Ahmad Razali Mohd Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Razali Mohamed Ali

PSM; SPMS (Selangor); SIMP (Pahang); DPMJ (Johor); DPMS (Selangor); JMN; SMS (Selangor); AMN
Menteri Besar Selangor ke-10
Dalam jawatan
4 Mei 1982 – 13 Ogos 1986
Didahului olehHormat Rafei
Digantikan olehMuhammad Haji Muhd Taib
Butiran peribadi
Lahir(1928-12-10)10 Disember 1928
Klang, Selangor, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 Mei 2001(2001-05-16) (umur 72)
Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Zabidah Abdul Kadir
Puan Sri Wan Mah Rejab
Anak-anak8
Hubungan

Tan Sri Dato' Seri Ahmad Razali bin Mohamed Ali (10 Disember 1928 – 16 Mei 2001) merupakan Menteri Besar Selangor kesepuluh dari 4 Mei 1982 hingga 13 Ogos 1986. Beliau bertanding atas tiket Parti UMNO, sebuah parti komponen utama dalam Barisan Nasional.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Adiknya Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh. Abangnya, Tun Ismail Mohd Ali adalah bekas Gabenor Bank Negara manakala seorang adik Tan Sri (kini Tun) Mohamed Hashim bin Mohd Ali - bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan juga mempunyai seorang lagi adik, iaitu Datuk Jaffar Mohd Ali juga orang penting di Malaysia dan seorang lagi kakak Datin Saleha Mohd Ali.[1]

Isterinya dua orang iaitu Puan Sri Zaleha Abd. Kadir dan Puan Sri Wan Mah Rejab dan mereka mempunyai 8 anak. Salah seorang anaknya ialah Ahmad Razlan.

Politik[sunting | sunting sumber]

Ahmad Razali menyertai UMNO sejak 1946 ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah menjadi Penghulu Mukim Hulu Klang/Ampang (1951-1964). Dalam Pilihan raya kecil DUN Kampung Baru 1967 beliau menang atas tiket parti Perikatan. Dr Mahathir Mohamad memberi kepercayaan kepada abang iparnya itu untuk menjadi Menteri Besar Selangor (1982-1986).[2] Sebenarnya Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam UMNO Selangor, tetapi diberi jawatan tinggi oleh Dr Mahathir Mohamad. Lantas beliau hanya memerintah Selangor cuma sepenggal sahaja.

Dalam suatu mesyuarat UMNO di Dewan Kampung Pandan, berlaku beberapa kekecohan dan kerusi telah dibaling kepadanya.[3]

Antara jasanya ialah menyediakan tempat tinggal kepada 300 keluarga Melayu di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur sewaktu beliau memegang jawatan Setiausaha UMNO Selangor. Beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum selepas Peristiwa 13 Mei sewaktu menjadi Exco Kerajaan negeri Selangor ketika itu. Pada 12 Mei 1969, sekumpulan belia Kampung Baru berjumpa dengan Exco Ahmad Razali Ali agar bertindak terhadap perarakan kemenangan pasti pembangkang iaitu (Parti Gerakan dan Parti Buruh).

Pada 1982 beliau turut menjadi Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pada November 1976, pengurus bank menulis surat kepada UMNO Selangor (Ahmad Razali) supaya mengembalikan wang pinjaman berjumlah RM 82,500.[4]

Selepas bersara sebagai Menteri Besar, Ahmad Razali menjadi pengerusi kepada beberapa buah syarikat termasuk Lembaga Tabung Haji. Beliau juga ahli Lembaga Disiplin UMNO.

Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Datuk Hormat Rafei. Ahmad Razali Mohd Ali menyandang jawatan itu dari 3 Mei 1982 - 14 Ogos 1986 atas tiket Barisan Nasional untuk parti (UMNO). Selepas sepenggal menjadi Menteri Besar, beliau diganti oleh tokoh popular UMNO iaitu Muhammad Haji Muhd Taib. Beberapa orang Menteri Besar Selangor sentiasa dirundung masalah. Sultan Selangor ketika itu ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Pada 28 Januari 1983, ketika beliau dan Samy Vellu merasmikan Pesta Thaipusam di Batu Caves, Selangor, pentas berucap telah roboh. Seramai 34 orang cedera termasuk Ahmad Razali - di tangan kiri. Samy Vellu juga cedera di lengan. Esoknya berlaku lagi kemalangan apabila Rengasamy (80 tahun ) cedera dan meninggal dunia.[5]

Lembaga Disiplin UMNO[sunting | sunting sumber]

Lembaga Disiplin UMNO terdiri daripada Tan Sri Zaki Azmi (pengerusi), Datuk Nakhaie Ahmad dan Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali. Pada 3 Mei 2001, lembaga menyiasat tuduhan Datuk Fauzi Abdul Rahman (UMNO Kuantan) bahawa Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob terbabit dalam politik wang serta penyelewengan dan Badan Pencegah Rasuah sedang menyiasat. Khalil didakwa melakukan penyelewengan ketika menjadi Menteri Besar Pahang.

Bahagian UMNO yang turut bermasalah ialah Silam, Jelutong, Bukit Bintang dan Gombak. UMNO Bukit Nenas dan Daya Bumi turut bermasalah.[6]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mei 2001 beliau meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 72 tahun. Jenazah dibawa ke rumahnya di Taman Tun Abdul Razak di Ampang, Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Turut hadir ziarah ialah Perdana Menteri, Datuk Seri (kini Tun) Dr. Mahathir Mohamad dan Datin Seri (kini Tun) Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Lain-lain ialah Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba. Pengerusi Lembaga Disiplin Umno (2001), Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail turut hadir.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. Dato' Hormat Rafie juga meninggal dunia pada 30 Mei 2001.[7]

Kenang jasa[sunting | sunting sumber]

Bagi mengenang jasanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali, Ampang Jaya dinamakan sempenan nama beliau. Taman Dato' Ahmad Razali di Ampang juga mengambil namanya. Kampung Dato Ahmad Razali di Dengkil juga dinamakan bersempena nama beliau.

Pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba, mengarahkan filem terbarunya, Tanda Putera yang turut memaparkan peranan Ahmad Razali Mohamed Ali. Pelakon Razali Hussain membawa watak Ahmad Razali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Korupsi kepresidenan: reproduksi oligarki berkaki tiga : istana, tangsi, dan ...' oleh George Junus Aditjondro, hlm 14
  2. ^ Who's who in Malaysia and guide to Singapore' oleh John Victor Morais, hlm 20
  3. ^ "Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2011-11-12.
  4. ^ Malaysia in the dangerous 80s', Lim Kit Siang, hlm 267
  5. ^ New Straits Times Press , 11 December 1999
  6. ^ Politik wang: Pemimpin terbabit tidak dilindungi[pautan mati kekal]
  7. ^ Ahmad Razali meninggal dunia selepas diserang sakit jantung[pautan mati kekal]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19821986
Penyandang Kemudian
Hormat Rafei Muhammad Haji Muhd Taib