8 Negara Membangun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo rasmi D-8.
Negara-negara ahli D8
Developing 8 countries.PNG


D-8 atau Lapan Negara Membangun (Bahasa Inggeris: Developing Eight) merupakan sebuah kumpulan negara membangun yang membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi. Apabila bergabung, negara-negara ini membentuk 13.5% daripada populasi global dalam tahun 1997. Ia mengandungi Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki. Kumpulan ini ditubuhkan selepas satu pengumuman di Istanbul, Turki pada 15 Jun 1997. Keahlian ini adalah terbuka kepada negara-negara lain daripada negara-negara ahli masakini walaupun tiada rancangan untuk menambah ahli.

Seperti yang dinyatakan oleh Penerbitan Perangkaan dan Fakta D8: "Objektif D-8 adalah untuk membangunkan kedudukan negara-negara membangunkan di dunia ekonomi, mempelbagaikan dan mencipta peluang-peluang baru di dalam perhubungan perdagangan, meningkatkan penglibatan dalam proses membuat keputusan pada peringkat antarabangsa, dan memberikan kehidupan yang lebih baik. "Kawasan kerjasama yang utama adalah kewangan, perbankan, pembangunan luar bandar, sains dan teknologi, pembangunan insan, pertanian, tenaga, alam sekitar dan kesihatan.[1]

Persetujuan perdagangan utama[sunting | sunting sumber]

Perwakilan setiap lapan negara membangun kecuali Bangladesh telah memeterai satu Persetujuan Perdagangan Utama pada 14 Mei 2006 semasa Kemuncak D-8 ke-5 di Bali, Indonesia. Persetujuan ini dirangka untuk mengurangkan tarif barangan tertentu antara negara ahli secara beransur-ansur, dengan diawasi oleh satu jawatan kuasa penyeliaan. Tujuannya supaya halangan terhadap perdagangan bebas antara negara ahli dapat dikurangkan, dan kerjasama antara negara dapat ditingkatkan.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Kemuncak D8 Terbaru
No. Tarikh Negara Tempat
1 1998 Turki Istanbul
2 1999 Bangladesh Dhaka
3 2001 Mesir Kaherah
4 2004 Iran Tehran
5 2006 Indonesia Bali
6 2008 Malaysia Kuala Lumpur
7 2011 Pakistan Islamabad
8 2012 Nigeria Abuja

D-8 mempunyai tiga badan: Kemuncak, Majlis dan Suruhanjaya. Kemuncak, yang bersidang setiap dua tahun, merupakan kuasa tertinggi, dan terdiri dari pemimpin setiap negara. Majlis pula merupakan badan utama yang bertanggungjawab membuat keputusan dan forum bagi mempertimbangkan isu yang berkaitan dengan D8, dan terdiri dari menteri luar negeri setiap negara. Suruhanjaya mempunyai kuasa eksekutif, dan terdiri dari Pesuruhjaya yang dilantik oleh setiap negara ahli. Pesuruhjaya bertanggungjawab menggalakkan pematuhan keputusan D-8 di negara masing-masing. Seterusnya, terdapat seorang pengarah eksekutif yang dilantik untuk memudahkan perhubungan dan bertindak sebagai penyelia di setiap sidang kemuncak atau perhimpunan lain.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]