Tetuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tetuang, tuang-tuang atau bergoh[1] ialah suatu alat tiup dalam kalangan masyarakat Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia[2] diperbuat daripada tanduk kerbau jantan[3] atau lembu.[4]

Ia dahulu lazim sebagai alat komunikasi, lebih-lebih lagi menghimpunkan sesama nelayan untuk berkumpul atau berlayar[1] atau untuk memberitahukan perkara kecemasan.[2] Bahkan, ia juga pernah digunakan untuk menghalau haiwan liar serta menyeru panggilan solat Subuh. Meskipun kemajuan teknologi menjadikan fungsi ini lewah, penggunaan ia masih diteruskan bahkan diterapkan dalam adat istiadat tradisi seperti pertunjukan silat, menyambut tetamu kehormat atau upacara diraja.

Ia sering digandingkan bersama ibu dan anak gendang serta gamelan membarisi nobat untuk tujuan-tujuan adat sedemikian.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Norhaspida Yatim (9 Julai 2020). "Hidupkan kembali alat komunikasi Melayu klasik". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  2. ^ a b Suhaimi bin Osman, (Mei-Ogos 2018). "Kumpulan Muzik Erofon" (PDF). Berita JMM. Jabatan Muzium Malaysia. 25 (2): 25. ISSN 2231-8321. Periksa date values in: |publication-date= (bantuan)Selenggaraan CS1: tanda baca ekstra (link)
  3. ^ Rosilawati Rosedi (14 Januari 2020). "Tetuang, trompet warisan Melayu hasilkan tiupan klasik". Sinar Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  4. ^ Roselan Ab Malek (12 Disember 2019). "Tetuang, warisan Melayu yang semakin pupus". Berita Harian. Dicapai pada 26 Oktober 2020.
  5. ^ Farrer, Douglas S. (2009). "5: The Guru Silat". Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism. Springer Science+Business Media B.V. m/s. 196. ISBN 978-1-4020-9355-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • "Pembuat Tetuang" (9 Januari 2020), dalam segmen Bingkisan Pahang. Selamat Pagi Malaysia. Radio Televisyen Malaysia.