Albert II, Putera Monaco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Albert II
Putera Monaco
Prince Albert II of Monaco neu.jpg
Pemerintahan 6 April 2005 - kini
(&&&&&&&&&&&&&&07.&&&&&07 tahun, &&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052 hari)
Istiadat pengurniaan 19 November 2005
Lahir 14 Mac 1958 (umur 54)
Palais Princier, Monaco
Pendahulu Rainier III
Waris Caroline, Puteri Hanover
Pasangan Charlène, Puteri Monaco
Anakanda Jazmin Grace Grimaldi (luar nikah)
Alexandre Coste (luar nikah)
Kerabat diraja Grimaldi
Ayahanda Rainier III
Bonda Grace Kelly


Gelaran hormat bagi
Albert II, Putera Monaco
Royal Monogram of Prince Albert II of Monaco.svg
Gaya panggilan His Serene Highness
Gaya pertuturan Your Serene Highness
Gaya pilihan Sir

Albert II (lahir 14 Mac 1958 sebagai Albert Alexandre Louis Pierre Grimaldi)[1] adalah ketua Wangsa Grimaldi serta pemerintah Prinsipaliti Monaco. Baginda merupakan putera Rainier III, Putera Monaco, dan permaisurinya pelakon A.S. Grace Kelly. Kakaknya Caroline, Puteri Hanover dan adiknya Puteri Stéphanie dari Monaco.

[sunting] Naik takhta

Apabila ayahandanya Rainier III gering pada Mac 2005, Putera Mahkota Albert dilantik sebagai Pemangku Raja. Bagaimanapun pada 6 April 2005, Putera Rainier III mangkat dan beliau menjadi Albert II, Putera Monaco. Istiadat permasyhurannya diadakan pada 19 November 2005.

[sunting] Keluarga

Putera Albert II memiliki dua anak, Jazmin Grace Grimaldi (lahir 1992) dan Alexandre Coste (lahir 2003).[2]

Putera Albert mengahwini bekas perenang Afrika Selatan Charlene Wittstock pada 1 Julai 2011. Pertunangan merka diumumkan pada 23 Jun 2010.[3] Mereka telah bersama di khalayak awam sejak 10 Februari 2006, di upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 di Torino. Sebagai pasangan, mereka menghadiri perkahwinan Victoria, Puteri Mahkota Sweden di Stockholm pada 29 Jun 2010 dan perkahwinan Putera William, Duke Cambridge, dan Catherine Middleton pada 29 April 2011. Perkahwinan mereka mengambil masa dua hari: upacara perkahwinan sivil dilangsungkan pada 1 Julai 2011, diikuti dengan upacara keagamaan pada hari berikutnya.[4]

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain