Ash Nair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ash Nair
Latar belakang
Nama lahir Ashvin Kumar Nair
Berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia
Genre Alternatif
Tahun aktif 2005 — kini
Laman web Ash Nair di MySpace

Ashvin Kumar Nair, atau dikenali ramai sebagai Ash, ialah seorang pemuzik alternatif Malaysia dan bekas peserta musim kedua Malaysian Idol.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Ash julung kali diperkenalkan kepada penonton Malaysia dengan menjadi salah seorang finalis musim kedua Malaysian Idol, yang disiarkan di 8TV dan TV3 pada tahun 2005. Setelah mencapai kedudukan kelima keseluruhan dalam pertandingan ini, Ash menyertai alam rakaman muzik bersama Greg Henderson, seorang penerbit rakaman yang pernah meraih anugerah AIM dan ARIA, dengan harapan menunjukkan kebolehan kreativiti muzik beliau.

Ash Nair melancarkan irama baru beliau kepada pendengar Malaysia melalui single pertama yang bertajuk A Day Before Tomorrow yang mampu mencapai #1 di carta Xfresh FM selama beberapa minggu serta banyak diputarkan di Fly FM dan hitz.fm.

Kemudian, Ash melangkah ke hadapan dengan bekerjasama dengan Hue Visualabs untuk membentuk video muzik pertama beliau. Pembikinan video itu mengambil masa lima bulan dan hasilnya disambut baik sebagai antara video muzik buatan Malaysia yang terbaik.

Album sulung Nair, berjudul Chameleon, mengandungi sepuluh lagu, iaitu dua dalam Bahasa Malaysia dan selebihnya dalam bahasa Inggeris. Dua daripada lagu-lagu tersebut disusun oleh JD dari kumpulan Pop Shuvit dan diterbit oleh JD bersama Ash Nair. Jamie Wilson, Rudy & JD dari Pop Shuvit dan pemain sitar virtuoso Sam turut menyumbang kepada beberapa lagu.[1]

Nair melancarkan single Crazy di Fly FM dan Hitz.fm, serta versi Bahasa Malaysianya (Rindu) yang diterbit bersama rakan Malaysian Idol beliau Faizull. Video muzik untuk lagu ini menampilkan rapper MC Vandal dari Kanada, Moots! dari kumpulan Pop Shuvit, Harith Iskander, Chelsia Ng dan Vanessa Chong (adik Vince Chong dan bekas peserta The Amazing Race Asia).[2]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Nair turut menceburi bidang lakonan melalui filem bebas bertemakan noir muzikal berjudul Red Street Diner. Beliau juga terlibat dalam pementasan seperti Frogway: the Musical dan Kam...In Your Face.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Logeswary S. (2008-03-16). "Living the crazy life". The Star. Diperoleh pada 2008-05-03. 
  2. Premier of Ash Nair’s Spankin’ NEW Video - ’Crazy’

Pautan luar[sunting | sunting sumber]