Parti Rakyat Bersatu Sarawak
ڤرتي رعيت برساتو سراوق Sarawak United Peoples' Party Parti Rakyat Bersatu Sarawak Gerempong Sa'ati Rayat Sarawak 砂拉越人民联合党 | |
|---|---|
| Singkatan | SUPP |
| Presiden | YB Datuk Amar Dr. Prof. Sim Kui Hian |
| Setiausaha agung | Sebastian Ting Chiew Yew |
| Setiausaha am | YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew |
| Timbalan Presiden | • YB Dato Sri Lee Kim Shin • YB Dato' Sri Richard Riot Jaem |
| Pengerusi Pemuda SUPP | YBhg. Tuan Kelvin Lau Kor Jie |
| Pengerusi Wanita SUPP | YBhg. Puan Kho Teck Wan |
| Pengasas | Tan Sri Datuk Amar Ong Kee Hui |
| Diasaskan | 1959 |
| Ibu pejabat | 7, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, 93300 Kuching, Sarawak |
| Akhbar | • SA 'ATI (United) • See Hua Daily News • TVS • Media GPS (Tiktok) |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda SUPP |
| Sayap Wanita | Pergerakan Wanita SUPP |
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | Berhaluan tengah |
| Hubungan kebangsaan | • Perikatan (1970–73) • Barisan Nasional (1973–2018) (sebagai BN Sarawak) • Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif) • Kerajaan Perpaduan Malaysia (2022–kini) (rakan gabungan) |
| Warna | Merah Kuning Hitam |
| Tapak sesawang | Laman web rasmi SUPP |
| Dewan Negara: | 1 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 2 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri Sarawak | 13 / 82 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti politik tempatan Sarawak dan juga merupakan salah satu daripada komponen empat parti politik tempatan (PBB, PRS, dan PDP) dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS). Parti politik ini ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1959 di Sarawak.
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti politik yang tertua di Sarawak. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang lebih kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan penuh masyarakat Cina di Sarawak. SUPP adalah salah satu parti politik yang menerajui kepimpinan bersama dengan BN Sarawak di bawah pemerintahan Premier Sarawak yang kelima ketika itu, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. Walaupun SUPP sah meninggalkan Barisan Nasional pada 12 Jun 2018,[1] namun SUPP masih bekerjasama dengan bekas parti-parti komponen BN yang lain, sekaligus sepakat menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada November 2018.
Objektif utama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Matlamat, perjuangan, visi dan misi penubuhan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada mulanya adalah dipengaruhi oleh ideologi penubuhan Persatuan Cina Malaysia (MCA). Namun begitu, SUPP ketika itu merupakan sebuah parti politik berhaluan kiri. Pada tahun 1973, SUPP telahpun mengesahkan untuk menyertai Barisan Nasional (BN), bersama-sama dengan UMNO, MCA, MIC, PBB, dan USNO. Ianya berkekalan sebagai parti politik kerajaan di bawah Barisan Nasional, sehinggalah pada tahun 2018 apabila SUPP, PBB, PRS, dan PDP mengesahkan untuk berpecah daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan membentuk gabungan parti politik baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Ideologi parti dan manifesto perjuangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kini lebih menjurus kepada politik berhaluan tengah kanan yang lebih reformis dan stabil, lebih efektif, mengutamakan demokrasi berasaskan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, menggunapakai strategi-strategi politik yang lebih radikal, berfokuskan kepada pembangunan menyeluruh komuniti Dayak di Sarawak, cepat bertindak menyelesaikan masalah rakyat, mengutamakan hak golongan anak muda dan juga hak golongan wanita, berjiwa rakyat, matang berpolitik, berpendirian tegas, berdisiplin tinggi, berintegriti, mengutamakan kebenaran yang lebih telus, jujur, ikhlas dan amanah, serta bermaruah tinggi.
Organisasi kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP (SUPP Central Working Committee) (2025–2027)
Sumber:[2]
- Presiden:
- Timbalan Presiden:
- Naib Presiden:
- Pengerusi Tetap (Sayap Pemuda SUPP):
- YBhg. Tuan Kevin Lau Kor Jie
- Pengerusi Tetap (Sayap Wanita SUPP):
- YBhg. Puan Kho Teck Wan
- Setiausaha Agung:
- Timbalan Setiausaha Agung:
- Bendahari:
- Penolong Bendahari:
- Setiausaha Organisasi:
- Encik Matthew Chen Thin Kong
- Penolong Setiausaha Organisasi:
- Setiausaha Tetap (Informasi dan Media Awam):
- Penolong Setiausaha Tetap (Informasi dan Media Awam):
- Encik Wong Ching Yong
- Ahli-ahli tetap yang diundi oleh Jawatankuasa Pusat SUPP:
- YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew
- Sih Hua Tong
- Lim Ah Ted
- Andrew Victor Nub William Tanyuh
- Kua Jack Seng
- Jong Yean Pin
- Ahli-ahli yang dilantik (Non-Constituency Branches):
- Michael Tiong Hok Choon
- Danny Banjang
- Calvin Goh Chin Seng
- Ahli-ahli yang dilantik oleh Presiden Parti SUPP:
- Chua Beng Seng
- Wong Zee Yeng
Wakil Rakyat
Ahli Dewan Negara
| Lantikan | Tempoh | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|
| 5 Mei 2024-4 Mei 2027 | Robert Lau Hui Yew, YB Tuan |
Ahli Dewan Rakyat
SUPP kini mempunyai 2 wakil Parlimen.
| Negeri | No. | Perlembagaan Parlimen | Ahli | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| P199 | Serian | Richard Riot Jaem, YB Dato' Sri | ||
| P208 | Sarikei | Huang Tiong Sii, YB Dato' Sri |
Ahli Dewan Undangan Negeri
| No. | Dewan Undangan Negeri | Penyandang | Penggal | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| N1 | Opar | Billy Sujang | Pertama | |
| N12 | Kota Sentosa | Yap Yau Sin | Pertama | |
| N13 | Batu Kitang | Lo Khere Chiang | Ke-2 | |
| N14 | Batu Kawah | Sim Kui Hian | Ke-2 | Timbalan Premier Sarawak Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak |
| N32 | Simanggang | Francis Harden Hollis | Ke-4 | Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak |
| N45 | Repok | Huang Tiong Sii | Ke-2 | |
| N46 | Meradong | Ding Kuong Hing | Ke-2 | |
| N51 | Bukit Assek | Chieng Jin Ek | Pertama | |
| N54 | Pelawan | Michael Tiang Ming Tee | Ke-2 | Timbalan Menteri Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak |
| N68 | Tanjong Batu | Johnny Pang Leong Min | Pertama | |
| N73 | Piasau | Sebastian Ting Chiew Yew | Ke-4/5 | |
| N74 | Pujut | Adam Yi Chiew Sang | Pertama | |
| N75 | Senadin | Lee Kim Shin | Ke-4/5 | Menteri Pengangkutan Sarawak |
Lihat juga
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Senarai parti politik di Sarawak
- Blok Borneo
- Cara Sarawak
- Gabungan Parti Sarawak (GPS)
- Parti Demokratik Progresif (PDP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)
- Parti Wawasan Rakyat Sarawak (WAWASAN)
- Parti Bumi Kenyalang (PBK)
- Parti Warisan (Malaysia) (WARISAN)
Rujukan
- ^ PBB, PRS, PDP, SUPP keluar BN, bentuk GPS
- ^ "Central Working Committee 2025 – 2027". SUPP Official. 2025.
