Vinaigrette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vinaigrette
Vinaigrette.jpg
Vinaigrette
Jenis Kuah salad, sos, atau perapan
Bahan utama Minyak (minyak kacang soya, minyak kanola, minyak zaitun, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba , minyak kacang, atau minyak biji anggur ), cuka, pilihan herba dan rempah
di Wikibuku Buku Masakan: Vinaigrette  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Vinaigrette

Vinaigrette (/vɪnəˈɡrɛt/ vin-ə-GRET-') ialah sos masakan yang diperbuat dengan campuran cuka dan minyak dan biasanya diperasakan dengan garam, herba dan rempah. Ia paling biasa digunakan bukan sahaja sebagai kuah salad,[1] tetapi juga sebagai perapan. Secara tradisinya, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak dan 1 bahagian cuka dicampur ke dalam emulsi yang stabil, tetapi istilah ini juga digunakan untuk campuran dengan kadar yang berbeza dan emulsi yang tidak stabil yang mampu bertahan dalam masa yang singkat sebelum terpisah kembali kepada lapisan fasa minyak dan cuka.

Nama[sunting | sunting sumber]

"Vinaigrette" adalah bentuk pengecil daripada perkataan Perancis "vinaigre" ("cuka"). Ia biasanya dikenali sebagai "kuah Perancis" dalam abad ke-19.[2]

Penyediaan[sunting | sunting sumber]

Membuat vinaigrette - mencurah minyak ke dalam cuka dan mustard sebelum dipukul

Secara umum, vinaigrette terdiri daripada 3 bahagian minyak untuk 1 bahagian cuka dipukul menjadi emulsi. Garam dan lada juga turut ditambah. Herba dan bawang merah ditambah, terutama apabila ia digunakan sebagai sos untuk sayur-sayuran yang dimasak, bijirin, dan yang seumpamanya.[3] Ada kalanya mustard digunakan sebagai pengemulsi.[4]

Kepelbagaian[sunting | sunting sumber]

Vinaigrette raspberi

Vinaigrette boleh dibuat dengan pelbagai minyak dan cuka. Minyak zaitun dan minyak sayuran neutral seperti minyak kacang soya, minyak kanola, minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kesumba, minyak kacang, atau minyak biji anggur adalah yang paling biasa.

Di utara Perancis, ia boleh dibuat dengan minyak walnut dan cuka sider epal dan digunakan untuk salad endive Belgium.

Di Amerika Syarikat, vinaigrette mungkin termasuk dengan pelbagai penambahan sesuatu yang baru seperti lemon, cendawan truffle, raspberi, putih telur, gula, bawang putih, dan ceri. Keju, lazimnya keju biru, juga boleh ditambah. Secara komersial, versi botol mungkin menggunakan pengemulsi seperti lesitin.

Di Asia Tenggara, minyak dedak padi dan cuka putih digunakan sebagai asas dengan herba segar, cili, kacang, dan jus limau.

Cuka yang berbeza, seperti raspberi, mencipta perisa yang berbeza, dan jus lemon atau alkohol, seperti syeri, boleh digunakan sebagai pengganti cuka. Vinaigrette balsam dibuat dengan menambah sejumlah kecil cuka balsam kepada vinaigrette mudah minyak zaitun dan wain cuka.

Di Brazil, gabungan antara minyak zaitun, cuka alkohol, tomato, bawang dan kadang-kadang lada benggala dipanggil Vinagrete. Ia disaji ketika Churrasco, biasanya pada hari Ahad.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Dalam masakan Perancis klasik, vinaigrette digunakan sebagai sos salad dan, sebagai sos sejuk, mengiringi articok, asparagus dan bawang sejuk.

Vinaigrette Rusia atau vinegret[sunting | sunting sumber]

Vinaigrette memberikan namanya kepada salad dalam masakan Rusia dipanggil vinegret.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BBC Good Food
  2. ^ Hale, Sarah J. (1857). Mrs. Hale's new cook book. Philadelphia, Pennsylvania (USA): T. B. Peterson & Brothers. m/s. 295. Dicapai 14 April 2012. 
  3. ^ Larousse Gastronomique, s.v. cold sauces
  4. ^ Byron, May Clarissa Gillington (1916). May Byron's vegetable book. London, England (UK): Hodder & Stoughton. m/s. 301. Dicapai 14 April 2012. 

Templat:Condiments