Kerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerian
Perak Darul Ridzuan

كرين، ڤراق در ال رضوان
Mohor  bagi KerianPerak Darul Ridzuan
Mohor
Moto: Bersatu membawa kemakmuran
Negara Malaysia Malaysia
Negeri Negeri Perak Perak
Ditubuh dan diwartakan 1 September 1979
Kerajaan
 - Yang di-Pertua MD Kerian Yang Berbahagia Encik Khairul Amir b. Mohamad Zubir
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 120, 192 [1]
Zon masa MST (UTC+8)
Laman web: http://www.mdkerian.gov.my

Kerian merupakan daerah pentadbiran di negeri Perak, Malaysia.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka.

Tarikan pelawat[sunting | sunting sumber]

Bukit Merah Laketown Resort[sunting | sunting sumber]

Melalui Lebuhraya Utara-Selatan iaitu ke persimpangan tol Bukit Merah mengambil masa 35 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan lebih kurang 1 jam dari bandaraya Ipoh. Melalui Jalan Persekutuan 1 iaitu ke Bukit Merah Lake Town dari Pulau Pinang perlu melalui Jalan Kerian dan Jalan Kubu Gajah yang mengambil masa 75 minit dari Jambatan Pulau Pinang. Melalui Jalan Persekutuan 1 dari Taiping pula melalui Jalan Kerian dan Kubu Gajah yang mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Antara kemudahan rekreasi yang didapati di sini adalah :-

  • Taman Tema Air atau "Water Theme Park"
  • Orang Utan Island
  • Taman Eco-Park
  • Tempat penginapan seperti Lake Town Inn.

Pinggiran Sungai Kerian[sunting | sunting sumber]

Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Di pinggiran Sungai Kerian terdapat banyak kemudahan riadah dan rekreasi. Pesta air menjadi acara tahunan di sini.

Kuala Gula Bird Sanctuary[sunting | sunting sumber]

Kuala Gula merupakan kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam Daerah Kerian. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri dari hutan paya bakau seperti pokok Api-Api "Avicennia spp" dan pokok Bakau "Rhizopora spp". Kuala Gula juga merupakan kawasan persinggahan pelbagai spesis burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia. Burung-burung tersebut mula singgah di sini di antara bulan Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesis burung terdapat di sini pada masa tertentu. Di antara spesis burung yang menarik adalah Burung Upih "Mycteria Cinerea" dan Burung Botak Kecil " Leptopilos Javanicus" yang datang dari kepulauan Siberia. Selain itu, Burung Camar Putih, Burung Tukang Kubur dan spesis haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini. Disini terdapat kemudahan penginapan (chalet).

Pantai Ban Pecah[sunting | sunting sumber]

Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu bagi kegiatan memancing di daerah Kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan laut antaranya ialah 'kari sembilang merah'. Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.

Ladang Arowana[sunting | sunting sumber]

Air dari kolam Bukit Merah, Kerian, Perak sesuai bagi Ikan Arowana membiak. Arawona (juga dikenali sebagai Kelisa) merupakan spesis ikan hiasan yang paling mahal di dunia dan harganya boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit seekor. Disebabkan oleh nilai komersilnya maka Arowana telah diternak secara besar-besaran di kawasan Bukit Merah. Pelawat boleh datang sendiri untuk melihat bagaimana industri akuakultur ini yang sangat berkembang pesat atau ingin menyertai industri yang sungguh lumayan ini.

Galeri Banjar[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian juga merupakan daerah yang mempunyai masyarakat banjar yang ramai di Malaysia. Galeri Banjar telah dibangunkan pada tahun 2011. Galeri ini terletak di Bagan Serai atau Jalan Banjar (Parit Buntar-Bagan Serai).

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai).

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN".

Muka bumi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka.Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut.

Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah.Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau , Kuala Kurau, Tanjung Piandang , Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan.

Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung - burung yang berhijrah dari negara atas angin.

Pentadbiran daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian dibahagikan kepada lapan buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ia terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung.

Daerah Kerian mempunyai 7 mukim utama iaitu Mukim Parit Buntar, Mukim Tanjung Piandang, Mukim Bagan Tiang, Mukim Kuala Kurau, Mukim Bagan Serai, Mukim Semanggol, Mukim Beriah dan Mukim Selinsing.

Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar.Daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian (MDK) yang mana pejabatnya terletak di Parit Buntar.

Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol, Pekan Tanjung Piandang dan Pekan Kuala Kurau.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Bagan Serai
  2. Mukim Bagan Tiang
  3. Mukim Beriah
  4. Mukim Gunong Semanggol
  5. Mukim Kuala Kurau
  6. Mukim Parit Buntar
  7. Mukim Selinsing
  8. Mukim Tanjong Piandang
  9. Bandar Bagan Serai
  10. Bandar Kuala Kurau
  11. Bandar Parit Buntar
  12. Pekan Bukit Merah
  13. Pekan Jalan Baru
  14. Pekan Simpang Empat
  15. Pekan Simpang Lima
  16. Pekan Sungai Gedong
  17. Pekan Tanjong Piandang

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Mengikut laporan 'Banci Penduduk dan Perumahan 1991', jumlah penduduk Daerah Kerian ialah 148,575 orang. Pecahan mengikut jantina, 72,666 orang lelaki (48.09%) dan 75,909 orang perempuan (51.01%). Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4 setahun.

Masyarakat Banjar[sunting | sunting sumber]

Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup.

Ikhwanul Muslimin[sunting | sunting sumber]

Disinilah tempat di mana penubuhan Persatuan Ikhwanul Muslimin yang disifatkan oleh Penjajah British sebagai Penderhaka kerana tindakan kesatuan berkenaan menentang dasar penjajah British. Kumpulan berkenaan dianggap oleh British sebagai Musuh dari Gunung yang merujuk kepada penubuhan Persatuan berkenaan di Gunung Semanggol, akan tetapi persatuan ini akhirnya telah diharamkan oleh pihak Inggeris.

Walaupun mereka dianggap sebagai tokoh yang telah mengambil peranan awal untuk menubuhkan PAS, tetapi yang berusaha mengadakan perjumpaan menubuhkan PAS ialah bekas pemimpin Hizbul Muslimin dari Gunung Semanggol, Perak. Antaranya ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir . Paling mutakhir pemimpin PAS yang berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N9 kawasan Gunung Semanggol adalah Sabran bin Haji Asmawi yang memenangi kerusi DUN pada pilihanraya umum tahun 1999M.

Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah telah menamakan sekolah sedia ada sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar al Baqir sempena nama Ustaz Abu Bakar Al Baqir , seorang negarawan yang terkenal khususnya di kawasan Perak Utara. Beliau merupakan seorang ulama dan nasionalis yang banyak menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara khususnya melalui penubuhan Maahad Al-Ehya Al Shariff , Gunung Semanggol.

Rujukan[sunting | sunting sumber]