Tombiruo: Penunggu Rimba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Tombiruo: Penunggu Rimba
PengarahSeth Larney
PenerbitLayar Sunan, Ideate Media
PenulisRamlee Awang Murshid
Berdasarkannovel oleh Ramlee Awang Murshid
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
  • Astro Shaw
  • Kumpulan Buku Karangkraf
  • Layar Sunan Ideate Media
  • AMC Studio
  • IDW Entertainment
Mula ditayangkan
12 Oktober 2017
Tempoh tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
PerbelanjaanRM6 juta
Pecah panggungRM8 juta

Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan Seth Larney. Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Oktober 2017.[1][2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan.Dalam masa yang sama, Faizal turut membantu untuk cuba memulihkan keadaan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin ialah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.[3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Tombiruo: Penunggu Rimba dikeluarkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.[6] Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.[7]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Kutipan[sunting | sunting sumber]

Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM7 juta selepas 18 hari ditayangkan.[7]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik Tercalon
The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA) Filem Asia Terbaik Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Poster Terbaik Tercalon
Sinematografi Terbaik Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tombiruo: Penunggu Rimba filem wajib tonton!". Sinar Harian. 2 Oktober 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  2. ^ "Kenapa Rugi Kalau Tak Tonton Tombiruo: Penunggu Rimba". Astro Gempak. 9 Oktober 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  3. ^ "Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba". My Info Taip. 16 Ogos 2017. Dicapai pada 11 Oktober 2017.
  4. ^ Norhidayyu Zainal (12 September 2017). "Zul Ariffin puas kerana Tombiruo: Penunggu Rimba". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  5. ^ Aqmar Mustaza (5 Mac 2017). "Profesionalisme Zul Ariffin & Farid Kamil". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Oktober 2017.
  6. ^ "Zul Ariffin tayang badan demi rezeki". Utusan Online. 22 Oktober 2017. Dicapai pada 2 November 2017.
  7. ^ a b "Filem Tombiruo terus gegar panggung, kutip RM7 juta dalam 18 hari". Astro Awani. 2 November 2017. Dicapai pada 2 November 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]