Aburame Shino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shino Aburame by Masashi Kishimoto.

Aburame Shino (油女シノ Shino Aburame?) adalah watak rekaan dalam siri manga dan anime Naruto.

"Shino" adalah nama yang diberikan kepada samurai Inuzuka dari Hakkenden, novel mengenai samurai anjing. Aburame (油女) bererti "Wanita minyak" dan nama penuh "Shino Aburame" hampir menyerupai dengan perkataan Jepun bagi lipas, aburamushi (油虫).

Boleh mengawal serangga.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Salah satu dari serangga Kikaichu Shino.

Aburame Shino adalah pendiam dan suka berseorangan serta merupakan ahli Pasukan 8 (Pasukan Kurenai). Dia mempunyai rakan sepasukan Inuzuka Kiba dan Hyuga Hinata. Shino biasanya tampak tidak beremosi, tidak pernah senyum dan selalu bercakap dengan serius. Tetapi, pada episod 186 Shino pernah sekali ketawa dengan terbahak-bahak kerana termakan nasi bercampur dengan ubat yang memaksa kita katawa dengan terbahak-bahak. Shino ketawa dari petang sehingga larut malam sehingga mengganggu Naruto untuk tidur dan juga sehingga esok pagi. Kehidupan lalu dan sejarah silamnya tidak pernah diceritakan.

Shino bijak dan analitik. Seperti Nara Shikamaru, Shino memenangi sesebuah pertarungan dengan merancang strategi beberapa tapak mendahului pihak lawan. Kehebatan Shino juga diakui oleh Uzumaki Naruto yang selalunya enggan mengakui kelebihan Genin lain. Sebagai ahli keluarga Aburame, Shino telah dijadikan perumah kepada sejenis species serangga yang menjadikan chakra sebagai makanan. Sebagai balasan, serangga ini mematuhi segala perintah dan arahan Shino serta bertindak sebagai senjata dalam pertempuran. Oleh sebab hubungan 'intimnya' dengan serangga, Shino meluangkan masa lapangnya memerhatikan serangga dan membuat analogi yang turut melibatkan serangga. Malah, personaliti Shino yang seakan-akan serangga menyebabkan kerenahnya sedikit pelik dan kehadirannya tidak berapa dialu-alukan.

Jalan cerita tamat di sini.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.