Tupai muncung bercat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tupai muncung bercat
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies:
T. picta[1]
Nama binomial
Tupaia picta[1]
Thomas, 1892
Julat tupai muncung bercat

Tupai muncung bercat (Tupaia picta)[3] ialah spesies tupai muncung bagi keluarga Tupaiidae.[1]

Spesimen sulungnya diperikan oleh Oldfield Thomas dan menjadi sebahagian daripada himpunan zoologi dari utara Borneo yang didapatkan oleh Muzium Sejarah Semula Jadi British.[4]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Tupai muncung bercat mempunyai panjang tubuh lebih sedikit daripada 18 cm (7 in) dan panjang ekor yang agak kecil, menjadikannya satu daripada yang terkecil dalam genusnya. Kebanyakan tubuhnya agak berwarna kusam berbanding spesies lain yang berkaitan, terdiri kebanyakannya daripada zaitun kekelabuan, dengan tompok-tompok kuning. Namun, pipi dan dadanya berwarna lebih terang, terdiri kebanyakannya daripada jingga dan kuning. Ia turut mempunyai belang di belakangnya.[4]

Taburan dan habitat[sunting | sunting sumber]

Tupai muncung bercat endemik di Borneo dan mendiami hutan di Brunei, Kalimantan, dan Sarawak. Ia selalunya hidup di ketinggian yang rendah, di bawah 300 meter (980 ka), namun beberapa spesimennya dijumpai di ketinggian beratus-ratus meter lebih tinggi. Sungguhpun tupai muncung bukan spesies terancam, ia tetap mengalami kehilangan habitat.[2]

Kelakuan dan ekologi[sunting | sunting sumber]

Diet tupai muncung bercat banyak terdiri daripada buah dan serangga.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Templat:MSW3 Helgen
  2. ^ a b c Cassola, F. (2016). "Tupaia picta". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T41499A22279973. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T41499A22279973.en. Dicapai pada 26 Januari 2022.
  3. ^ J. L. Harrison; S. K. Quah (1963). Recommended Vernacular Names for Malaysian Mammals (PDF). Jabatan Zoologi, Universiti Singapura. m/s. 4-5.
  4. ^ a b Thomas, Oldfield (1892). "On some new Mammalia from the East-Indian Archipelago". The Annals and Magazine of Natural History. 6 (9): 250–254.