Permaisuri Siti Aishah
| Permaisuri Siti Aishah | ||
|---|---|---|
| ||
| Raja Permaisuri Agong XI | ||
| 26 April 1999 – 21 November 2001 | ||
| Pertabalan | 23 September 1999 | |
| Negeri | Selangor | |
| Pendahulu | Tunku Ampuan Najihah | |
| Pengganti | Tengku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid | |
| Tengku Permaisuri Selangor ke-2 | ||
| 24 Oktober 1998 – 25 April 1999 | ||
| Pertabalan | 24 Oktober 1998 | |
| Pendahulu | ||
| Pengganti | ||
| Sultan | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah | |
| Kelahiran | 18 November 1971 | |
| Kuala Lumpur | ||
| 0 | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 0 | |||||||||
| Fail:0 0 | |||||||||
| 00 | |||||||||
| Pemerintahan | 1998 hingga 2001 | ||||||||
| Didahului oleh | Tengku Ampuan Rahimah | ||||||||
| Diikuti oleh | Tengku Permaisuri Norashikin | ||||||||
| |||||||||
| Kerabat | 0 | ||||||||
| Wangsa | daeng chelak (marry) | ||||||||
| Agama | 0 | ||||||||
| Pekerjaan | 0 | ||||||||
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah (Jawi: ڤرمايسوري سيتي عائشه; lahir Siti Aishah binti Abdul Rahman; 18 November 1971). Baginda berasal dari Kuala Lumpur. Selangor
Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.
Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan Sultan Selangor Darul Ehsan, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah. Sejurusnya perkahwinan, baginda telah dikurniakan gelaran YTM Che Puan Besar Selangor.
Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh Sultan Selangor.
Selepas kemangkatan Tengku Ampuan Rahimah pada tahun 1993, Negeri Selangor Darul Ehsan tidak berpermaisuri 1993 sehingga tahun 1998. Pada 24 Oktober 1998, baginda telah dimashyurkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor dengan gelaran Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Siti Aishah.
Pada 26 April 1999, baginda telah dilantik sebagai Raja Permaisuri Agong setelah suaminya dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong XI. Sewaktu tempoh menjawat gelaran tersebut, baginda menggunakan gelaran Raja Permaisuri Agong XI Tuanku Siti Aishah.
Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain golf. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku-buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.
