Wikipedia:Bengkel/Malaysia/2024/10-09/Rujukan/Sukun
Sukun Kulur | |
---|---|
Pokok sukun di Malaysia. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | |
Spesies: | A. altilis
|
Nama binomial | |
Artocarpus altilis | |
Sinonim | |
|
Sukun (Artocarpus altilis) ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae serumpun dengan nangka dan cempedak. Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru.
Pokol sukun terdiri daripada dua variasi iaitu yang menghasilkan buah berbiji dan tanpa berbiji; sukun berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.
Peristilahan
[sunting sumber]Perkataan "kulur" merupakan turunan asal akar Austronesia *kuluR serumpun dengan kulu dalam bahasa Aceh dan kurur dalam bahasa Iban sampai sejauh ʻulu dalam bahasa Hawaii di Lautan Pasifik. "Sukun" juga membawa maksud sama tetapi difikirkan merujuk kepada jenis kultivar buah yang berbeza.
Sejarah penyebaran
[sunting sumber]Tumbuhan ini disebarkan orang Austronesia yang berlayar dalam perahu-perahu mereka menjelajah ke kepulauan jauh di Mikronesia, Melanesia dan Polinesia jauh di Lautan Pasifik.
Buah ini diketahui oleh orang Barat dalam pelayaran Endeavour diketuai James Cook di Tahiti dicatatkan pakar botani kumpulan tersebut, Joseph Banks, tahun 1769 Buah ini dilihat mampu memberi bekalan tenaga tinggi untuk menampung para hamba abdi yang mengerjakan ladang-ladang tebu di jajahan Caribbean British. Banks turut menawarkan ganjaran untuk sesiapa yang mampu membawakan buah ini ke rantau itu dan membuktikan kebolehan ia tumbuh di sana. Salah satu pegawai ini, William Bligh menyahut cabaran ini; beliau mengetuai pelayaran HMS Bounty 1787 untuk mendapatkan sampel buah tersebut di Pasifik selatan, namun beliau dibelot dalam suatu dahagi oleh seberapa anak kapal Bligh yang berpaling tadah dan mengusirnya dari kapal itu. Percubaan kedua dilakukan Bligh dengan kapal-kapal Providence dan Assistant yang singgah di St. Helena di Lautan Atlantik sebelum berlayar ke St. Vincent dan Jamaica. Walau tumbuhan ini mula digiatkan penanaman di sana, buah sukun tidak begitu digemari para hamba abdi.
Botani
[sunting sumber]Pokok sukun merupakan sejenis tumbuhan saka boleh mencapai ketinggian 26 hingga 30 meter. Kesemua bahagian pokok ini menghasilkan getah putih.
Bunga-bunga kulur muncul sebanyak dua kali setahun iaitu antara Februari hingga Mac dan antara Julai hingga Ogos; bentuknya menjambak pada ketiak daun dalam bentuk silinder setangkai 4 hingga 8 sm panjang. Bunga-bunga ini berjantina tunggal yang tumbuh pada pokok yang sama, bunga jantan mekar dahulu diikuti tidak lama kemudian oleh bunga betina yang kemudian tumbuh menjadi "capitulum", yang mampu mendebunga hanya tiga hari berikutnya. Pendebunga Dunia Lama ialah keluang dalam keluarga Pteropodidae. Bunga palsu, sebatiuan berkembang daripada ("perianth") yang membengkak dan berasal daripada 1,500-2,000 bunga. Ini dapat dilihat pada kulit buah seperti cakera berbentuk hexagon.
Buah sukun berbentuk bulat atau sedikit bujur serta mempunyai ukuran garis pusat antara 10 hingga 30 sm, kulitnya berduri tumpul dengan warna hijau kekuningan. Pada kebiasaanya, berat buah adalah antara 1 hingga 3 kg. Isi buah putih sepeuhnya atau putih kekuningan manakala bijinya bulat leper berwarna perang.
-
Pokok Sukun di Malaysia
-
Putik Sukun di Malaysia
-
Daun pokok Sukun di Malaysia
-
Buah Sukun di Malaysia
-
Buah Sukun di Tortuguero, Costa Rica
-
Batang pokok Sukun di Malaysia
Kegunaan
[sunting sumber]Buah
[sunting sumber]Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 431 kJ (103 kcal) |
Karbohidrat | 27.12 g |
- Gula | 11.00 g |
- Serabut diet | 4.9 g |
Lemak | 0.23 g |
Protein | 1.07 g |
Air | 70.65 g |
Vitamin A setara | 0 μg (0%) |
- beta-karotena | 0 μg (0%) |
Tiamina (vit. B1) | 0.110 mg (10%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.030 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.900 mg (6%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.457 mg (9%) |
Vitamin B6 | 0.100 mg (8%) |
Kolina | 9.8 mg (2%) |
Vitamin C | 29.0 mg (35%) |
Vitamin E | 0.10 mg (1%) |
Vitamin K | 0.5 μg (0%) |
Kalsium | 17 mg (2%) |
Besi | 0.54 mg (4%) |
Magnesium | 25 mg (7%) |
Mangan | 0.060 mg (3%) |
Kalium | 490 mg (10%) |
Natrium | 2 mg (0%) |
Zink | 0.12 mg (1%) |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Buah sukun kaya dengan kandungan kanji boleh dijadikan bahan untuk menghasilkan pelbagai jenis hidangan. Antaranya ialah kepingan sukun goreng yang disalut dengan tepung, kerepek, bubur atau rebusam. Sukun juga boleh dijadikan hidangan sayur. Kepingan sukun boleh direbus dan dimakan dengan sambal kacang bersama sayuran lain. Sukun juga boleh dimasak lemak. Di samping itu, pelbagai jenis kuih muih dan puding boleh disediakan daripada tepung atau kanji daripada sukun.
Bahagian lain
[sunting sumber]Kayu pokok ini tahan daripada dimamah anai-anai dan cacing, ia sangat dikehendaki masyarakat kepulauan Pasifik untuk membuat perahu dan kapal layar, rumah-rumah tradisi orang Samoa juga dibina dengan menggunakan kayu ini.
Getah pokok ini dimanfaatkan masyarakat Hawaii untuk menangkap burung untuk mendapatkan bulu beraneka warna menghiasi pakaian mereka. Getah ini turut digunakan sebagai lapisan bot.
Pengeluaran dan penanaman
[sunting sumber]Pokok Sukun merupakan pokok makanan yang paling banyak keluarannya, dengan sebatang pokok mampu mengeluarkan melebihi 200 kilogram buah semusim. Musim buahnya dituai adalah antara April hingga Jun dan antara Oktober hingga November.
Buah sukun selalunya dipetik sebelum mencapai peringkat ranum atau masak. Jika buah dipetik pada peringkat terlalu matang akan menjadi cepat lembut, pemetikan ini pada peringkat terlalu muda sebaliknya akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila kulitnya dikupas dan mempunyai rasa kelat yang tidak diingini.
Industri
[sunting sumber]Di Pasifik Selatan, pokok Sukun mampu menghasilkan antara 50 hingga 150 buah setahun. Di India selatan, pengeluaran buah ialah sekitar 150 hingga 200 biji setahun. Penghasilan bergantung antara kawasan kering dan lembab.
Di Caribbean, anggaran konservatif ialah 25 biji buah sepokok. Kajian di Barbados menunjukkan potensi yang agak baik bagi 6.7 hingga 13.4 tan setiap ekar (16-32 tan/ha). Buah Sukun sebesar sebiji bola sepak memiliki permukaan bergerutu dan setiap buah terbahagi kepada beberapa "achenes" yang dikelilingi "perianth" berisi dan tumbuh pada tangkai berisi. Sesetengah variati yang ditanam memiliki buah tanpa biji. Pokok Sukun berkait rapat dengan pokok Nangka.