BBC World News

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
BBC World
BBC World news.jpg
Tarikh pelancaran 1991
Pemilik BBC
Jumlah pemirsa Terdapat di 281 juta rumah, 1.3 juta bilik hotel, 48 kapal persiaran, 37 syarikat penerbangan dan 29 platform telefon mudah alih. 76 juta penonton seminggu (Mei 2007, [1])
Cogan kata "Putting News First"
Negara Bendera United Kingdom United Kingdom (untuk tontonan antarabangsa sahaja)
Pernah dikenali BBC World Service Television
1991 → 1995
BBC World
1995 → 2008
Saluran kembar BBC News
Laman web http://www.bbcworld.com/
Ketersediaan
Satelit
Hot Bird 6 12597 V / 27500 / 3/4
Hot Bird 7A 11334 H / 27500 / 2/3 & 11432 V / 27500 / 2/3
Astra 1KR 11597 V / 22000 / 5/6
Thor 2 11325 H / 24500 / 7/8
Bendera Itali SKY Italia Saluran 520
Bendera Poland Cyfra+ Saluran 104
Bendera Poland Cyfrowy Polsat Saluran 85
Bendera Sepanyol Digital+ Saluran 75
Bendera Kanada Bell ExpressVu Saluran 510
Bendera Kanada Starchoice Saluran 501
Bendera Malaysia Astro Saluran 512
Bendera India Tata Sky Saluran 536
Bendera Sri Lanka DialogTV Saluran 2
Bendera Thailand True Visions Saluran 72
Bendera Indonesia Astro Nusantara Saluran 32
Bendera New Zealand Sky Network Television Saluran 93
Bendera Australia SelecTV Saluran 5
Bendera Hong Kong TVB Pay Vision Saluran 62
Bendera Korea Selatan Skylife Saluran 528
Bendera Perancis CanalSat Saluran 48
Bendera Turki Digiturk Saluran 122
Bendera Filipina Dream Saluran 21
Bendera England Foxtel Digital Saluran 606
Bendera Mexico Sky Saluran 631
Bendera Afrika Selatan DStv Saluran 50
Kabel
Flag of Ireland UPC Ireland Saluran 206
Bendera Singapura StarHub digital Saluran 13
Bendera Kanada Rogers Cable Saluran 194 Digital (Saluran analog berbeza-beza mengikut kawasan setempat)
Bendera Kanada Shaw TV Salurans Vary
Flag of the United States Cablevision Saluran 104
Bendera Hong Kong now TV Saluran 320
Bendera Hong Kong Cable TV Saluran 75
Foxtel Digital Saluran 103
Bendera Filipina SkyCable Saluran 29
Bendera Filipina Global Destiny Saluran 43
OneLink Communications (San Juan, Puerto Rico) Saluran 74
Bendera New Zealand TelstraClear InHomeTV Saluran 93
Flag of the United States Verizon FiOS
Flag of the Republic of China CATV (50%) various numbers
Bendera AustraliaFoxtel Digital Saluran 606
Bendera Jerman Kabel Deutschland Saluran 838

BBC World ialah saluran televisyen berita dan hal ehwal antarabangsa BBC yang menikmati jumlah penonton terbesar di kalangan semua saluran BBC. Dahulunya dikenali sebagai BBC World Service Television, BBC World bersiaran selama 24 jam sehari dengan rancangan-rancangan termasuk buletin BBC News, dokumentari, rancangan gaya hidup dan wawancara. Pesaing global utamanya ialah CNN International, namun banyak juga syarikat penyiaran berita utama yang turut bersaing. BBC World dianggap sebagai saluran berita yang teramai penontonnya, menewaskan CNN dan Al Jazeera English.

Saluran ini dipancarkan oleh Red Bee Media dari pusat rangkaiannya di Pusat Penyiaran, sebahagian daripada BBC Media Village di White City, London barat. Segala hasil berita dipetik dari Pusat Televisyen yang berdekatan di mana BBC World mempunyai sebuah bilik berita yang berasingan daripada bahagian-bahagian BBC News yang lain. Bilik berita ini memberi output dari 0500-0030 Waktu Britain setiap hari kerja dan dari 0600-0030 setiap hujung minggu. Output berita dari 0100-0500 berasal dari studio saluran tempatan UK iaitu BBC News 24.

Meskipun studio berita BBC World menghasilkan outputnya dalam format 16:9 SDTV seiringan dengan kandungan bahagian BBC News yang lain, BBC World dipancar dalam format 4:3. Output berita diubah kepada bingkai 14:9 untuk penyiaran digital dan analog, maka terhasilnya jalur hitam di atas dan bawah skrin.

BBC World dinamakan sebagai Saluran Berita Antarabangsa Terbaik di Anugerah AIB pada bulan November 2006.[1]

[sunting] Rujukan

  1. Key Dates BBC World

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar