Biskut
Biskut | |
---|---|
Jenis | Biskut, snek |
Tempat asal | Great Britain |
Bahan utama | Tepung gandum, gula, air, susu, garam, serbuk penaik |
Cara penyediaan | Membakar |
sunting · sunting di Wikidata |
Biskut (Jawi: بيسكوت ; bahasa Inggeris: biscuit ) ialah sejenis kuih cekut kering berasaskan tepung leper nipis yang dibakar dengan rasa rangup dimakan. Ia boleh datang dalam cara manis mahupun berasa gurih.[1]
Kata nama ini asasnya menyerap dari gabungan bis ("dua kali") and coquere, coctus ("masak") dalam bahasa Latin melalui bahasa Perancis Lama (bescuit menjadi bisquite) maka bermaksud "masak dua kali":[n 1][3] biskut pada zaman Rom purba hinggalah ke Abad Pertengahan dibuat dengan membakar semula roti yang dibakar semula perlahan-lahan agar lebih tahan lama, pengungkapan ini beralih makna pada abad ke-14 merujuk kepada sebarang kepingan makanan dimasak dua kali.[1][4][5] Kamus Buku Katan (1936) memberi takrifan terawal kata serapan Inggeris ini (ejaan lama: بيسکوة) sebagai "roti keras dibuat berkeping-keping nipis atau bulat-bulat kecil".[6]
Jenis difahamkan
[sunting | sunting sumber]Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah.
Di Alam Komanwel
[sunting | sunting sumber]Kawasan dipengaruhi peluasan kuasa British seperti alam Komanwel, Ireland dan Kanada memberi nama biskut atau biscuit kepada kuih kecil dibakar keras tidak kira perisanya.
Di Amerika Utara
[sunting | sunting sumber]Di Amerika Syarikat dan beberapa bahagian di Kanada, "biscuit" ialah suatu jenis roti segera agak serupa dengan skon cuma adunan doh tidak ditambahkan gula sambil boleh dinaikkan dengan serbuk penaik (yakni "biskut serbuk penaik", baking powder biscuits[7]) atau campuran susu mentega dan soda penaik. Kepingan keras yang disebutkan di atas lebih cookie atau cracker sedangkan cookie lebih dikaitkan di alam Inggeris kepada satu jenis biskut khusus (cara manis berbutir/cip coklat) tetapi boleh juga merujuk kepada jenis kuih setempat tertentu.[8]
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Contoh penggunaan: "Twice-sod simplicity! Bis coctus!" dalam pementasan Love's Labour's Lost karya William Shakespeare.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Gray, Annie. "The History of the Biscuit". English Heritage. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ David Crystal; Ben Crystal (penyunting). "Love's Labour's Lost". Shakespeare's Words. Penguin Books. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mac 2017. Dicapai pada 17 April 2016.
- ^ "Biscuit". Oxford English Dictionary. Oxford University Press. 2009.
- ^ "Biscuit". askoxford.com. Dicapai pada 14 Januari 2010.
- ^ "Biscuit". Merriam-Webster. Dicapai pada 14 Januari 2010.
- ^ Mohd. Said bin Haji Sulaiman (1936). "biskut". Buku Katan (ed. dirumikan, 2002). Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (asal), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 126. ISBN 9789836252272.
- ^ "Baking Powder Biscuits Source: U.S. Department of Defense". Theodora's Recipies [sic]. Dicapai pada 20 Disember 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|work=
(bantuan)CS1 maint: extra punctuation (link) - ^ "cookie". Oxford English Dictionary. Oxford University Press.
In Scotland the usual name for a baker's plain bun; in U.S. usually a small flat sweet cake (a biscuit in U.K.), but locally a name for small cakes of various form with or without sweetening. Also S. Afr. and Canad.