Town Mall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Town Mall
Umum
PengarangHasrudi Jawawi
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
25 Oktober 2015
Jenis media
Kulit keras
Halaman752
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789674462222

Town Mall ialah novel 2015 oleh penulis novel Malaysia, Hasrudi Jawawi, dikeluarkan pada 25 Oktober 2015 oleh Buku Prima.[1] Sebuah filem adaptasi novel ini dikeluarkan pada 2020.[2]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Town Mall ialah novel pertama tulisan Hasrudi Jawawi, diterbitkan oleh Buku Prima dan dikeluarkan pada 25 Oktober 2015. Dalam temuramah bersama Astro Gempak, Hasrudi meluahkan rasa gembira apabila karyanya diadaptasi ke filem: "Perasaan saya sangat gembira! Lebih-lebih lagi, novel Town Mall ini merupakan novel seram pertama tulisan saya. Sejujurnya, saya sukar untuk menggambarkan perasan saya dengan kata-kata apabila mendapat tahu hasil tulisan saya diangkat dalam naskhah yang lebih besar,".[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban. Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?

Adaptasi filem[sunting | sunting sumber]

Town Mall telah diadaptasikan sebagai sebuah filem oleh Enuja Production dan diarahkan oleh Eizlan Yusof dalam penampilan sulung arahannya. Asalnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 26 Mac 2020, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19. Filem ini ditayangkan di Astro First pada 25 Jun 2020, menampilkan barisan pelakon termasuk Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Town Mall by Hasrudi Jawawi". Goodreads. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  2. ^ Aqmar Mustaza (25 Jun 2020). "Town Mall inspirasi kisah benar". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  3. ^ Kamaruddin Razal (25 Jun 2020). ""Sukar Untuk Saya Gambarkan..." - Karya Diadaptasi Ke Filem, Ini Respon Penulis Novel Town Mall". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  4. ^ Budiey (18 Jun 2020). "Filem TOWN MALL Inspirasi Dari Kisah Benar Ditayangkan di Astro First". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 12 Julai 2020.