S. Othman Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Syed Othman bin Syed Omar
SOthmanKelantan.jpg
Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya)

Didahului oleh Abdullah Hussain
Diganti oleh Anwar Ridhwan

Syed Othman bin Syed Omar al-Yahya (13 November 1939 - 31 Julai 2008) atau lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan merupakan salah seorang sasterawan negara Malaysia. S. Othman Kelantan telah dilahirkan pada 13 November 1939 di Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1953. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Sehingga Disember 2000, Dr. Syed Othman telah menghasilkan sebanyak 175 buah cerpen. Antara novel beliau yang terkenal ialah:

  • Angin Timur Laut (1969);
  • Juara (1976);
  • Wajah Seorang Wanita (1990); dan
  • Nagogho Astana (1997).

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia dan Cina. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1983 sebelum memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1995. Dr. Syed Othman pernah menjadi:

dengan jawatan akhirnya sebagai Profesor Madya dan Karyawan/Pensyarah Tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan. Kini beliau merupakan pensyarah di Institut Pujangga (Francais UUM) di Seri Kembangan, Selangor. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahkan S.E.A Write Award pada tahun 1990.

Biodata[sunting | sunting sumber]

S OTHMAN KELANTAN atau nama sebenarnya Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) dilahirkan pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Setelah lulus Ijazah Sarjana, S Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ATMA.

Jawatan terakhirnya yang disandang ialah Profesor Madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai karyawan tamu di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999). Kini beliau menjadi pensyarah sambilan di Pujangga Management Institute (Francais UUM).

S Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Sehingga kini S Othman telah menghasilkan lebih 182 buah cerpen. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja.

Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina.

Sebagai seorang sarjana sastera, beliau telah menghasilkan banyak buku-buku akademik yang berkaitan tentang kesusasteraan.

Selain menulis cerpen dan novel, S Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan sebanyak 364 buah esei/kritikan.

Di samping berkecimpung dalam dunia penulisan sastera, beliau turut terlibat dalam kegiatan persatuan penulis. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa).

Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam dunia kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). Ketika menerima anugerah sasterawan negara dari Yang di-Pertuan Agong, Arwah S Othman Kelantan juga telah mengkritik keras pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada ketika itu.

Beliau meninggal pada 11.45 malam 31 Julai 2008 di Hospital Serdang kerana kerumitan serangan sakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Serdang selama dua minggu akibatsakit jantung, paru-paru berair dan juga tekanan darah rendah. Jenazah beliau disimpan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bangi, Selangor.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]