William Gibson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
William Gibson
Gibson pada tahun 2008
Info kelahiranWilliam Ford Gibson
(1948-03-17) 17 Mac 1948 (umur 72)[1]
Conway, Carolina Selatan,
Amerika Syarikat
PekerjaanPenulis novel
WarganegaraAmerika Syarikat, Kanada
Tempoh1977–kini
GenreCereka spekulatif, cereka sains
Pergerakan sasteraCyberpunk, steampunk, postcyberpunk
Pencapaian ketaraNeuromancer (novel, 1984)
AnugerahNebula, Hugo, Philip K. Dick, Ditmar, Seiun (all 1985); Prix Aurora (1995)[2]
Laman sesawang
williamgibsonbooks.com

William Ford Gibson (lahir 17 Mac 1948) ialah seorang penulis Amerika Syarikat. Beliau dikenali melalui penulisan cerita-cerita yang menyentuh kesan-kesan teknologi, sibernetik dan rangkaian komputer terhadap kehidupan manusia lalu mewujudkan gambaran dibayangkan terhadap zaman kemajuan teknologi sebegini sebelum Internet menjadi dibiasakan semasa dekad 1990-an.[3] Malah penulisan beliau mencetuskan mulanya suatu subgenre cereka sains yang tersendiri iaitu cyberpunk.

Pencapaian ini turut diiktiraf meluas - The Guardian menyatakan Gibson sebagai "novelis paling penting sejak dua dekad lepas [1970-an]", Sydney Morning Herald pula menggelarnya "pengutus noir" genre cyberpunk.[4] Pengkaryaan beliau yang meliputi 20 buah cerita pendek dan 10 novel banyak mempengaruhi pelbagai bidang baik yang terus seperti sains dan teknologi serta media seperti sastera, filem dan muzik.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

William Ford Gibson lahir di Conway, Carolina Selatan; beliau dibesarkan kemudian di Wytheville, rantau Appalachia Virginia kampung kedua-dua ibu bapanya.[5][6] Keluarga mereka sering berpindah randah mengikuti kerja ayahnya sebagai seorang pengurus syarikat pembinaan besar.[7] Ayahnya meninggal dunia tercekik di sebuah restoran semasa bekerja di luar ini.

Gibson menghentikan persekolahannya tidak lama setelah ibu meninggal dunia berusia 18 tahun,[8] beliau membawa diri mengasing sambil merantau jauh ke California dan Eropah di mana beliau mendekati budaya counterculture yang wujud di sana.[6][9][10] Semasa meletusnya Perang Vietnam tahun 1967, beliau memilih berpindah ke Kanada untuk mengelakkan diri dikerahkan sebagai askar;[5][9] beliau segera membeli tiket bas ke Toronto setelah menghantar surat penolakannya di mana beliau berpindah ke sana seminggu dua kemudian.[9]

Beliau menyambung semula belajar[11] memasuki Universiti British Columbia di mana beliau lulus ijazah sarjana muda bahasa Inggeris tahun 1977.[5][12] Pendidikannya dalam sastera bahasa Inggeris mendedahkannya beliau kepada kesuasteraan secara umumnya bahkan turut mengilham terhadap idea-idea yang tidak lazim dalam cereka sains pada ketika itu;[13] beliau turut diajar mengenai genre ini di universiti tersebut.[7]

Kerjaya penulisan[sunting | sunting sumber]

Gaya pengkaryaan[sunting | sunting sumber]

Pengaruh

Senarai karya[sunting | sunting sumber]

Novel

Cerita pendek

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Thill, Scott (17 Mac 2011). "March 17, 1948: William Gibson, Father of Cyberspace". WIRED (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Gibson, William" Diarkibkan 7 Disember 2010 di Wayback Machine. The Locus Index to SF Awards: Index of Literary Nominees. Locus Publications. Retrieved April 12, 2013.
  3. ^ Schactman, Noah (May 23, 2008). "26 Years After Gibson, Pentagon Defines 'Cyberspace'". Wired.
  4. ^ Bennie, Angela (September 7, 2007). "A reality stranger than fiction". Sydney Morning Herald. Fairfax Media. Dicapai pada January 21, 2008.
  5. ^ a b c Gibson, William (November 6, 2002). "Since 1948". Diarkib daripada yang asal pada November 20, 2007. Dicapai pada November 4, 2007.
  6. ^ a b Adams, Tim; Emily Stokes; James Flint (August 12, 2007). "Space to think". The Observer. London. Dicapai pada October 26, 2007.
  7. ^ a b Rapatzikou, Tatiani (June 17, 2003). "William Gibson". The Literary Encyclopedia. The Literary Dictionary Company. Diarkib daripada yang asal pada 10 Oktober 2007. Dicapai pada 27 Ogos 2007.
  8. ^ Sale, Jonathan (June 19, 2003). "Passed/Failed: William Gibson, novelist and scriptwriter". The Independent. London: Independent News & Media. Dicapai pada March 12, 2009.
  9. ^ a b c Mark Neale (pengarah), William Gibson (subjek) (2000). No Maps for These Territories (Dokumentari). Docurama.
  10. ^ Marshall, John (6 Februari 2003). "William Gibson's new novel asks, is the truth stranger than science fiction today?". Books. Seattle Post-Intelligencer. Dicapai pada 3 November 2007.
  11. ^ McCaffery, Larry (1991). "An Interview with William Gibson". Storming the Reality Studio: a casebook of cyberpunk and postmodern science fiction. Durham, North Carolina: Duke University Press. halaman 263–285. ISBN 978-0-8223-1168-3. OCLC 23384573. Dicapai pada 5 November 2007.
  12. ^ "UBC Alumni: The First Cyberpunk". UBC Reports. 50 (3). Mac 4, 2004. Diarkib daripada yang asal pada Januari 8, 2008. Dicapai pada November 2, 2007.
  13. ^ Parker, T. Virgil (musim panas 2007). "William Gibson: Sci-Fi Icon Becomes Prophet of the Present". College Crier. 6 (2). Diarkib daripada yang asal pada 9 Oktober 2007. Dicapai pada 14 Oktober 2007. Periksa date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]