Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib1-2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Bolehkah Digunakan kod html, css dan php?

Saya mahu menanya soalan ini, iaitu bolehkah kita menggunakan kod html,css dan php dalam penulisan sebarang rencana di wikipedia? Adakah wikipedia membenarkannya selain menggunakan kod wiki itu sendiri? – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh Powerabu

Prinsip Wikipedia adalah untuk memudahkan sesuatu rencana disunting. Sebab itulah sintaksis wiki dicipta. Kod HTML boleh digunakan tetapi tidak digalakkan. CSS dan PHP pula terlalu sukar untuk kebanyakan orang dan oleh itu tidak dibenarkan dalam rencana. Di laman pengguna anda sendiri tidak mengapa. ...Aurora... 03:35, 1 Februari 2007 (UTC)

Bolehkah kod css ataupun php digunakan pada template?

Boleh. Rujuk meta:Help:Cascading_style_sheets. HTML juga dibenarkan, tetapi bagi sesetengah elemen sahaja. Lihat meta:Help:HTML_in_wikitext. PHP memang tidak dibenarkan kerana masalah sekuriti. Walau bagaimanapun anda boleh membuat pengaturcaraan yang ringkas menggunakan Wikitext. Lihat meta:ParserFunctions. Kalau tak faham bahasa Inggeris, tanyalah apa-apa di sini, saya boleh tolong jawab. --Aviator 12:48, 1 Februari 2007 (UTC)

Saya lihat MediaWiki:Common.css kita adalah kosong. Sebab itulah templat kotak2 kita nampak biasa. Kalau dirujuk pada Common.css Wiki-English dan Common.css Wiki-Indonesia, mereka hampir serupa. Saya ingin cuba menyalinnya, tetapi malangnya, proses penyuntingan hanya boleh dilakukan oleh penyelia dan sebagainya. Apa pendapat kalian? --Zack2007 23:53, 7 Februari 2007 (UTC)

Tak ada masalah. — Master2841 17:45, 8 Februari 2007 (UTC)
Jadi?--Zack2007 13:39, 9 Februari 2007 (UTC)
Menunggu pendapat pengguna atau penyelia lain. — Master2841 17:54, 9 Februari 2007 (UTC)
Saya telah menyalin CSS daripada Wikipedia BI. Jadi kalau sebarang masalah tentang templat atau reka bentuk sedia ada Wikipedia ini harap dapat diberitahu. Masih dalam tempoh percubaan. — Master2841 08:52, 10 Februari 2007 (UTC)


Kenapa pulak nak guna css laman web lain? Saya tengok tak ada apa-apa perubahan pun, kecuali laman istimewa atau laman projek yang sudah ada ada warna latar biru muda.--Aviator 17:17, 13 Februari 2007 (UTC)
Dengan adanya css ini, stail-stail jadual seperti wikitable sudah boleh digunakan dengan sempurna.--Zack2007 20:22, 13 Februari 2007 (UTC)

Bagaimana Ingin Membuat InfoBox?

Sudah cuba untuk meniru templat infobox dari kotak pasir berkenaan Mariah Carey,dan juga meniru templat infobox dari artikel Bahasa Arab,tapi apa yang muncul ialah nilai yang saya tidak mahu seperti Penutur,Pengguna,kod bahasa dan sebagainya.

Saya sedang menulis artikel tentang WordPress(perisian blog) dan memerlukan infobox berkenaan Pemaju Persian,Platform,Versi,dan lain-lain nilai yang mungkin. Adakah memang wujud templat infobox untuk perisian?

Terima kasih... Shamsul-el'Kabiri 11:11, 8 Februari 2007 (UTC)

Boleh guna templat {{Perisian}}. Boleh juga rujuk rencana Joomla! kerana rencana ini menggunakan Templat:Perisian. — Master2841 17:17, 8 Februari 2007 (UTC)

Saya telah tambahkan templat:perisian dalam rencana WordPress. — Master2841 17:47, 8 Februari 2007 (UTC)

Terima kasih Master :) Saya masih belajar membuat pautan,notakaki dan meletakkan imej.Selamat berhujung minggu!Shamsul-el'Kabiri 10:11, 9 Februari 2007 (UTC)

Wikiprojek Malaysia

Saya telah membangunkan Wikiprojek Malaysia. Sila sertai projek ini dan bantu saya mengembangkan laman projek ini. Sertai dengan meletakkan nama pengguna anda di bahagian Peserta. Untuk shortcut (Jalan pintas), masukkan WP:MY ke dalam kotak pencarian wikipedia. Terima kasih. --Zack2007 09:59, 9 Februari 2007 (UTC)

Zoroaster, Zarathustra, Zoroastrianisme, Majusi atau Agama Majusi?

Saya sekarang cuba untuk menerbitkan artikel mengenai Agama Majusi. Persoalannya ialah istilah mana yang lebih tepat Zoroaster, Zarathustra, Zoroastrianisme, Majusi atau Agama Majusi? Mengikut wikipedia Bahasa Inggeris dan juga antropologi, istilah Zoroastrianisme lebih sesuai digunakan. Mengikut sejarah, istilah Agama Majusi itu lebih tepat. Pejuang bahasa 08:30, 11 Februari 2007 (UTC)

Anda boleh memilih salah satu istilah, dan istilah lain dilencongkan kepada istilah utama. Dalam rencana boleh disebut, ia juga dikenali sebagai .... Yosri 05:26, 13 Februari 2007 (UTC)

Lebih sesuai ialah agama majusi kerana masyarakat Melayu sudah menggunakannya sejak kedatangan Islam. — Polar 05:47, 13 Februari 2007 (UTC)


Mengikut Kamus Istilah Dewan Bahasa, Zoroastrianism ialah:

  • Zoroastrianisme dalam bidang antropologi
  • ugama Majusi dalam bidang sejarah.
Jadi pilihlah antara Agama Majusi dan Zoroastrianisme. ...Aurora... 14:22, 13 Februari 2007 (UTC)

Pandangan mengenai lcct (Low-Cost Carrier Terminal)

ape pandangan anda mengenai lcct (Low-Cost Carrier Terminal) positif dan negatif 16:00, 12 Februari 2007 (UTC)~~

Mungkin sebagai Ensiklopedia, apa yang diperlukan adalah fakta yang menyokong dan menentang LCCT, dan bukannya pendapat. Yosri 10:56, 13 Februari 2007 (UTC)

MediaWiki:Welcomecreation

Ada sesiapa penyelia berminat meningkatkan pasanan selamat datang Bahasa Melayu. Lihat rencana di pautan ini :- http://meta.wikimedia.org/wiki/Cross-project_comparisons/MediaWiki:Welcomecreation_and_Template:Welcome_comparisons Yosri 10:19, 14 Februari 2007 (UTC)

Kebetulan saya sedang memikirkan perkara yang sama. Ada orang berminat? ...Aurora... 13:22, 14 Februari 2007 (UTC)

Risau - bagaimana?

Saya telah mencuba menjemah bahagian ini: Manchester United F.C.#Sokongan tetapi Bahasa Melayu saya agak buruk selepas saya pergi ke United Kingdom empat bulan lalu. Sila memeriksa bahagian ini dan beritahu saya tentang qualiti atau kesesuaian saya menyertai Wikipedia Malaysia. x42bn6 Bual en 15:40, 19 Februari 2007 (UTC)

Suntingan terjemahan anda baik. Berada pada tahap yang memberangsangkan walaupun kurang penguasaan tatabahasa terutama pada kata hubung dan imbuhan bagi kata kerja. Apapun, anda boleh teruskan usaha dan bertanyalah jika anda risau atau musykil kalau terbuat silap. :) &mdash Polar 16:16, 19 Februari 2007 (UTC)
Ah, terima kasih. Sebenarnya, saya tidak pernah belajar Bahasa Melayu ke tahap SPM (saya pergi ke sekolah antarabangsa dan tahap hanya boleh dibanding dengan PMR). Tak apa, rupanya boleh belajar sedikit daripada tempat ini... x42bn6 Bual en 17:22, 19 Februari 2007 (UTC)

Bible atau Kitab Injil

Tumpang tanya sikit. Saya baru saja habis menulis mengenai Oratorio, satu genri muzik yang banyak berunsurkan biblical (Bible). Pada asalnya, saya nak tulis kitab injil bila saya periksa bahawa Wikipedia melayu dah ada rencana “Bible” dan juga Injil. Bible dan Kitab Injil tu sama atau tidak? Dan kalau ia adalah sama, adakah kita patut kekalkan Bible atau pindahkannya ke Kitab Injil? Terima kasih. - Jay 05:51, 21 Februari 2007 (UTC)

Injil biasanya dikaitkan dengan kitab Islam, manakala Bible dengan kitab Kristian/Yahudi. Lihat en:Injil dan en:Bible. ...Aurora... 14:40, 21 Februari 2007 (UTC)

Bagi terjemahan bahasa Melayu, pengikut Nasrani menggunakan perkataan Al-kitab. Kalau saya tak silap.--60.52.88.138 20:27, 24 Mac 2007 (UTC)

Imej di Commons

Imej di Common selalu dipadam secara mengejut. Oleh itu saya cenderung menyalinnya ke sini supaya lebih selamat. Ini disebabkan, imej di Common perlu bebas bagi digunakan bagi tujuan perdagangan atau ia dipadamkan. Yosri 06:08, 28 Februari 2007 (UTC)

Kalau dipadam semua gambar yang sudah ada di Common itu akan selamat di sanakah? - Didie 07:14, 28 Februari 2007 (UTC)

Tak juga. Kalau di Common sudah dilesen sebagai CCv2 dan dibenarkan tujuan perdagangan, selamatlah. Kalau CCv2 non-commercial, tak selamat. Yosri 07:46, 28 Februari 2007 (UTC)
Sekarang banyak imej yang perlu dipadam sehingga berpuluh-puluh imej disebabkan imej-imej itu terdapat di Wikimedia Commons. Perlukah saya memadam imej-imej sedemikian? Apabila saya memadam, kesemua imej yang dicipta akan berkurangan dari segi bilangannya sehingga tinggal 1,000 sahaja. Dasyhat!! Hehehe-Didie 12:53, 1 Mac 2007 (UTC)
Kebanyakan imej tersebut adalah bendera/lambang/peta yang mempunyai sehingga 5, 6 salinan dengan berbagai nama di sini. Jadi memang patut dipadam dan gunakan format svg yang ada di Commons. Jangan risau, kita masih ada 5,000 lebih gambar :) ...Aurora... 13:46, 1 Mac 2007 (UTC)

Istilah 'bohong' dgn 'muslihat' .

Tentang istilah 'bohong' dgn 'muslihat':

Apakah perbezaannya?

Bohong bermaksud menipu (mereka-reka cerita yang tidak betul).

Muslihat juga bermaksud menipu (tipu muslihat = tipu helah) - bermaksud untuk memperdaya.

Jika begitu, ianya bermaksud lebih kurang saja.

Apa bezanya 'berbohong' dengan 'menipu dengan beralaskan muslihat'?

Dosa nya berbeza juga? Yang manakah lebih besar dosanya?

Ini adalah ensiklopedia, bukannya forum agama. Kalau nak tahu makna bohong dan muslihat, lihat [1] dan [2]. ...Aurora... 13:48, 1 Mac 2007 (UTC)

Pemilihan anugerah rencana paling baik di ms.wiki

Dengan ini, saya ingin mencadangkan bahawa anugerah rencana paling baik pernah dihasilkan untuk rencana yang pernah dicalonkan sebagai rencana pilihan yang akan disiarkan di laman utama sahaja dari pencalonan rencana bermula awal tahun 2006 hingga ke rencana Mac 2007. Setiap rencana akan dinilai dari sudut kriteria yang memenuhi citarasa pengguna yang mengundi sama ada penyelia hingga pengguna baru yang mencapai ketetapan yang ditetapkan. Di bawah ialah rencana yang bakal dijadikan pilihan namun harus ditapis sehingga ke-10 yang terbaik oleh birokrat. Namun di bawah ialah rencana yang bakal dicalonkan tetapi masih belum ditapis. Untuk rujukan lihat senarai di Wikipedia:Rencana pilihan. Harap cadangan ini dapat diterima ramai. Didie 13:28, 1 Mac 2007 (UTC)


Hello.... nampaknya tiada yang perasan dengan pencalonan ini dibuat. Tolonglah ambil perhatian yeee. Didie 08:53, 5 Mac 2007 (UTC)

Saya setuju akan cadangan memberi anugerang Rencana Terbaik. :) --Zack2007 10:48, 5 Mac 2007 (UTC)
Saya rasa agak terhad. Saya percaya banyak lagi rencana baik yang tidak dipaparkan di Laman Utama. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)

Terjemahan "Wikilink"

Soalan ganjil, tetapi apakah terjemahan paling sesuai untuk perkataan "Wikilink" dalam Bahasa Melayu? x42bn6 Bual en 01:31, 3 Mac 2007 (UTC)

Rasanya Pautan Wiki. che 14:15, 4 Mac 2007 (UTC)

MSSM untuk squasy

adakah saya terlalu "tua" untuk menyertai MSSM untuk kategori squasy bagi kategori lelaki bawah 18. saya seorang pelajar form 6 tetapi saya tidak menjai 18 tahun sehingga september tibe.. adakah undang-undang tulis bahawa sekiranya saya menunggu keputusan SPM saya tidak berhak untuk menyertai? adakah undang-undang MSSM berkata demikian? e-mail saya (quahern@hotmail.com) ini adalah untuk tahun 2007!

Tanya MSSM. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)

Minta tolong terjemahkan

"Autologous bone marrow transplant". Ini adalah salah satu treatment untuk lukemia dalan rencana José Carreras yang sedang saya buat. - Jay 03:00, 6 Mac 2007 (UTC)

saya agak.. transplan penukaran tulang sum-sum? Atau sum-sum tulang? Ada sesiapa dapat bagi "nama" yang baik sikit? - Jay 03:31, 6 Mac 2007 (UTC)
Pemindahan sum-sum tulang sendiri. ...Aurora... 12:29, 6 Mac 2007 (UTC)

Cadangan: "Pemindahan sumsum tulang autologus". "Autologus" ialah istilah perubatan. — 12:49, 6 Mac 2007 (UTC)

Definasi Klasik, Klasikal dan klasifikasi

Klasik diterjemah dari Classic

Klasikal diterjemah dari Classical

Klasifikasi diterjemah dari Classification

Ketiga-tiga perkataan memberi erti yang amat berlainan. “The difference is semantic, not grammatical for eg. Shakespeare’s plays are classic but Pavarotti’s music (arias) are classical”

Klasik diterjemah dari Classic merujuk kepada 1. mempunyai sifat-sifat yg lama atau yg tidak dipakai lagi; lw moden:Bahasa Melayu ~. 2. mempunyai nilai yg tinggi atau taraf (kedudukan) yg diakui:karya-karya yg ~. Kamus Pelajar 2 klasik 1. serius dan abadi nilainya; dia tidak gemar kpd muzik ~; 2. tertinggi mutunya dan menjadi standard kpd yg lain: sajak-sajak yg demikianlah suatu ciptaan seni yg sempurna, berhak disebut sbg sesuatu yg ~; 3. (pakaian, reka bentuk, dsb) yg mempunyai gaya yg sederhana dan tidak berubah mengikut masa: mereka mementingkan gaya baru tetapi ~; 4. mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat yg lazim (tipikal): satu contoh ~ ialah Persidangan Undang-Undang Laut. – Di ambil dari kamus DBP

Klasikal diterjemah dari Classical merujuk kepada “Term which, applied to music, has vague rather than specific meaning: music composition roughly between 1750 and 1830 (i.e. post-Baroque and pre-Romantic) which covers the development of the classical sym. and concert music of an orderly nature, with qualities of clarity and balance, and emphasising formal beauty rather than emotional expression (which is not to say that emotion is lacking). music generally regarded as having permanent rather than ephemeral value. ‘classical music’ is used as a generic term meaning the opposite of light or popular mus.” – Di ambil dari kamus Oxford dan juga diterima pakai oleh DBP

Muzik klasikal bukan muzik klasik. Contoh klasik adalah penggunaan alatan muzik lama seperti ghazal, sitar dll. dan juga boleh merujuk kepada bahan antik yang bermutu tinggi seperti barangan bersejarah termasuk juga motor Harley Davidson yang digelar motor klasik.

Jikalau klasik dan klasikal adalah sama, mengapa DBP menterjemahkan kedua-duanya sekali. Sila rujuk kepada kamus dewan bahasa atau kamus Oxford untuk mendapatkan jawapan. Dan untuk terminologi lengkap mengenai klasikal muzik, sila rujuk kepada laman khas untuk muzik era Barok dan Romantik dan ianya merujuk kepada opera. Pop Opera bukan muzik klasikal begitu juga jazz, rock dan sebagainya. Oleh sebab itu, lagu lama seperti lagu P. Ramlee, Frank Sinatra dan Elvis boleh dianggap lagu atau muzik klasik.

-Jay 06:22, 7 Mac 2007 (UTC)


Laman sawang

Terdapat beberapa rencana menterjemahkan website sebagai Laman Sawang (contohnya, rencana KLIA Transit). Apakah penggunaan itu betul? --Zack2007 23:56, 8 Mac 2007 (UTC)

Terjemahan yang betul ialah "laman web" atau "halaman web". Perkataan "laman" juga boleh digunakan. — Master2841 07:32, 9 Mac 2007 (UTC)
Sebenarnya web memang bermaksud "sawang labah-labah" kalau kita buat terjemahan terus dari DBP, tapi itu bukan istilah terjemahan untuk teknologi maklumat. Saya setuju dengan Master2841 untuk menyeragamkan istilah laman web atau halaman web. - Jay 07:54, 9 Mac 2007 (UTC)
Lihat perbincangan lalu di arkib. ...Aurora... 13:21, 9 Mac 2007 (UTC)

Lebuhraya

Nampaknya saya keliru mengenai ejaan yang betul. Saya terpaksa memeriksa kamus, tetapi telah membuat pengalihan pada rencana lebuh raya. Sebarang kesilapan dikesalkan. Pembetulan lanjut akan dilakukan sebaik sahaja ejaan disahkan. Yosri 12:51, 9 Mac 2007 (UTC)

Ejaan betul mengikut kamus ialah lebuh raya. Tapi nama rasmi ialah "Lebuhraya Utara-Selatan" dll. Saya cadangkan ikut nama rasmi untuk tajuk, tapi dalam rencana itu ikut ejaan baku jika bukan kata nama khas. ...Aurora... 13:21, 9 Mac 2007 (UTC)

Minta pandangan penyelia/admin/AJK dan semua penulis Wikipedia Melayu

Saya nak minta pandangan semua dan jikalau perlu untuk kita bersemuka dan berbincang bersama pakar bahasa, itupun bagus juga. Saya perasan yang bahasa kita ada banyak .. nak kata masalah, saya tak nak cakap. Cuma, saya tahu dari dulu lagi yang kita ada masalah kekeliruan apabila sesetengah perkataan itu diterjemahkan.

Masalah pertama:- Satu perkataan bahasa Inggeris diterjemah lebih dari satu. Dari situ, kita hilang keseragaman terutama dalam internet apabila kita perlu link atau pautan untuk sesetengah perkataan. Banyak contoh-contohnya tapi satu yang saya nampak sekarang (sebab saya sedang buat) ialah terjemahan

English : Composer
Melayu: komposer / pengubah (kedua-dua ini adalah betul, tapi mana satu nak guna?)

Banyak rencana dalam wikipedia melayu gunakan “komposer” tetapi ada juga yang guna “Pengubah”. Saya rasa banyak lagi perkataan-perkataan yang berlainan dalam rencana-rencana kita yang sebenarnya memberi satu erti. Jadi saya nak tanya pendapat saudara-saudari, apa yang perlu kita buat? Biarkan atau seragamkan? Komposer/pengubah hanyalah satu contoh, saya ada nampak banyak lagi tapi sekarang ini saya tak ingat.

Masalah kedua:- Terlalu banyak kategori dan sesetengahnya mengelirukan hingga kita tak pasti itu untuk apa ataupun kategori yang berulang tetapi menggunakan istilah atau perkataan lain (ulang masalah pertama).

Masalah ketiga:- Saya nampak ada banyak rencana yang dibuat separuh jalan, samada terjemahannya hanya suku dari asal atau rencana yang dibuat hanya ada perenggan pertama yang cuma 2 baris sahaja.

Saya tak tahu nak cadangkan apa untuk masalah kedua dan ketiga. Tapi saya rasa, lebih baik jika admin atau AJK atau penyelia wikipedia melayu yang buat kategori untuk mengelakkan masalah ini? Dan mengenai rencana-renca yang dibuat separuh jalan tu, saya tak tahu nak cadangkan. Maaflah sebab banyak bertanya, saya cuma mahu yang terbaik untuk wikipedia melayu. -Jay 15:24, 9 Mac 2007 (UTC)


Bukan ini sahaja masalah yang timbul tetapi banyak lagi masalah telah pun dibangkitkan sejak 3 tahun kebelakangan ini dan ada yang menjadi perbahasan panas malah pertengkaran antara pengguna sendiri. Masalah-masalah seperti ini sering berulang kali berlaku walaupun telah diselesaikan kerana sering berlaku peralihan generasi pengguna wikipedia. Kemunculan pengguna baru yang aktif dan pelupa membuatkan masalah ini sering sukar untuk diselesaikan tetapi tidak mustahil. Dahulu, pihak penyelia sendiri telah bekerjasama dalam banyak hal tetapi kebelakangan ini, perpecahan dan kesibukan antara penyelia adalah sangat jelas. Hal ini mendorong kepada penurunan piawaian wikipedia Melaui ini sendiri.

Masalah pertama yang anda usulkan iaitu keseragaman penggunaan istilah. Hal ini sering menjadi soal perdebatan. Memandangkan rujukan wikipedia melayu adalah Dewan Bahasa dan Pustaka, maka sepatutnya perkara ini tidak menjadi satu masalah besar kerana kita sudah mempunyai rujukan. Seperti:

composer n 1. one who composes music, penggubah; 2. (printing) pengatur huruf.

Hal tersebut jelas terpapar di laman DBP bahawa penggubah adalah ayat yang lebih tepat untuk digunakan. Sekiranya terdapat masalah lain, harap kita terus rujuk ke sana.

Masalah kedua ialah kewujudan banyak kategori yang sama tetapi penggunaan nama yang berbeza hingga menyebabkan sesetengah kategori hanya mempunyai 1 pautan sahaja. Ini disebabkan ramai pengguna membuat penterjemahan rencana yang sama kategori tetapi memberi makna yang lain. Tidak kurang juga pengguna yang sambil lewa ataupun pelupa. Hal ini patut menjadi ingatan bersama agar tidak menyusahkan pengguna yang lain. Lagipun, rujukan tentangnya juga terdapat di Wikipedia:Kategori.

Masalah ketiga ialah rencana separuh jalan iaitu dari segi terjemahan. Terus terang saya katakan bahawa rencana sebegitu adalah perosak ataupun sampah di sini kerana kebanyakan pengguna meletakkan rencana secara tampaan menyeluruh dari laman lain ataupun wikipedia inggeris tanpa menterjemahkannya dahulu. Rencana tersebut sepatutnya dipadam kerana berapa ramai sangat yang akan menghabiskan masa menterjemahkan rencana yang dilakukan oleh orang lain. Mungkin ada yang tak sedar akan kewujudannya pun. Malang juga sesetengah pengguna tidak gemar akan keputusan untuk memadam rencana kerana ia akan mengurangkan bilangan rencana. Jadi, amat diharapkan agar dapat mencari jalan yang lain untuk menaikkan taraf wikipedia kita daripada menjadi rosak.

Hal seperti ini patut dibangkitkan kerana ia secara serius telah menurunkan taraf wikipedia Melayu malah mencemarkannya. Lebih baik wikipedia indonesia yang mempunyai rencana yang banyak tetapi sedikit kerana mereka tidak meletakkan hampir 50% bahasa asing di dalam rencana mereka. Dengan ini perkara ini diusulkan semula secara rasmi dan penyelesaian lebih tegas adalah diperlukan. Jangan kita sibuk mencari rencana yang paling piawai ataupun berebut jawatan jika wikipedia ini masih penuh dengan pencemaran bahasa. Harap maklum kepada semua pengguna dan penyelia lain. Terima kasih kepada pengguna Jay yang membangkitkan usul yang menjadi api dalam sekam ini. Sekian. — Polar 15:55, 9 Mac 2007 (UTC)


Terima kasih Polar. Saya sendiri agak sedih dengan orang -orang di Dewan Bahasa. Cubalah awak telefon mereka, ada yang cakap "Ye, awak boleh guna "komposer" asalkan ianya dieja dengan 'k'" - sedangkan apabila saya periksa dalam laman DBP sendiri, "composer" = "pengubah" dan bukan "komposer". Kalau awak cari dalam internet pun, kebanyakan media kita dari TV ke surat khabar ke bulletin dll, banyak mengunakan "komposer" daripada "pengubah". Saya ketawa masa saya bercakap dengan orang DBP. Dan cuba tengok terjemahan dalam karyanet pulak, sesetengahnya tak sama dengan terjemahan DBP. Masa saya telefon mereka semalam, jawapan yang diberi sungguhlah memeningkan kepala. Mereka tanya nombor telefon dan nama penuh, suruh saya menulis surat rasmi (dah buat pun) dan mereka cakap "Kami akan cuba buat forum dengan pakar-pakar bahasa dan akan telefon anda untuk menjadi ahli exco pebincangan (ini mengenai "klasik" dan "klasikal" sebab menurut DBP, mereka tidak pernah cuba membuat terjemahan penuh bagi klasikal untuk muzik, percaya ke?). Tak apalah, jikalau DBP betul-betul boleh membuat forum bahasa, saya akan menjemput semua orang di sini.

Berbalik kepada komposer/pengubah, perlukan saya menukar semua rencana saya yang menggunakan "komposer" kepada "pengubah"? Saya tak ada masalah untuk menukarkannya, tapi kalau saya sahaja yang menukar rencana-rencana saya, bagaimana dengan yang lain-lain? - Jay 16:13, 9 Mac 2007 (UTC)


Masalah bahasa memang takkan selesai. Lebih-lebih lagi bahasa Melayu kini sering menambah koleksi perkataan ke dalam perbendaharaan yang dipinjam dari bahasa lain. Tetapi bagi saya, selagi perkataan itu belum "hitam putih", ia adalah pilihan kedua. Berkenaan perkataan "komposer" di rencana anda, anda bolehlah ubah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk ubah di rencana lain. Saya rasa mungkin dalam masa 5 - 10 tahun, perkataan "komposer" akan dicetak dalam kamus Dewan Bahasa pula. Tapi apa yang ada sekarang, kita gunakanlah. :) — Polar 16:20, 9 Mac 2007 (UTC)


Saya sudah tukar kesemua 5 rencana penggubah muzik yang saya tulis dari komposer - pengubah - penggubah (sebenarnya saya tak pernah guna perkataan penggubah). Mula-mula saya "alih" kepada "pengubah" tetapi setelah awak beritahu ejaan itu salah, saya terus buka rencana baru. Saya tidak "alih" kan sekali lagi sebab saya pun dah keliru. Di bawah adalah URL lama dan saya harap pihak penyelia atau admin tolong padamkan. Isi kandungannya telah pun saya kosongkan. Maaf atas segala kesulitan.

URL untuk dipadam


Yes check.svgSemua sudah dipadam. — Master2841 17:41, 9 Mac 2007 (UTC)
Terima kasih. Saya amat berharap agar para penyelia dapat membuat sesuatu kepada rencana yang "hidup segan mati tak mahu" dan juga kategori-kategori yang rasanya tidak perlu. - Jay 18:06, 9 Mac 2007 (UTC)

Minta perhatian penyelia - Rencana dalam wiki melayu tetapi dalam bahasa Inggeris?

Kepada penyelia, ketika mencari rencana-rencana berkaitan dengan opera (saya sedang menterjemah Opera ketika ini), saya terjumpa banyak rencana dalam wiki melayu yang ditulis dengan 100% bahasa Inggeris atau separuh bahasa Inggeris atau bahasa lain. Pautan ke rencana b.Inggeris boleh diterima kerana kita kekurangan rencana tapi perenggan dalam bahasa lain ialah masalah besar. Saya rasa pihak enyelia patut memadam bahagian bahasa Inggeris di dalam rencana berkenaan kerana ianya tidak patut jadi sedemikian sama sekali. Apabila saya buat terjemahan, saya masukkkan perenggan demi perenggan yang telah diterjemah dan untuk yang belum diterjemah, saya meninggalkan nota "Sedang dalam pembinaan" tanpa meletakkan perenggan bahasa Inggeris di situ. Saya rasa tidak wajar meninggalkan perenggan -perenggan bahasa asing dalam wiki melayu. Di bawah adalah rencana-rencan yang saya jumpa dan saya yakin ada banyak lagi.

Saya cadangkan agar penulis yang menterjemahkan, agar habiskan terjemahan anda. Orang kebiasaanya menterjemahkan topic-topik yang kita suka dan tak ada orang yang suka menghabiskan terjemahan orang lain terutama rencana-rencana yang kita kurang mahir.

Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan komen saya, tetapi saya lihat sesetengah terjemahan separuh jalan yang bercampur bahasa Inggeris itu telah dibiarkan berbulan-bulan lamanya. Saya faham bahawa penulis atau penterjemah wiki adalah sukarela, tetapi kalau kita hendak menjadi sukarelawan, buatlah sampai habis.

Ini cuma pendapat saya, tak guna kita ada ribuan rencana kalau separuh darinya ialah rencana 2 perenggan atau rencana campur bahasa. Saya tahu yang kebelakangan ini saya ada buat banyak komen, tetapi saya berniat agar wiki Melayu menjadi sumber rakyat Malaysia menimba ilmu. Terima kasih. - Jay 14:16, 12 Mac 2007 (UTC)

Tak perlu risau ada orang tersinggung. Seperti kata Polar, rencana2 sebegitu "adalah perosak ataupun sampah". Jika anda terjumpa lagi rencana2 tempelan sedemikian, tambahkan sahaja templat {{padamkerana|100% bahasa Inggeris}} pada rencana tersebut. ...Aurora... 14:46, 12 Mac 2007 (UTC)
Mungkin lebih baik ia disembunyikan dengan menggunakan perintah <!---- ----> . Ini kerana ia menganggu apabila cuba menyambung terjemahan kerana urutan bahasa terjejas kerana tempat asal yang dipadamkan tidak diketahui. Yosri 06:05, 13 Mac 2007 (UTC)
Ya, bagus juga idea sembunyikan teks bukan melayu. Saya tak tahu pula ada perintah <!---- ----> . Terima kasih, Yosri. - Jay 06:19, 13 Mac 2007 (UTC)
Yosri , bila saya taip "and" dan tekan butang cari, saya amat terkejut sebab terlalu banyak rencana-rencana yang dimulakan dengan perenggan bahasa melayu tetapi selebihnya dari 60 ~ 90% dalam bahasa inggeris. Saya tak nak sembunyikan tapi saya cuma tinggalkan nota Templat:Peratusan bahasa Inggeris - padam atau sorokkan bahagian bahasa Inggeris? . Terpulanglah kepada pihak penyelia untuk membuat pertimbangan. Saya tak faham kenapa terlalu banyak rencana sedemikian dalam wiki melayu. "And" adalah perkataan dasar dalam bahasa Inggeris, dan dari perkataan "and" kita boleh dengan senang jumpa rencana 100% atau separuh atau tiga suku bahasa ingeris. Asalnya saya nak cari lain, tapi lain pulak yang saya jumpa. Semua yang saya tinggalkan nota itu cuma dari mukasurat 1,2,3 selepas saya tekan butang "cari". Ada lebih dari 10 mukasurat untuk rencana-rencana sedemikian, kalau saya teruskan, saya percaya "log" untuk "perubahan terkini" akan jadi terlalu panjang. Yang selebihnya, terpulanglah kepada pihak penyelia. -Jay 18:16, 13 Mac 2007 (UTC)
Dahulu saya rajin memburu rencana sebegini, tetapi kini sibuk sedikit kerana membela burung. Mungkin ada penyumbang lain yang rajin membantu untuk menterjemah rencana sedemikian. Kalau tidak saya akan menterjemahnya selepas habis rencana burung menetas. Yosri 01:04, 14 Mac 2007 (UTC)

tolong sy!!

boleh kah beritahu saya apa risiko yang akan di hadapi oleh wanita yang menggugurkan kandungannya??

Saya tak pasti jika kita ada penulis-penulis yang juga pakar sakit puan disini. Nasihat saya, sila jumpa doktor pakar dan juga letakkan nama anda selepas menulis. - Jay 04:34, 13 Mac 2007 (UTC)

polisi MS:WP

Adakah polisi MS:WP terikat kepada polisi EN:WP? Sebab, saya beranggapan bahawa MS:WP seharusnya mempunyai polisi tersendiri yang berasaskan budaya Melayu itu sendiri. Lebih elok bahasa dengan budayanya.--Tearfate 19:59, 15 Mac 2007 (UTC)

Tidak. Polisi MS:WP tidak terikat dengan mana2 polisi lain, cuma kadang2 polisi MS:WP tidak menyeluruh, maka polisi EN:WP digunapakai. ...Aurora... 14:26, 16 Mac 2007 (UTC)

Khairul Hazim dengan pembetulannya

Saya telah menyunting Sejarah penyiaran televisyen di Singapura dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini. Ada yang tersunting sebahagian yang ada dalam Bahasa Inggeris dan yang tak faham saya guna http://www.citcat.com. Jika ada sebahagian yang ada dalam Bahasa Inggeris, saya akan sunting. Saya ada satu soalan, bagaimanakah Wikipedia dirancang sebelum ia dibuka?

Saya kurang faham soalan saudara, adakah anda maksudkan sejarah Wikipedia? ...Aurora... 13:29, 20 Mac 2007 (UTC)

Ya, saya. Sekali lagi kalau tak faham, bagaimanakah Wikipedia dirancang? Khairul Hazim Khairul hazim 11:11, 22 Mac 2007 (UTC)


Kemudahan yang diberikan oleh http://www.citcat.com memang amat baik. Umpamanya:

Chiang Kai-shek and Mao Zedong met in the wartime capital of Chongqing, to toast to the Chinese victory over Japan, but their shaky alliance was short-lived.

diterjemahkan sebagai:

Chiang Kai-shek dan Mao Zedong bertemu dalam modal masa perang Chongqing, memanggang untuk kemenangan orang China mengenai Jepun, kecuali mereka perikatan tidak kukuh adalah pendek.

Ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan terjemahan saya sebagai:

Chiang Kai-shek dan Mao Zedong bertemu untuk membincangkan modal masa perang di Chongqing supaya dapat memanggang roti bakar yang dimenangi oleh orang Cina daripada Jepun, tetapi susu kocak mereka tidak dapat tahan lama, hehehe. — 11:20, 21 Mac 2007 (UTC)
Boleh juga cuba http://www.linguamatix.com/linguaweb/

Terjemahan oleh Linguaweb:

Chiang Kai shek dan Mao Zedong bertemu dalam modal masa perang Chongqing, memanggang untuk kemenangan orang China mengenai Jepun, kecuali mereka perikatan tidak kukuh adalah pendek.

Hmmmm.... kan tepat-tepat sama sahaja? 11:42, 21 Mac 2007 (UTC)

Portal untuk Teknologi dll.

Saya fikir Laman Bahasa Melayu kita ini perlukan portal untuk beberapa kategori Matematik, Sains dsb. Ini akan menarik lebih perhatian pada pembaca kita yang ingin menambahkan ilmu mereka, seperti yang dilihat di laman Wikipedia Inggeris. --Fantastic4boy

Tenaga

Dapatkah sesiapa membuat portal dalam Bahasa Melayu? Ini adalah portal "Tenaga" untuk Bahasa Inggeris - [3]. Penerangan seperti ini di portal bukan sahaja menarik perhatian orang ramai tetapi dapat memberikan orang ilmu dalam ungkapan pada beberapa isu di bawah kategori portal tertentu menurut saya. --Fantastic4boy

Insya-Allah saya akan bantu buat portal untuk anda. Aviator 23:03, 7 November 2006 (UTC)
Terima kasih, daun keladi. Gurau je, Aviator. :) Fantastic4boy

Kerja Terjemahan

Pada sesiapa yang ingin mencari kerja terjemahan di laman Ms Wikipedia ini, saya ada senarai rencana-rencana berikut untuk anda terjemahkannya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu:

Selamat berjaya dan harap anda menikmati tugas ini. :)

Sudah berpuluh-puluh rencana yang tidak diterjemah masih terbiar di wiki tanpa terusik walau sikitpun, masih mahu menambah lagi? Silap-silap, wiki Melayu bakal menjadi wiki dwibahasa. — Polar 15:48, 17 November 2006 (UTC)

Tatarajah saya?

Maaf, tapi saya kurang bersetuju menterjemahkan My Preferences kepada tatarajah saya. Saya tak pernah gunakan tatarajah sebagai terjemahan preferences. Ia mungkin akan mengelirukan ramai pengguna. Apa kata guna perkataan yang lebih popular seperti Aturan saya? Zack2007 02:47, 24 November 2006 (UTC)

Templat untuk Pasukan bola sepak kebangsaan

Dapatkah salah satu anda membuat templat untuk "Pasukan bola sepak kebangsaan (National football team)?" Saya ingin memberikan maklumat yang lebih rinci tentang beberapa pasukan bola sepak di merata-rata dunia. Terima kasih. --Fantastic4boy 21:59, 2 Mac 2007 (UTC)

{{Infobox National football team|

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Turki

Sudah ada, lihat {{Pasukan bolasepak kebangsaan}}. Contoh rencana yang menggunakan templat ini: Pasukan bola sepak kebangsaan Jerman. — Master2841 05:24, 3 Mac 2007 (UTC)

Templat untuk lesen gambar permainan

Hai Para pentadbir Ms Wikipedia. Saya sedang membuat penerangan untuk lesen gambar permainan Final Fantasy VII [4]. Bolehkah anda membuat templat untuk lesen tersebut? :

Berhakcipta

Imej ini merupakan kulit sebuah permainan komputer atau video, dan hak ciptanya kemungkinan besar adalah milik syarikat atau penerbit yang menghasilkannya. Adalah dipercayai bahawa penggunaan imej berleraian rendah

merupakan kegunaan adil di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat. Penggunaan lain imej ini mungkin merupakan pelanggaran hak cipta. Lihat Wikipedia:Kegunaan adil untuk maklumat lanjut.

Kepada pemuat naik: sila nyatakan dengan jelas sebab penggunaan dan sumber imej ini serta status hak ciptanya.

--Fantastic4boy 04:06, 20 Mac 2007 (UTC)

Sila gunakan {{Kulit permainan}} dan {{Tampilan-permainan}}. ...Aurora... 15:03, 20 Mac 2007 (UTC)

Bantuan: Perlembagaan Malaysia vs Perlembagaan Persekutuan

Adakah terdapat perbezaan diantara keduanya? oh yeah, saya rasa kita perlu arkibkan WP:Kedai Kopi kerana sudah terlalu panjang.--60.52.88.138 20:30, 24 Mac 2007 (UTC)