Bes (suara)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Bariton
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Bes (atau basso dalam bahasa Itali) ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. Menurut “Grove Music Online”, seorang penyanyi bes mempunyai lingkungan lanjutan dari sekitar F di bawah C rendah hingga ke E di atas pertengahan C ( F2–E4)[1]. Kamus muzik Harvard (Harvard Dictionary of Music) pula menyebut bahawa lingkungan suara penyanyi bes adalah dari E di bawah C rendah hingga ke C tengah ( E2–C4)[2].

Menurut buku "Singing for Dummies"', lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Menulis pengarang buku tersebut, Pamelia S. Phillips, suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Phillips juga menyatakan bahawa suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka. Menurut Phillips lagi, suara penyanyi bes ialah suara lelaki yang paling dalam, gelap dan keras[3].

Adalah menjadi satu kebiasaan untuk lelaki yang diklasifikasikan sebagai suara bes untuk bercakap dalam suara tinggi luar dari jangkaan. Kebanyakan penyanyi bes juga boleh diasuh untuk menggunakan “falseto” bagi nyanyian koir.

Kategori suara (fächer) dan peranan penyanyi bes dalam opera[sunting | sunting sumber]

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard

Di dalam muzik klasikal terutamanya opera, kriteria di bawah digunakan untuk membezakan kategori suara (fächer) dan peranan penyanyi bes:

Basso Profondo[sunting | sunting sumber]

  • Basso profondo (bahasa Itali untuk "profondo" bermaksud dalam) memberi makna "suara yang dalam". Suara ini berupaya mencapai D, C atau juga B datar di bawah klef bes, dan kerap dibezakan berdasarkan kegelapan dan timbre suara. Penyanyi koir lelaki St. Petersburg mempunyai 7 orang “bassi profondi” daripada 22 penyanyi bes yang mampu mencapai G1 dengan mudah (2 oktaf dan 4 di bawah C tengah )[4].

Basso Buffo / Bes Bel Kanto[sunting | sunting sumber]

  • Buffo (bahasa Itali bermaksud "lucu"). Penyanyi bes adalah untuk peranan lirikal tetapi memerlukan teknik koloratura yang padu. Mereka biasanya memainkan peranan penjahat atau berlawanan dengan peranan utama untuk opera-opera bel kanto.

Basso Kantante[sunting | sunting sumber]

  • Basso Kantante (bahasa Itali bermaksud "nyanyian bes")[5]. Basso kantante ialah suara yang lebih kepada lirikal.
  • Peranan:
    • Boris, Boris Godunov oleh Musorgsky[5]
    • Prince Gremin, Eugene Onegin oleh Pyotr Tchaikovsky
    • Count Rodolfo, La Sonnambula oleh Bellin[5]
    • Philip II, Don Carlos oleh Verdi[5]
    • Mephistopheles, Faust oleh Charles Gounod

Bes dramatik[sunting | sunting sumber]

Peranan bes dalam opereta[sunting | sunting sumber]

  • The Mikado of Japan (The Mikado)
  • Sergeant of Police (The Pirates of Penzance)
  • Old Adam Goodheart (Ruddigore)
  • Private Willis (Iolanthe)
  • Carpenter's mate (HMS Pinafore)

Peranan bes dalam teater muzikal[sunting | sunting sumber]

  • Audrey II (Little Shop of Horrors )
  • Caiaphas (Jesus Christ Superstar)
  • High Priests (Jesus Christ Superstar)
  • Emile de Becque (South Pacific)
  • Joe (Show Boat)
  • Judge Turpin (Sweeney Todd)
  • Major Holmes (The Secret Garden)
  • Leon Czolgosz (Assassins)
  • Mack Sennett (Mack and Mabel)
  • Old Deuteronomy (Cats)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Portal:Bes (suara) Portal Opera
Portal:Bes (suara) Portal Muzik klasikal

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

(Untuk pemahaman lanjut)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Owen Jander, Lionel Sawkins, JB Steane, Elizabeth Forbes (ed L Macy). ""Bass"". Grove Music Online. Diperoleh pada 2006-06-14. 
  2. Ranges Guide, Yale University Music Library, diambil dari Harvard Dictionary of Music
  3. Pamelia S. Phillips. ""Identifying the Fab Four of Singing Voices"". Wiley Publishing. Diperoleh pada 2007-02-18. "Bes ialah suara terendah dalan jenis suara…" 
  4. EMI Classics — Buku CD “The Male Choir of St Petersberg” — Vadim Afanasiev
  5. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 Panduan Bes

Pautan luar[sunting | sunting sumber]