Idris Haron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Datuk Seri
 Idris bin Haron 
D.G.S.M. D.C.S.M. D.M.S.M. D.S.M. B.K.C
Idris Haron

Tempoh berjawat
7 Mei 2013 – kini
Didahului oleh Mohd Ali Rustam

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Tempoh berjawat
8 Mac 2008 – 8 April 2009
Didahului oleh Ong Tee Keat
Digantikan oleh Saifuddin Abdullah

Ahli Dewan Undangan Melaka
bagi kawasan N11 Sungai Udang
Penjawat kini
Mula berkhidmat 
6 Mei 2013
Didahului oleh Yaakub bin Md Amin
Majoriti 9,136 (PRU-13)

Ahli Parlimen Malaysia
bagi P136 Tangga Batu
Tempoh berjawat
21 Mac 2004 – 4 Mei 2013
Didahului oleh kawasan baharu
Digantikan oleh Abu Bakar Mohamad Diah

Tarikh lahir 13 Mei 1966 (1966-05-13) (age 48)
Tempat lahir MelakaKampung Relau, Asahan, Jasin, Melaka
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Fadilah Abdullah
Anak Dua
Alma mater University of Texas at El Paso
Pekerjaan Ahli politik, jurutera
Agama Islam
Laman web http://idrisharon.wordpress.com/

YAB Datuk Ir. Idris bin Haron (dilahirkan pada 13 Mei 1966 di Asahan, Melaka) merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-10 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Melaka daripada Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilantik sebgai Ketua Menteri pada 7 Mei 2013.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berumahtangga dengan Fadilah binti Abdullah pada tahun 1993.Mereka mendapat anak bernama Luqman Hakim dan Amira.

Arwah bapanya, Haron Hashim, adalah penghulu bersara dan meninggal dunia pada 1972 ketika berusia 64 tahun. Ketika itu ibunya, Rokiah Hassan, yang juga isteri kedua, baru berusia 24 tahun. Arwah bapanya mempunyai dua anak lelaki dengan isteri pertama dan dengan Rokiah mempunyai empat anak, Sabariah, Rashidah, Idris dan Rozana. Ibunya kahwin lain selepas itu dan mengikuti suami barunya pulang ke Belading, Tangkak.

Dia empat beradik terpaksa menumpang di rumah datuk dan neneknya di Asahan, Jasin, selama enam bulan.Kemudian tinggal bersama abangnya (berlainan ibu) . Abang keduanya itu, Ahmad Haron, bertugas sebagai guru besar, mempunyai lima anak dan turut menjaga seorang anak angkat bapanya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Idris bersekolah di empat sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Bekoh ke SRK Belading, SRK Asahan 1973-1977 dan SRK Kubu 1977 hingga 1978. Dua kakaknya pula terpaksa berhenti sekolah awal kerana himpitan hidup. Dari 1979-1983 beliau belajar di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Ayer Keroh (1979-1983) setelah mendapat 4A 1B dalam Penilaian Darjah Lima. Beliau menjadi pelajar terbaik sekolah dengan mendapat 7A 1C.

Beliau melanjutkan pengajiannya ke Pusat Bahasa Institut Teknologi Mara (ITM) dalam jurusan bahasa Inggeris selama enam bulan dan pernah dilantik Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Seksyen 17, Shah Alam pada tahun 1984 . Pada 1989 beliau menamatkan pengajian beliau dari University of Texas, Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal. Sebenarnya cita-cita beliau ingin menjadi juruterbang tetapi menukar fikiran kepada jurutera elektrik semasa ditemuduga.

Beliau menjadi Pengerusi Persidangan Pelajar Malaysia sehingga mendapat ijazah pada 1989. Pada 1993 beliau mengikuti latihan intensif bahasa Jepun di ITM sebelum melanjutkan pengajian di bidang teknikal di Tokyo Kensyu Centre, Jepun. Beliau mengikuti latihan di bawah Kandenko Corporation Ltd selama enam bulan di Tokyo, Jepun, dalam bidang sistem pembahagian elektrikal.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Setelah tamat pengajian, beliau menjadi jurutera Pengguna LLN Kajang (1989) ,Jurutera Operasi TNB Kajang (1991) ,Pengurus Struktur dan Perancangan TNB Kajang (1993) dan Pengurus Operasi dan Senggaraaan TNB Jasin (1998) dan Pengurus Bisnes Daerah TNB Distribution Sdn Bhd Melaka (1999) . Pada tahun 1993, beliau telah menjalani kursus kejuruteraan lanjutan di Association of Overseas Technical Scolarship, Jepun. Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG), Melaka kemudian menjadi Yang DiPertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang pertama pada 2002. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Belia Melaka dan Naib Pengerusi Belia B Melaka.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula terlibat dalam politik apabila menyertai UMNO pada tahun 1993 di cawangan Klebang Kecil dan menjadi Ketua Pemuda UMNO. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO bahagian Tangga Batu dan Ketua Penerangan UMNO Melaka.

Laman Blog[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Mohd Ali bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka
2013 -
Diikuti oleh:
Penyandang