Tomy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syarikat Tomy Sdn. Bhd.
Takara Tomy (kebanyakan di Jepun dan Asia)
Tomy (kebanyakan di negara-negara barat)
Nama asal
株式会社タカラトミー
Kabushiki gaisha awam
Didagangkan sebagaiTYO: 7867
IndustriMainan, Permainan video, produk dan pakaian kanak-kanak
Pendahulu
Ditubuhkan1 Mac 2006; 13 tahun yang lalu (2006-03-01) (Dulu Tomy, 1924; Takara, 1955)
Ibu pejabat7-9-10, Tateishi, Katsushika, Tokyo, Japan
Perancang utama
Harold Meij
(Presiden dan pengasas)
KeluaranDetails
Hasil¥154,804 juta (FY 2013–2014)[1]
¥3,335 juta (FY 2013–2014)[1]
¥8,929 juta (FY 2013–2014)[1]
Jumlah aset¥156,467 juta (FY 2013–2014)[1]
Jumlah ekuiti¥50,907 juta (FY 2013–2014)[1]
Bilangan pekerja
486 (Setakat Mac 31, 2014)[2]
PembahagianTomy International, Inc.
Tomy (Hong Kong) Ltd.
Tomy (Shenzhen) Ltd.
T-ARTS KOREA Company, Ltd.
Tomy (Thailand) Ltd.
Tomy (Shanghai) Ltd.
Anak syarikatT-ARTS Company, Ltd.
Penny Company, Ltd.
Tomy Tec Co., Ltd.
Tinkerbell Inc.
Wako Company, Ltd.
Tomy Marketing Company, Ltd.
Kiddy Land Co., Ltd.
T-ENTAMEDIA Company, Ltd.
Tomy Ibis., Ltd.
Laman sesawangTomy Global
Jepun
Amerika Syarikat
United Kingdom
Perancis
Jerman
China

Syarikat Tomy Sdn. Bhd. (株式会社タカラトミー Kabushikigaisha takaratomī, Takara Tomy; nama dagang Tomy di luar kebanyakan negara Asia) ialah sebuah syarikat hiburan Jepun yang membuat mainan dan barangan kanak-kanak. Syarikat ini dicipta daripada satu gabungan dua buah syarikat pada 1 Mac 2006; Tomy (diasas pada tahun 1924 sebagai Tomiyama, menukar nama kepada Tomy pada tahun 1963)[3] dan saingan lama Takara (diasas pada tahun 1955).[3] Ibu pejabat syarikat terletak di Katsushika, Tokyo.

Sejarah dan nama korporat[sunting | sunting sumber]

Syarikat tersebut membuat cadangan pragmatik berkenaan nama mana untuk digunakan selepas gabungan itu, dengan cadangan untuk menggunakan "Tomy" di subsidiari antarabangsa dan "Takara-Tomy" di Jepun. Mereka membuat cadangan tersebut kerana Tomy telah membina pengenalan jenama yang besar di peringkat antarabangsa, dengan kebanyakan produk Takara yang terkenal di seluruh dunia (Microman, Transformers, Battel Beasts, Beyblade, B-Daman dsb.) telah dijual dan dijenamakan oleh syarikat mainan lain seperti Hasbro. Mereka juga mengira kos kewangan untuk menukar nama terlalu mahal.[4]

Antara polisi editorial kebanyakan penerbitan perniagaan Barat adalah untuk mengabai pengisytiharan gabungan dan mengisytiharkan bahawa satu syarikat dibeli oleh yang lain. Oleh sebab itu, dalam kebanyakan media Barat, gabungan Takara-Tomy dicirikan sebagai "pengambilalihan" Takara oleh Tomy. Andaian tersebut adalah mungkin dibuat kerana bertahun-tahunan kerugian telah meletakkan Takara dalam tahap kewangan yang lemah ketika gabungan itu berlaku, tetapi Takara membuat jumlah jualan yang lebih tinggi berbanding dengan Tomy. Tetapi, pengurusan Takara dan Tomy telah membincangkan gabungan banyak kali, termasuk pada saat Takara muncul lebih kuat. Di bawah undang-undang korporat Jepun, pergerakan tersebut ialah sebuah gabungan kedua-dua syarikat atas satu asas yang sama.

Terdapat banyak ramalan media pascagabungan tentang kawalan jenama daripada gabungan Takara-Tomy. Kebanyakannya timbul daripada penggunaan baru hak cipta "TOMY" atas semua pembungkusan, termasuk bekas jenama Takara yang dihantar oleh Hasbro. Tetapi, itu hanya hasil satu cadangan praktikal untuk menggunakan hanya nama Tomy di subsidiari antarabangsa. Di Jepun, Takara-Tomy terus menggunakan kedua-dua Takara dan Tomy sebagai nama jenama berbeza atas mainan yang berasal dari setiap syarikat masing-masing, dan kebanyakan mainan atau produk tersendiri sekarang menggunakan jenama Takara-Tomy yang baru.

Takara membeli kepentingan majoriti dalam Tatsunoko Production pada bulan Jun 2005. Studio tersebut kemudian menjadi subsidiari penuh Takara-Tomy, mengekori gabungan pada bulan Mac 2006. (Tatsunoko sekarang[bila?] kebanyakannya dimiliki oleh Nippon TV). Tomy UK diasaskan pada tahun 1982 untuk jualan dan pengeluaran produk Tomy di Eropah, dan telah membawa mainan seperti Zoids, dan permainan seperti Lanun Timbul, ke sebelah Barat dengan kejayaan besar. Slogan Tomy UK telah secara tradisional menjadi "Percaya Tomy". Pada tahun 2006, Tomy UK melancarkan sebuah laman sesawang di mana pengguna boleh membeli secara dalam talian daripada katalog Tomy.[5] Pada awal tahun 2011, Takara-Tomy memperolehi Korporasi RC2 dan subjenama RC2, Learning Curve, yang mengandungi The First Year, Lamaze dan Kompas.

Produk[sunting | sunting sumber]

Takara-Tomy telah mencipta pelbagai jenis produk atas hak-hak mereka sendiri yang termasuk, dari sebelah Tomy: Tomica, Plarail, Zoids, Idaten Jump, Nohohon Zoku dan produk jagaan bayi berjenama Tomy, dan, dari sebelah Takara: Space Pets, Choro-Q (juga dikenali sebagai Penny Racers), Transformers, B-Daman, Koeda-chan (juga dikenali sebagai Treena) dan Microman. Takara-Tomy yang bergabung juga membuat dan/atau menjual pelbagai jenama mainan dan permainan di bawah lesen, seperti Thomas & Friends, Disney, Pokémon, Naruto, Permainan Kehidupan (juga dikenali sebagai Permainan Jinsei), Rockman (atau Mega Man), Mermaid Melody Pichi Pichi Pitch, Kirarin Revolution, Sugarbunnies dan Animal Crossing. Hak Tomy atas lesen-lesen ini berbeza-beza berdasarkan kawasan. Antara contoh pertama sinergi produk untuk syarikat yang bergabung itu ialah pergabungan lesen Permainan Jinsei Takara dan lesen Pokémon Tomy untuk menghasilkan sebuah Permainan Jinsei Pokémon.

Tomy Tutor, sebuah komputer rumah 16-bit dikeluar oleh Tomy bermula pada tahun 1982.

Tomy menjual pelbagai produk secara antarabangsa, termasuk mainan bayi dan prasekolah, monitor bayi, permainan elektronik dan mekanikal, alatan elektronik pengguna, produk kraftangan kanak-kanak, dan pelbagai mainan sesuai untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki. Mereka membuat pilihan barangan Disney, Pokémon dan Thomas Si Kereta Api yang besar. Mereka juga menerbitkan permainan video di Jepun (kebanyakannya berdasarkan Zoids atau siri anime Naruto), dan bertanggungjawab untuk pengeluaran beberapa produk Hasbro di Jepun, seperti Play-Doh, Jenga dan Monopoly. Syarikat berkenaan dulu bertanggungjawab untuk pengeluaran produk My Little Pony di Jepun sebelum Bushiroad memperoleh hak pengeluaran untuk produk-produk tersebut, memulakan dengan slogan Friendship Is Magic francais tersebut (tetapi siri animasi telivisyen dimiliki oleh Hasbro). Pada penghujung tahun 2015, selepas Bushiroad menyangkal hak pengeluaran, Sega Toys memperoleh balik hak kepada semua generasi dalam francais tersebut. Pada tahun 1960-an, Tomy merupakan penaja dan penghasil mainan untuk rancangan televisyen Giant Robo. Mereka bergabung dengan Takara sekejap sebelum kemuflisan syarikat Giant Robo.

Senarai produk-produk yang bernilai adalah seperti yang berikut:

  • Armatron
  • Atollo – mainan binaan
  • Bakugan: Battle Planet
  • Beyblade – permainan perlawanan gasing besi
  • Blip (game) – permainan mekanikal senang dibawa bertema Pong
  • Blythe
  • Boggle Flash
  • Choro-Q – kereta mainan kecil
  • Chuggington
  • Kompas
  • Crossbows and Catapults
  • Duel Masters Trading Card Game
  • Eldran series
  • Flip Flap – tumbuhan bertenaga solar
  • Furby
  • Gashapon – mesin layan diri
  • Guitar Rockstar
  • i-SOBOT[6]
  • Jenga
  • Jenny
  • Katekyo Hitman Reborn! Flame Rumble – satu siri permainan video perlawanan berdasarkan manga/anime untuk Nintendo DS
  • Kamiwaza Wanda
  • Permainan Kad Kingdom Hearts
  • Lamaze
  • Licca
  • Metal Fight Beyblade – permainan perlawanan
  • Metal Fight Beyblade Zero-G – permainan perlawanan
  • Omnibot – barisan robot mainan
  • Plarail – sistem set kereta api elektronik plastik (dinamakan "Tomica World" di luar Jepun)
  • Pop-up Pirate
  • Pretty Rhythm
  • PriPara - pengganti siri Pretty Rhythm
  • Q-steer – kereta dikawal radio mikro berasaskan Choro-Q
  • Rummikub
  • Screwball Scramble
  • Shinkansen Henkei Robo Shinkalion
  • Starriors
  • Switch 16
  • Thomas and Friends – Plarail, Kapsul Plarail, Tomica, dan tema Tomix, dan produk sekolah
  • Thunderbirds
  • Tomica – mainan die-cast
  • Tomica Hyper Rescue Drive Head Kidō Kyūkyū Keisatsu
  • Tomix – model kereta api jenama Tomytec, sebuah subsidiari Takara Tomy
  • Tomy Tutor – komputer rumah
  • Tomytronic – siri permainan senang bawa 3D
  • Transformers
  • Tron – orang dan kenderaan mainan berdasarkan filem Disney tersebut
  • Z-Knights – sebaris model robot macam manusia boleh direka digayakan berdasarkan sateria dari 1991 sehingga 1993.
  • Zoids
  • Zootopia
  • Water Games[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]