Wan Gegau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Wan Gegau Lawak Solo" dan "Wan Gegau Samsudin" dilencongkan di sini.
Wan Gegau Samsudin
Wangegau87.jpg
"Ketika sesi rakaman masakan"
KelahiranMohd Saffuan bin Samsudin 
(1987-06-21) 21 Jun 1987 (umur 32)
 Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
WarganegaraMalaysia
Nama lainWan Gegau
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif2013 - kini
Ibu bapaSamsudin Bin Md Shariff
Hadijah Binti Md Yunos
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreLawak, satira, sketsa
SubjekBudaya masyhur, peristiwa semasa
AhliAzlee Senario, Ebby Yus, Man Raja Lawak, Epy Kodiang, Azaromi Ghozali, Sadow, Kumpulan XOXO, Syura (penyanyi), Amir Raja Lawak

Mohd Saffuan bin Samsudin atau dikenali sebagai Wan Gegau (lahir 21 Jun 1987)[1] ialah seorang Pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia yang terkenal dengan Tag Line "Nampaktakkk". Lahir di Hospital Tentera Kem Terendak Melaka dan dibesarkan di Kampung Durian Daun Masjid Tanah Melaka. Merupakan anak bongsu daripada lima beradik. Mula melibatkan diri secara serius dalam bidang seni sejak tahun 2013, apabila menyertai Program komedi Bintang Mencari Bintang musim pertama secara duo (Kumpulan Gegau) di bawah pimpinan kumpulan lawak No.1 Malaysia, Senario.

Pembabitan dalam bidang lakonan bermula apabila diberi peluang untuk membawa watak penting dalam drama bersiri Kisah Yang Hilang dan selain itu turut juga membintangi beberapa buah filem.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak Terbitan Tayangan
2018 ZAARA "Bukan Nama Aku" Randy RED FIRE Production Layar Perak
2019 MAWAS Bobo RED FIRE Production Layar Perak
Drama
Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2017 Kisah Yang Hilang (TV3) Asmat MIG Production TV3
Telefilem
Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2013 O.M.G Hero Kampung Orang Kampung Media Prima TV3
Misteri Malam Raya SENARIO Bodyguard Media Prima TV9
2014 Apabila Kau Tersenyum (penghormatan terhadap P.Ramlee) Penjahat Unit Drama RTM TV2
2019 Rendang Krispi Jamal Madness Production Astro
Cinta Hashtag Hassan Teguh Setanding Production Astro
Program realiti
Tahun Tajuk Watak Terbitan Siaran
2013 Bintang Mencari Pasal Raya Pelakon utama Prime Work Studio TV3
2014 Projek Meja Kuncu Taiko Prime Work Studio TV3
2015 Juara Parody ft. (Kump, SENAMAN) Artis jemputan Vision Work Astro Warna
2016 Kapsul Lawak Solo (7 minggu) Peserta Astro Warna Astro Warna & Mustika HD
2019 Bintang Bersama Bintang - minggu 2 bersama Achey Bocey (pelawak) Artis Jemputan Prime Work Studio TV3
Certot Terlampau (Ramadhan Sarkastik) Penampilan Khas Maxman.TV Astro Warna
TVC
Tahun Produk Watak Tayangan Terbitan
2018 Cantik Wangi Suami TV3 Malay Studio Production
Sarifah JB Catering Chef JB Channel (Viral Kormesial) Tazbay Studio Production

Kompotasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Program Siaran Ahli Kumpulan Pencapaian
2013 Bintang Mencari Bintang musim 1 TV3 Faizal Gegau Juara Mingguan
2015 Projek Komedi Warna Musim 1 Astro Warna Aliff Mokhtar Sadow Minggu 3
2016 Lawak Solo Astro warna Wan Gegau Wan Gegau Separuh Akhir
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna One & Chot Kumpulan XOXO Minggu 7
2019 Muzikal Lawak Superstar Astro Warna Syura (penyanyi) & Amir Raja Lawak Kump. WASAP Semoga Berjaya

Sejarah pentas[sunting | sunting sumber]

Bintang Mencari Bintang Musim 1[sunting | sunting sumber]

GEGAU Merupakan sebuah kumpulan komedi yang telah dicungkil bakat daripada sebuah program yang diberi nama Bintang Mencari Bintang 2013 tayangan TV3. Beliau merupakan anak didik kepada kumpulan lawak Malaysia iaitu kumpulan Senario. Gegau hanya bergerak secara duo bersama Faizal Ibrahim @ Jejal Gegau yang kini telah bertugas di Melaka FM. Kumpulan Gegau pernah beraksi di beberapa negeri dan pernah menerima tawaran berlakon telefilem bersama kumpulan Senario. Beliau pernah dinobatkan sebagai jaguh komedi tanpa suara kerana telah berjaya menewaskan rakan-rakan seperjuanganya yang lain dan menjadi juara mingguan di Bintang Mencari Bintang. Namun begitu, kumpulan Gegau telah tersingkir walaupun selepas menjadi juara mingguan di Sri Pentas 2 Shah Alam ketika itu oleh kerana undian terkumpul dari minggu pertama tidak dapat mengatasi pelawak solo Ajo Mamu.

Projek Komedi Warna 2015[sunting | sunting sumber]

Setelah gagal menjadi juara dalam program Bintang Mencari Bintang 2013, kini[bila?] terciptanya sebuah lagi kumpulan berkonsepkan komedi yang diberi nama SADOW. Kumpulan ini bergerak secara duo bersama dengan Aliff Mokhtar @ Aliff Bigtoo BMB 1, iaitu anak didik kepada pelakon dan pelawak Sabry Yunus.Beliau mula melangkah di pentas Projek Komedi Warna (Astro Warna/Mustika) 2015. Namun begitu, tidak banyak cerita menarik yang dapat dikongsikan ketika bergerak dengan kumpulan Sadow. Lagi sekali Sadow berdepan dengan banyak pelawak hebat Malaysia dan Singapura. Sadow telah dikalahkan oleh kumpulan Puteh dan Bora. Meskipun ketika itu nama Sadow baru hendak diterima di mata penonton walapun telah berjaya mengalahkan kumpulan Pyro, namun Sadow telah tersingkir pada minggu ke-3 dalam Projek Komedi Warna (Astro Warna/Mustika) 2015.

Lawak Solo[sunting | sunting sumber]

Di pertengahan tahun 2016 lagi sekali penglibatan Wan Gegau secara solo telah mendapat tempat di hati rakyat jelata apabila tampil dengan gaya tersendiri dan telah menghasilkan tanda dagang #nampaktakkk yang terus melekat dalam ingatan dan hati penonton #Lawaksolo musim pertama. Lawak-lawak kemasyarakatan yang ditampilkan juga mendapat perhatian dan tempat di hati penonton yang menyaksikanya. Namun begitu, Wan Gegau hanya dapat bertahan sehingga separuh akhir sahaja setelah berlaku dua penyingkiran secara tiba-tiba. Tekaan Wan Gegau ke peringkat akhir musnah apabila namanya diumumkan oleh hos Johan Raja Lawak, turut tersingkir selepas nama peserta ke-6 diumumkan tersingkir terlebih dahulu. Oleh itu, Wan Gegau pasrah dan terima akan keputusan itu dengan jiwa yang terbuka walaupun ketika itu kecoh di media sosial dan di pentas ramai yang terkejut dan tidak setuju tentang perkara yang telah berlaku. Namun begitu, agak membanggakan kerana Wan Gegau merupakan peserta solo ke-5 terbaik daripada 10 orang peserta yang berentap dalam program Anda Berani #lawaksolo 2016 musim pertama.

Maharaja Lawak Mega 2017[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2017, Wan Gegau melangkah setapak kehadapan dengan menyertai program Maharaja Lawak Mega. Kombinasi antara Wan Gegau bersama Kumpulan XOXO yang mana di awalnya merupakan sebuah kumpulan bawahan yang disifatkan hanya sekadar melengkapi program sahaja ialah satu tanggapan yang salah apabila Kumpulan XOXO berjaya bertahan dan melepasi tiap-tiap minggu dalam persaingan sengit selepas dua minggu berada dalam carta 3 paling atas. Kumpulan XOXO mula menjadi siulan di setiap bibir warga siber secara positif dan negatif. Namun begitu, perjuangan XOXO terhenti pada minggu ke-7 (minggu mengayat bersama artis jemputan) setelah diumumkan tersingkir oleh juri Najip Ali. Wan Gegau menyatakan kepada media bahawa beliau berasa amat berpuas hati dan bersyukur kepada hadrat ilahi walaupun tersingkir. Sebagai seorang amatur ini merupakan satu pencapaian yang cukup luar biasa kerana berjaya berada di tahap yang tidak disangka-sangka. Hasrat beliau untuk menyertai program bertahap mega ini telah menjadi kenyataan. MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, setiap Jumaat jam 10 malam dan boleh ditonton menerusi Astro Warna (132), Mustika HD (134).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "GEGAU|Bintang Mencari Bintang | TV3". TV3. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mei 2018. Dicapai 21 Mei 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]