Chenderong Balai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chenderong Balai merupakan suatu kawasan di dalam daerah Hilir Perak, Negeri Perak. Dari segi pentadbiran, ia terletak di dalam kawasan DUN Sungai Manik , Parlimen Pasir Salak . ADUN bagi kawasan ini ialah YB Dato' Zainol Fadzi Bin Paharudin.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1940-an, perancangan pertama kawasan ini ialah pembukaan tanah bendang atau sawah padi secara besar-besaran yang dikenali dengan nama Bendang D.O . DO bermaksud pegawai daerah keturunan British yang mentadbir di Teluk Intan ketika itu. Masyarakat petani dari tepi Sungai Perak dan utara Semenanjung Malaysia iaitu (Pulau Pinang, Perlis dan Kedah) dibenarkan datang untuk membuka kawasan persawahan seluas 2 hektar setiap keluarga. Mereka diberi bantuan percuma pengangkutan dan peralatan untuk membina tempat tinggal sementara. Selepas merdeka, kawasan ini dimajukan dengan sistem perparitan dan termasuk dalam kawasan pengairan Trans Kerian - Sungai Manik.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

  • Tuan Haji Hassan Basri Bin Khir (Ketua Kampung)
  • En Zainol Fadzi Bin Paharudin (ADUN Sungai Manik)
  • Tuan Haji Dzulhailee L Akbar Bin Datuk Haji Dom Ami (Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak)

Geografi[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, Chenderong Balai terbahagi kepada dua iaitu berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah dan berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban.

Jalan raya selalu lekuk-lekak kerana jalan raya ini melalui kawasan sawah padi di mana tanahnya agak lembut. Asalnya jalan raya dibina dengan mengorek parit di kiri dan kanan jalan raya. Parit di kiri dan kanan jalan raya sentiasa penuh dengan air dan menyebabkan tanah jalan raya menjadi lembik dan kembang. Dari semasa ke semasa jalan raya perlu ditar semula untuk meratakannya. Hal ini adalah fenomena biasa di kawasan sawah padi seperti di Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

Antara penempatan/kampung yang terdapat di Chenderong Balai:

  • Pekan Chenderong Balai
  • Simpang Empat Balai Polis
  • Redang Punggor
  • Kampung Belt / S.C. Belt
  • Pekan Rabu
  • Parit 1-11 7/L
  • Parit 1-11 6/R
  • Pengkalan Daun
  • Pengkalan Ara


Chenderong Balai banyak mempunyai parit atau tali air atau terusan untuk pengairan sawah padi. Oleh itu petempatan penduduk biasanya mengikut barisan parit ini iaitu pola pertempatan berjajar.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

95 % penduduk adalah orang Melayu dan mereka terlibat dalam aktiviti bersawah padi serta penanaman kelapa sawit. Tanaman lain termasuklah mempelam, cempedak, pisang dan rambutan serta durian. Tahun 2003, harga durian Chenderong Balai hanya 35 sen sebiji. Tapi kini selepas tahun 2006 harga durian kawasan Chenderong Balai kembali keparas yang memuaskan sehingga RM2.00 untuk setiap kilogram.Namun,pada tahun 2022,penurunan nilai mata wang telah menyebabkan peningkatan ekonomi di Malaysia.Maka,sebiji durian telah dijual pada harga RM 20.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Penghulu
  • Balai Polis
  • Pejabat Pos
  • Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Sungai Manik
  • Pusat Dalam Komuniti(PDK) Labu Kubong
  • Pusat Latihan Pertanian Degong
  • Klinik Kesihatan
  • Dewan
  • Sekolah
  • Pejabat Pertanian
  • Pejabat Perladangan
  • Masjid & Surau
  • Pusat ICT (Kedai.Kom)
  • Taman Permainan

Senarai masjid[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Al-A'la Kunci Air Besar, Degong
  • Masjid Al-Ansar Parit 2/7l Labu Kubong
  • Masjid Al-Hidayah Kampung Permatang Pelanduk
  • Masjid Al-huda Parit 1/6l Labu Kubong
  • Masjid Ar-Rahmaniah Parit 9/6r Labu Kubong
  • Masjid Jamek Parit 4/7r Parit 4/7r Labu Kubong
  • Masjid Jamek Simpang 4 (balai polis) Simpang 4 Labu Kubong
  • Masjid Kampung Redang Punggor
  • Masjid Pekan Rabu Kampung Pekan Rabu
  • Masjid Az-Zahir Kampung Permatang
  • Surau Tali Air 6 Kampung Belt

Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Kebangsaan Dato' Yahya Subban
  • Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik
  • Sekolah Kebangsaan Permatang

Pusat Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Kesihatan Kecil Chenderong Balai

Pejabat Pos[sunting | sunting sumber]

  • Pos Malaysia, Chenderong Balai

Tokoh[sunting | sunting sumber]

  • Profesor Ahmad Atory Hussein, pensyarah sejarah UKM dan UUM
  • Tan Sri Norian Mai, Ketua Polis Negara
  • Dato'Hj Daman Huri Bin Haji Hussain - TKSU Kem Sumber Manusia
  • Dom Ami bin Hussain - Aktivis sukan di Malaysia
  • Hasbullah Awang pengulas dan pengacara televisyen
  • Tuan Haji Dzulhailee L' Akbar Bin Datuk Haji Dom Ami - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak.
  • Kolonel Profesor Madya Dr Burhanuddin Jalal - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia