Abdullah Hussain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datuk
Abdullah Hussain
Abdullah Hussain1.jpg
Datuk Abdullah Hussain

Tempoh jawatan
1996–2002
Didahului oleh Noordin Hasan
Diganti oleh S. Othman Kelantan

Datuk Abdullah Hussain (lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.


Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman, Malaysia. Abdullah terkenal memiliki banyak pengalaman dan menguasai beberapa bahasa asing.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Adiknya Tan Sri Profesor Emeritus Dato' Pendita Dr Ismail Hussein merupakan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA). Adiknya Dato' Ibrahim Hussein adalah pelukis antarabangsa dan mempunyai Ibrahim Hussein di kawasan Langkawi Geogpark.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1926-1931, beliau bersekolah di Sekolah Melayu Yan dan Sekolah Menengah St. Michael, Alor Star, Kedah (1932-1933). Pada tahun 1935, belajar di Anglo Chinese School, Alor Star, Kedah, hingga lulus darjah VII. Semasa pendudukan Jepun 1943, beliau belajar di Syonan Koa Kunrenzo (Sekolah Latihan Pegawai-Pegawai Tinggi) di Singapura selama tiga bulan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pelbagai kerja yang dilakukan demi meneruskan hidup. Kebanyakan kerjayanya berkait dengan penulisan, percetakan dan penulisan. Beliau pernah menjadi Penolong Penjaga Stor lombong bijih di Pahang (1939) ; Bahagian Penerbitan, syarikat suratkhabar Sahabat, Pulau Pinang (1939) ; Pembantu pengarang suratkhabar Saudara (1940) ; Kerani dan tukang dobi di Kem Tentera Sungai Petani, Kedah sehingga kedatangan tentera Jepun ; Wartawan suratkhabar Merdeka, Berita Indonesia dan Majalah Merdeka, Singapura (1951) ; Pengarang Majalah Bintang, Majalah Filem dan akhbar Semenanjung

Seterusnya beliau bekerja sebagai Pembantu pengarang di Franklin Book Programme dan Oxford University Press (1965 - 1968); Editor majalah Angkatan Baru (1965 - 1968) ; Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (1968 - 1978) ; Ketua Unit Bahasa dan Sastera, DBP cawangan Sabah (1978 - 1979); Ahli Cipta Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (1979 - 1981) ; Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera DBP Brunei (1982) dan Pegawai Bahasa Kanan DBP Brunei. Akhirnya beliau menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

Karya pertama terbit pada 1939, sebelum Jepun iaitu cerita lucu yang disiarkan dalam majalah Tanah Melayu.Pelbagai genre dihasilkan seperti cerpen, novel, biografi / autobiografi, terjemahan dan esei sastera.

Lebih 25 buah novel, tiga buah kumpulan cerpen, sembilan buah terjemahan , sebuah autobiografi dan enam buah biografi telah dihasilkan. Nama pena beliau ialah Zamroed, Roslani Shikin, A.A, Adiwijaya, A.H, Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda dan Suryakanta.

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dianugerahkan S.E.A Write Award di Bangkok (1981) (pemenang pertama hadiah Sayembara Novel Nasional - mengenang Pak Sako); Hadiah Pertama Novel Nasional anjuran Syarikat Utusan Malaysia dan Public Bank pada tahun 1992/94 menerusi novel Imam ; Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh pada tahun 1995 ; Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 ; Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) (1996) yang membawa gelaran Dato'.[1]

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Sebagai sasterawan, Abdullah bin Hussain telah melahirkan banyak karya berupa novel, esei, drama, terjemahan, autobiografi, biografi dan buku-buku umum, di antaranya:

Novel[sunting | sunting sumber]

  1. Dia...Kekasihku. Johor Baru: The Annies Printing Works, 1941.
  2. Kasih Isteri. Johor Baru, The Annies Printing Works, 1941.
  3. Amin Pemuda Desa. Pulau Pinang: Angkatan Baru, 1947.
  4. Berenang di Lautan Madu. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  5. Kalau Tidak Kerana Tuan. Singapura: Geliga Limited, 1957.
  6. Jangnlah Jangan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  7. Si Bulat Pemuda Desa. Diterbitkan Terang Bulan, 1964.
  8. Terjebak. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1964.
  9. Peristiwa. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  10. Rantau Selamat. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1965.
  11. Interlok. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1971.
  12. Intan. Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 1973.
  13. Noni. Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1976.
  14. Buih di Atas Air. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980.
  15. Masuk ke Dalam Cahaya. Kuala Terengganu: 1983.
  16. Imam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1995.
  17. Cerpen: Hadiah (bersama A. Bakar Hamid). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973.
  18. Jejak Langkah (bersama Ismail Ahmad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.
  19. Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama). Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1977.
  20. Kota ke Kota. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.
  21. Sebuah Impian (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1979.
  22. Tinta Pena (antologi bersama). Kuala Lumpur: PENA Sdn. Bhd., 1981.
  23. Bunga Gunung (antologi bersama). Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982.
  24. Sebuah Pekan Bernama Semporna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
  25. Menunggu Ratu Adil (antologi bersama). Kuala Lumpur: Abadi Sdn.Bhd., 1984.
  26. Dongeng Merdeka (antologi bersama). Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd., 1985.
  27. Dari Kota Cahaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1997.

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Di Atas Pentas (antologi bersama). Kuala Lumpur: Tra-tra Publishing & Trading Sdn.Bhd., 1984.

Esei/Kritik[sunting | sunting sumber]

  • Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980.

Autobiografi[sunting | sunting sumber]

  • Sebuah Perjalanan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Biografi[sunting | sunting sumber]

  1. P. Ramlee Seniman Agung. Kuala Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd., 1973.
  2. Pendeta Za’ba dalam Kenangan (bersama Khalid Hussain). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Harun Aminurrashid: Pembentuk Semangat Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.

Terjemahan[sunting | sunting sumber]

  1. Orang Tua dengan Laut (karya Ernest Hemingway). Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961.
  2. Bumi Bertuah (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1962.
  3. Mutiara (karya John Steinbeck). Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1962.
  4. Angin Timur Angin Barat (karya Pearl S. Buck). Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1964.
  5. Lorong Midaq (karya Naguib Mahfouz). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Buku-buku umum[sunting | sunting sumber]

  1. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1965.
  2. Kamus Simpulan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966.
  3. Balabatu dan Lain-lain, Kata Sembunyi. Singapura: Harmy Press, 1959.
  4. Bunga Bahasa. Singapura: Malay Publishing House Ltd., 1961.
  5. Pertemuan Sasterawan Nusantara V (bersama Mohd. Shahri Hussin). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.
  6. Canai Budi (kumpulan peribahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1997.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Novel Interlok tulisannya pada 1971 terpilih sebagai novel Komsas untuk pelajar Tingkatan 5, Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia. Masyarakat India dijuarai oleh parti MIC, Uthaya Sankar dan lain-lain mempertingkaikan kesesuaian novel itu kerana mengandungi unsur-unsur tidak tepat, mengelirukan dan menghina kaum India Malaysia yang berhijrah dari Tamil Nadu. Novel tersebut dipinda dan dibuang istilah yang tidak berkenan di kalangan masyarakat India. Akhirnya novel tersebut dibatalkan terus oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mendapat bantahan berterusan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]