehsan TV3
Cinta Qaseh Wahyu
Ammara Batrisya Rayyan
2014 Zahira Syed Iqbal
2015 Cinta Si Wedding Planner Fariz Adryan 
2016 Lambaian Ramadan Adam
2017 My Sweet Lavender Amirul TV9
Dia Zaid TV3
2018 Sejadah Untuk Dia Alif Astro Oasis
Teratai Kemboja Fikri TV3
Bahagia Bukan Bidaan Nik Zachary

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2005 Rubiah Alang[61]
2010 Sri Mersing Damak 
2013 Akulah Dato’ Seri Hilal Ashwad
2014 Di Bawah Lindungan Ka'bah Hamid

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Ketuk-Ketuk Ramadan Dirinya sendiri/tetamu jemputan TV1

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Tajuk Maklumat album
Kelahiran (Akukah Tanggang)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2011
"Tentang Dhia"
2012
"Tiada Kasih Tiada Cinta"
"Dia Untukku"

Aktivisme[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Neelofa, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[62][63]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2010
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–24
Pelakon TV Lelaki Popular N/A Dicalonkan
2011
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–25
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Anggun Bergaya Menang
Anugerah Skrin ke–15
Pelakon Lelaki Terbaik Filem KL Gangster Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Airmata Nur Salina Dicalonkan
2012
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–26
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Watak Jahat dalam Filem / Drama Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Dicalonkan
Gandingan Serasi di Layar (bersama Nora Danish) Dicalonkan
Anugerah Seri Temasek 2012
Anugerah Harapan Seri Temasek Menang
2013
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–27
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Dicalonkan
Anugerah Skrin ke–17
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Langgar Dicalonkan
Anugerah Melodi ke–3
Anugerah Artis Sensasi N/A Menang
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Pelakon Filem Lelaki Popular Dicalonkan
Pelakon TV Lelaki Popular Dicalonkan
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Zara Zya) Dicalonkan
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Paling Seksi Menang
2015
Anugerah Skrin ke–19
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Isyarat Cinta Dicalonkan
2017
Anugerah Skrin ke–21
Pelakon Lelaki Terbaik Filem Hanyut Dicalonkan
2018
Anugerah Skrin ke–22
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Teratai Kemboja Dicalonkan

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Adi Putra dianugerahkan dengan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 24 Oktober 2017.[64][65]

Penghargaan Malaysia
  •  Pahang
    • MY-PAH Order of the Crown of Pahang - Knight Companion - DIMP.svg Darjah Indera Mahkota Pahang - Datuk[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ini satu pengajaran - Adi Putra Utusan Malaysia (25 Mei 2012). Diperoleh pada 1 Jun 2012.
  2. ^ Cinta Adi, Aida kalah filem Hindustan Kosmo! (27 Mei 2012). Diperoleh pada 1 Jun 2012.
  3. ^ Gelaran Dato' Sri rezeki anak Berita Harian 25 Oktober 2017
  4. ^ a b "Adi Putra dikurniakan gelaran Dato' oleh Sultan Pahang". Berita MediaCorp. 27 Oktober 2017. Dicapai 20 April 2018. 
  5. ^ Rozaimi Zubaidi (29 April 2018). ""Sudah Tiba Masa Umumkan Status Warganegara Saya Ialah Malaysia" - Adi Putra". Gempak. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Ogos 2018. Dicapai 21 Ogos 2018. 
  6. ^ a b c d Eddino Abdul Hadi (26 Januari 2014). Adi Putra's royal flush. The Star Online. Dicapai pada 3 September 2014. "Hard work, luck and looks shot former lighting technician Adi Putra to acting stardom".
  7. ^ a b Azhariah Kamin (20 November 2006). "Love in the office". The Star Online. Dicapai 2 Mac 2013. 
  8. ^ Nor Fadzilah Baharudin (19 Januari 2006). "Mya Zara drama terbaru Samarinda". Utusan Malaysia. Dicapai 6 Julai 2015. 
  9. ^ "1957: Hati Malaya menghidupkan semula perjuangan bersejarah". Utusan Malaysia. 30 Oktober 2007. Dicapai 6 Julai 2015. 
  10. ^ "ADI PUTRA AKUI RAPAT DENGAN FASHA SANDHA". Sensasi Selebriti. 28 September 2008. Dicapai 6 Julai 2015. 
  11. ^ Akukah Tanggang & Mahsuri bakal ditayangkan di TV3 Sensasi Selebriti (22 Julai 2008). Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
  12. ^ Metra Syahril Mohamed (5 Ogos 2008). Ady menyanyi sekadar hobi Utusan Malaysia. Diperoleh pada 17 Ogos 2015.
  13. ^ Profil popular Adi Putra Kosmo! (3 Oktober 2010). Dicapai pada 1 November 2010.
  14. ^ "'Kala Hati' temui penonton dalam slot Samarinda". mStar Online. 29 Jun 2009. Dicapai 21 Oktober 2012. 
  15. ^ Raja Intan Dianna Raja Azaham (10 Februari 2010). "Pengalaman Fairuz arah Na-O-Mei dalam laut". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Oktober 2012. 
  16. ^ Budiey (26 Januari 2011). "Aksi Zul Huzaimy & Adi Putra dalam Filem HAQ". Sensasi Selebriti. Dicapai 28 Oktober 2012. 
  17. ^ Syazwan Zakariah (3 Februari 2011). "Haq yang keliru". Sensasi Selebriti. Dicapai 28 Oktober 2012. 
  18. ^ Feride Hikmet Atak (8 Februari 2011). "'Haq', Buat Penonton Keliru". mSTAR Online. Dicapai 28 Oktober 2012. 
  19. ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  20. ^ Budiey (24 Mei 2011). "Suria Di Cordoba di Astro Prima". Senasasi Selebriti. Dicapai 3 Jun 2011. 
  21. ^ Khadijah Ibrahim (6 Jun 2011). "Temui Suria Di Cordoba". Utusan Malaysia. Dicapai 3 Jun 2011. 
  22. ^ "'Aku Terima Nikahnya' RM1.3 Juta". Malaysian Digest. 16 Oktober 2012. Dicapai 2 Mac 2013. 
  23. ^ Raziatul Hanum A. Rajak (4 April 2013). Langgar bukan filem aksi kosong Sinar Harian. Diperoleh pada 22 April 2013.
  24. ^ Eddino Abdul Hadi (8 October 2013). "Aaron Aziz gangs up with Adi Putra". The Star. Dicapai 15 Julai 2015. 
  25. ^ Nazeri Nong Samah (7 October 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Utusan Malaysia. Retrieved on 1 March 2014.
  26. ^ Wanda Idris (17 Mac 2013). "Kepantasan Balistik". Utusan Malaysia. Dicapai 19 April 2014. 
  27. ^ Melati Pusaka (25 Januari 2014). "Balistik kisah hidup polis". Free Malaysia Today. Dicapai 19 April 2014. Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun ketika ini berlakunya kemerosotan hasil kutipan filem-filem tempatan. 
  28. ^ Ardini Sophia Sina (7 Februari 2015). "Populariti Adi tak terjejas". Harian Metro. Dicapai 1 Januari 2017. 
  29. ^ "Teater Di Bawah Lindungan Kaabah buka tirai pementasan". Utusan Malaysia. 11 Mei 2014. Dicapai 1 Jun 2014. 
  30. ^ "Foto panas Adi Putra tidak jejaskan Di Bawah Lindungan Kaabah". Malaysian Digest. 4 April 2014. Dicapai 1 Jun 2014. 
  31. ^ Tengku Suzana Raja Hamat (28 Januari 2015). "Isyarat amal Isyarat Cinta". Kosmo!. Dicapai 1 Januari 2017. 
  32. ^ Shakilawati Abd Rahman (15 Februari 2015). "Cinta si bisu, si buta". Harian Metro. Dicapai 1 Januari 2017. 
  33. ^ "Suami Aku Ustaz gabungkan semula Adi dan Nora". Kosmo!. 25 Mac 2013. Dicapai 12 April 2018. 
  34. ^ Nannie Isa (13 Mei 2015). "Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish & Adi Putra Dinantikan Semua". Kite Punye. Dicapai 12 April 2018. 
  35. ^ Rozaimi Zubadi (12 April 2018). "'Suami Aku Ustaz' Sarat Pengajaran, Menghiburkan". mStar Online. Dicapai 2 Mac 2018. 
  36. ^ Aqmar Mustaza (12 April 2018). "Suami Aku Ustaz menghiburkan". Sinar Harian. Dicapai 2 Mac 2018. 
  37. ^ "4.5 juta tonton episod akhir Cinta Si Wedding Planner". Sinar Harian. 19 Februari 2016. Dicapai 28 Ogos 2016. 
  38. ^ "Adi Putra feels pressured by "Hanyut" role". Yahoo! Lifestyle. The Hive Asia. 14 Oktober 2016. Dicapai 1 November 2016. 
  39. ^ Israr Khalid (13 October 2016). "Hanyut akhirnya sangkut". Astro Awani (dalam bahasa Malay). Astro Awani Network Sdn. Bhd. Dicapai 21 October 2016. 
  40. ^ Roy Lim Jian-Min (2009). "Visualising 'Hanyut The Movie'". Photo shoot. Kuala Lipis, Pekan: Cinema Online. Dicapai 18 February 2011. 
  41. ^ Wawann Mohd (30 Oktober 2016). "Dain Maroola cabar Adi". Sinar Harian. Dicapai 1 November 2016. 
  42. ^ "Dalam 'Dia' di TV3 mulai 14 Oktober". Utusan Borneo. 11 Oktober 2017. Dicapai 1 November 2017 – melalui Pressreader. 
  43. ^ "Sejadah Untuk Dia lakonan Adi Putra". My Info Taip. 1 Januari 2018. Dicapai 6 September 2018. 
  44. ^ Dennis Chua (21 Disember 2016). "Makrifat Cinta: The tale of a self-made millionaire". New Straits Times. Dicapai 1 Februari 2018. 
  45. ^ Zulhilmi Jalil (24 Disember 2017). "Kisah benar dalam Makrifat Cinta". Kosmo!. Dicapai 7 April 2018. 
  46. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai 6 Februari 2018. 
  47. ^ Emma Hassan (30 Januari 2018). "Adi Putra, Fasha Sandha Diuji Dalam Teratai Kemboja". Mangga Media. Dicapai 6 Julai 2018. 
  48. ^ Salma Syahbuddin (15 April 2018). "Elemen Cinta Penuh Emosi Dalam Teratai Kemboja". XTRA. Dicapai 6 Julai 2018. 
  49. ^ Florey DM (3 April 2018). ""Mat Kilau" will be more than just a martial arts movie". Yahoo! News. Dicapai 20 April 2018. 
  50. ^ "'Mat Kilau' angkat industri filem negara ke tahap lebih tinggi". Ismaweb. 29 Mac 2018. Dicapai 20 April 2018. 
  51. ^ Qarami Hashim (31 Mac 2018). "Adi Putra layak jadi Mat Kilau: Syamsul Yusof". mSTAR Online. Dicapai 20 April 2018. 
  52. ^ Najiy Jefri (22 April 2018). "Adi Putra ada aura Mat Kilau". Berita Harian. Dicapai 19 September 2018. 
  53. ^ Meen Tahrim (27 Ogos 2018). "Adi Putra nikahi semula bekas isteri". Sinar Harian. Dicapai 19 Januari 2018. 
  54. ^ Arina Azlan (27 Ogos 2018). "Adi Putra nikah semula dengan bekas isteri pertama". Kosmo!. Dicapai 19 Januari 2018. 
  55. ^ Aida Rismariza Kamarudin (29 Disember 2016). "Adi Putra suami yang baik - Shahida". Utusan Malaysia. Dicapai 29 Disember 2016. 
  56. ^ "Adi Putra ceraikan kedua-dua isteri". Astro Awani. 23 Mac 2017. Dicapai 2 September 2017. 
  57. ^ Tahir Alhamzah (23 Mac 2017). "Adi Putra split from both wives". New Straits Times. Dicapai 29 September 2017. 
  58. ^ "Actor falsified marriage cert". The Star Online. 11 Disember 2017. Dicapai 19 September 2018. 
  59. ^ Dennis Chua (5 April 2018). "#Showbiz: I have become a Malaysian: Adi Putra". New Straits Times. Dicapai 2 September 2018. Datuk Adi Putra says Malaysia and Singapore shares a common history. 
  60. ^ Dennis Chua (29 April 2018). "#Showbiz: Actor Adi Putra looking forward to voting for the first time". New Straits Times. Dicapai 18 September 2018. 
  61. ^ http://blog.azhad.com/2005/05/teater-rubiah.html
  62. ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Dicapai 25 July 2013. 
  63. ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai 5 August 2013. 
  64. ^ "Singaporean actor Adi Putra conferred title of Datuk in Malaysia". Yahoo! Lifestyle. 24 Oktober 2017. Dicapai 24 Oktober 2017. 
  65. ^ "Digelar Datuk, Ada Yang Tanya Apa Jasa Adi Putra". My News Hub. 24 Oktober 2017. Dicapai 24 Oktober 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]