Maha Vajiralongkorn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Putera Mahkota Thailand, 'Maha Vajiralongkorn lahir pada 28 Julai 1952 ialah anak kepada Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej( Rama IX) dan Permaisuri Sinkit. Sekarang Maha Vajiralongkorn adalah putera mahkota Thailand dan bakal mewarisi takhta .

Monumen Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn
Keluarga Diraja Thai
Emblem of the House of Chakri.svg

Tuanku Raja
Tuanku Permaisuri




Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan tahta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon , Canberra, Australia . Beliau juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, British dan perkhidmatan ketenteraan Australia.

Beliau merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopter.

Semasa 1970-an, beliau turut aktif menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand terutama di sempadan Thailand-Kemboja yang ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Vajiralongkorn dilahirkan di Istana Chitralada, Bangkok. Beliau brsekolah di sekolah rendah di Bangkok. Kemudian sekolah swasta iaitu Milfield School, Somerset, United Kingkom. Seterusnya sekolah di King School di Sydney, Australia.

Tahun 1972 beliau dianugerahkan '"Somdech Phra Boroma Orasadhiraj Chao Fah Maha Vajiralongkorn Sayam Makutrajakuman' iaitu perlantikan beliau sebagai putera mahkota dan bakal mewarisi takhta.

Kehidupan dewasa[sunting | sunting sumber]

Putera raja ini menyertai Kolel Tentera Diraja di Duntroon, Canberra, Australia dan mendapat ijazah sastera dari Universiti Sukhothai Thammatirat di Bangkok.

Sejak 1975 beliau berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Diraja Thailand. Kemudian pegawai turus dalam Bahagian Perisikan Tentera Darat. Seterusnya 1978 mengetuai Batalion Pengawal Diraja. Tetapi kemudian berhenti dari perkhidmatan tentera untuk menjadi sami Buddha sebagaimana lazim raja-raja Thailand sebelum ini.

Vajiralongkorn mendapat latihan ketenteraan meluas di Amerika Syarikat, British dan Australia . Ini termasuklah kursus latihan komando , taktik peperangan konvensional dan dalam air. Beliau juga ditauliah sebagai juruterbang kapal terbang dan helikopter tentera.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Januari 1977, vajiralongkorn berkahwin dengan Puteri Soamsavali Kitiyakara ( lahir 1977) , merupakan sepupu sebelah emaknya. Anak mereka Bajrakitiyabha pada 1978.

Vajiralongkorn berkahwin pada 29 April 2005 dengan Mom Srirasmi Mahidol na Ayuthaya dan dilantik sebagai Puteri Srirasmi.