Pergi ke kandungan

Zainal Dahalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Dato' Haji Zainal Dahalan (lahir 27 Februari 1948) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi (1999-2004), mantan Ahli Parlimen Sabak Bernam selama sepenggal (1999-2004), mantan EXCO Selangor (1995-1999 dan 1982-1990), mantan Yang di-Pertua DUN Selangor (1990-1995) dan mantan ADUN Sungai Air Tawar selama empat penggal (1982-1999). Di peringkat parti beliau ialah mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (2000-2004) dan mantan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam (1987-1998).

Tan Sri Dato' Haji
Zainal Dahalan
Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Malaysia
Dalam jawatan
1999–2004
Perdana Menteri Mahathir Mohamad (1999-2003)
Abdullah Ahmad Badawi (2003-2004)
Menteri Law Hieng Ding
Didahului oleh Abu Bakar Daud
Digantikan oleh Kong Cho Ha
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Sabak Bernam
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Mahbud Hashim
Digantikan oleh Mat Yasir Ikhsan
Majoriti901 (PRU-10)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
1995–1999
Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib (1995-1997)
Abu Hassan Omar (1997-1999)
Dalam jawatan
1982–1990
Menteri Besar Selangor Ahmad Razali Mohd Ali (1982-1986)
Muhammad Muhammad Taib (1986-1990)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Selangor
Dalam jawatan
1990–1995
Didahului oleh Saidin Thamby
Digantikan oleh Onn Ismail
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sungai Air Tawar
Dalam jawatan
1982–1999
Didahului oleh Khalil Kasmijan
Digantikan oleh Mat Yasir Ikhsan
Maklumat peribadi
Lahir27 Februari 1948
(76 tahun)
Kuala Selangor, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu