Anwar Ridhwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato' Dr.

Anwar Ridhwan
Anwar Ridhwan.jpg
Dato' Dr. Anwar Ridhwan

Tempoh jawatan
2009–2011
Didahului oleh S. Othman Kelantan
Diganti oleh Ahmad Kamal Abdullah

Novel berjudul "Naratif Ogonshoto" atau "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia pada tahun 2006 di St. Petersburg (penerbit Paideia).

Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 - ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya.[1]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.

Dunia penulisan[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) (edisi bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev, 1996)[2] dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia))[3].

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
  2. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
  3. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
  4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
  5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
  6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
  7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
  8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
  9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Minda Melayu / penyelenggara Anwar Ridhwan. : DBP, 2005.
  2. Dunia adalah sebuah apartmen : DBP ; 2005.
  3. Tales of Ogonshoto/ Anwar Ridhwan.: terjemahan oleh Solehah Ishak : DBP, 2004
  4. Haji Murat / Leo Tolstoy ; penterjemah Victor Pogadaev ; Suntingan, Anwar Ridhwan. : DBP, 2001.
  5. Jati diri pasca Asas 50 : DBP, 1999.
  6. Hari-hari terakhir seorang seniman ; bacaan Baharuddin Hj. Omar : DBP, 1996.
  7. Sinaran permata / diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan ; Rahman Shaari: DBP, 1995.
  8. Suara kemanusian = the voice of humanity / diselenggarakan oleh Ahmad Sebi Bakar, Anwar Ridhwan ; diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh S. Jaafar Husin : DBP, 1994
  9. After the war and other stories / Anwar Ridhwan , Terjemahan,Adibah Amin.: DBP, 1991.
  10. Kurik kundi merah saga : kumpulan pantun lisan Melayu / penasihat Anwar Ridhwan, Safian Hussin ; Mohd. Thani Ahmad dll,: DBP, 1990.
  11. Sangkar : Kumpulan 22 buah cerpen. : DBP, 1986.
  12. Sudut pandangan dalam cereka : DBP, 1985.
  13. The last days of an artist / Anwar Ridhwan ; Terjemahan oleh Harry Aveling,: DBP, 1982.
  14. Utara : antologi cerpen pilihan penulis. : DBP, 1982.
  15. Kuntum pertiwi / Anwar Ridhwan & Rahman Shaari.: DBP, 1982.
  16. Di sekitar pemikiran kesusasteraan Malaysia, 1957-1972 / diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan. : DBP, 1981.
  17. Kamus nama samaran dan nama pena / disusun oleh Anwar Ridhwan dan Sarah Sadon. : DBP, 1979.
  18. Parasit : kumpulan cerpen 1971-74 : DBP, 1976.
  19. Kuntum pertiwi buku 3.
  20. Penasihat editorial. Victor Pogadaev. Kamus Rusia-Melayu, Melayu-Rusia. Seri Kembangan: Minda, 2013, 778 hlm. ISBN 978-967-0544-00-7.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Dr Anwar sasterawan negara ke-10", 11 Ogos 2009, Malaysiakini.com
  2. Anwar Ridwan. Posle voyni (After the War) // Indoneziya. Malayzia. Sbornik materialov po kul’ture Nusantari. (Indonesia. Malaysia. Collection of Materials on Nusantara Culture). S-Pb., 1996, p. 87-98
  3. Pogadaev, V. A. Tvorcheskie Poiski Anwara Ridwana (The Creative Searches of Anwar Ridhwan) - in.: Anwar Ridhwan. Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto. St.-P.: Paideia, 2006, p. 3-5