Amar makruf nahi mungkar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amar ma'ruf nahi munkar)
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian dari siri berkaitan
Allah-eser-green.png
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam
 p  b  s 

Amar makruf dan nahi mungkar (Bahasa Arab: الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر‎) berasal daripada peristilahan ayat al-Quran yang bermaksud "mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran".

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

Dalam Al-Qur'an dijumpai lafaz "amar ma'ruf nahi munkar" beberapa kali seperti dalam Surah Ali Imran ayat 104: “Dan hendaklah ada di antara kamu, sebahagian yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Surah Ali Imran ayat 114 : Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.

Surah Yusuf ayat 108 , "Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (kerjaku), mengajak manusia kepada Allah dengan yakin dan bersungguh-sungguh, inilah jalanku(kerjaku) dan orang-orang yang mengikuti aku"

Surah Ali-Imran ayat 110 , Kamu umat terbaik, yang dihantar kepada seluruh manusia, kerana kamu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Surah Al Fussilat ayat 33 ,Dan tidak ada yang lebih baik perkataan daripada perkataan manusia yang menyeru kepada Allah, dan mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah orang yang berserah kepada Allah( orang Islam )!"

Surah Lukman ayat 17: "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Surah An-Nisaa ayat 17 "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau mengajak kepada kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar."

Secara prinsipnya pengamal agama Islam dituntut untuk mengajak kebaikan dan mencegah (mungkar).

Hadis Rasulullah "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemunkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya, apabila umatku mencintai dunia,mereka tidak akan mencintai Islam. Apabila mereka berhenti dari mengajak kebaikan dan mencegah mungkar , mereka akan diangkat keberkatan wahyu(tidak faham Al-Quran), Apabila mereka mula caci mencaci sesama mereka, mereka akan terhindar dari rahmat Allah.

Mungkar yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah tidak mahu mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah dan kebaikan yang paling besar di lakukan oleh manusia adalah mengucap bahawa Aku naik saksi tiada tuhan melainkan Allah dan Aku naik saksi Muhammad pesuruh Allah. Apabila kita melakukan kerja menyampaikan kalimah mulia kepada bukan Islam dan mengajak mereka mengucap kalimah mulia kita sebenarnya melakukan kerja mengajak kebaikan dan mencegah mungkar dan kita melakukan ini maka iman kita akan meningkat.

Kita akan memperbaharui iman kita dengan banyak bercakap pergertian kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpesan supaya kita banyak bercakap mengenai maksud kalimah tiada tuhan melainkan Allah. Untuk memperbaharui iman, para sahabar r.ahum serng bercakap mengenai kalimah mulia di kalangan mereka. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w sentiasa bimbang tentang keadaan iman mereka. Apabila mereka merasakan iman mereka agak lemah, mereka duduk dalam satu bulatan dan mengingatkan satu sama lain tentang maksud kalimah mulia. Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w memahami nilai iman dan mereka sentiasa risau dan bimbang tentang iman mereka. Mereka mengetahui dan memahami keadaan iman mereka meningkat dan menurun. Pada masa itu, umat Islam yakin dengan sepenuhnya bahawa tiada yang lebih berharga berbanding iman. Mereka rela mati untuk iman dan mereka tidak sanggup untuk kehilangan iman.

Pautan luar [sunting]