Saratok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Saratok ialah sebuah pekan dan daerah di Bahagian Betong, Sarawak, Malaysia. Ia terletak di bahagian timur laut Bandaraya Kuching dan keluasannya 1,686.88 km persegi. Untuk memudahkan kawalan dan pengurusan kawasan Saratok, daerah Saratok telah dibahagikan kepada 2 daerah kecil iaitu, Daerah Kecil Roban dan Daerah Kecil Kabong. Di setiap Daerah Kecil tersebut, pejabat dan perpustakaan awam telah disediakan demi kemudahan penduduk setempat.

Daerah Saratok kaya dengan ladang-ladang dan kebun-kebun kelapa sawit. Kelapa sawit telah membawa sumbangan yang besar kepada pembangunan daerah Saratok serta telah meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar daerah Saratok. Jumlah penduduk di daerah ini ialah sebanyak 37,918 orang iaitu Saratok (21,100 orang), Kabong (10,091 orang) dan Roban (6,728 orang) dan penduduk- penduduk di kawasan Saratok dan Roban kebanyakannya terdiri daripada petani, manakala di Daerah Kecil Kabong, kebanyakan penduduk adalah nelayan dan petani

Pautan luar[sunting | sunting sumber]