Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka)
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. Barisan Nasional membentuk semula kerajaan setelah memenangi 23 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka terdiri daripada 11 ahli (8 dari UMNO, 2 MCA dan 1 MIC) termasuk seorang exco wanita.
Isi kandungan |
[sunting] Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
[sunting] Ketua Kerajaan Negeri
- Ketua Menteri - Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam
[sunting] Barisan Exco
- Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Bukit Baru) - Exco Hal Ehwal Agama, Tanah, Kewangan & Perancang Ekonomi.
- Datuk Latiff Tamby Chik (Telok Mas) - Exco Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar.
- Datuk Md. Yunos Husin (Ayer Molek) - Exco Perindutsrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan & Koperasi.
- Norpipah Abdol (Rembia) - Exco Hal Ehwal Wanita & Kesihatan.
- Datuk Abdul Ghafaar Atan (Gadek) - Exco Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil & Pemulihan Projek.
- Datuk Yaakub Md. Amin (Sungai Udang) - Exco Pelajaran, Sains, Teknologi & Sumber Manusia.
- Datuk Ab. Karim Sulaiman (Tanjung Bidara) - Exco Kebajikan, Perpaduan, Belia & Sukan.
- Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan (Merlimau)- Exco Pembangunan Desa & Pertanian.
- Gan Tian Loo (Duyong) - Exco Kerja Raya & Kemudahan Awam.
- Datuk Seet Har Cheow (Klebang) - Exco Pelancongan, Kebudayaan & Warisan.
- R. Perumal (Asahan) - Exco Penerangan, Pengguna & Pengangkutan.