Tanjung Karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah mukim dan pekan penanaman padi yang terletak di utara negeri Selangor Darul Ehsan. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri Kedah. Pekan Tanjung Karang dibahagikan oleh Sungai Tengi di tengah-tengah dan dihubungkan dengan jambatan. Penduduk minoriti Cina tinggal di bandar dan kawasan sebelah laut (Bagan), manakala kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi. Antara mukim lain di Kuala Selangor ialah Api-api, Batang Berjuntai, Ijok, Kuala Selangor, Jeram, Pasangan, Ujong Permatang, dan Ulu Tinggi.

Bangkenal[sunting | sunting sumber]

Terusan Bangkenal

Terdapat sebuah terusan besar yang bermula dari Tanjung Karang yang bersilang dengan Sungai Tengi menggunakan kunci air. Terusan itu berakhir di daerah Sabak Bernam. Ia mula-mula dibina ketika zaman penjajah dan sering dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai 'Bangkenal' yang diambil dari perkataan asal 'Ban Canal'. Tujuan utama pembinaan terusan ialah untuk membekalkan air yang cukup bagi mengairi tanaman padi, ia juga digunakan oleh syarikat bekalan air untuk memproses dan membekal air yang telah dirawat selain turut dijadikan tempat penternakan ikan air tawar oleh penduduk kampung. Pada satu ketika dulu, terusan itu pernah terlibat dalam aktiviti-aktiviti pembalakan. Ia digunakan untuk menghayutkan balak yang telah ditebang menuju ke 'Headworks' di mana kerja-kerja pungutan dilakukan di situ sebelum diangkut menggunakan lori. Terdapat mitos dari orang tua yang mendakwa terdapat ular gergasi di sebuah lubang dalam tanah dijumpai semasa proses pengorekkan terusan ini dahulu. Ia membawa kepada pemberhentian kerja-kerja pembinaan terusan ini di Seri Tiram.

Bangunan bersejarah[sunting | sunting sumber]

Kesan tinggalan kilang gula di Sungai Kajang

Terdapat sebuah bangunan lama yang bersejarah yang dibiarkan tanpa penjagaan oleh mana-mana pihak yang terletak di Kg Sungai Kajang. Adalah dipercayai bahawa bangunan itu pada satu-satu masa adalah loji pemprosesan gula nipah dan dibina di zaman penjajah. Pada perang dunia kedua, ada pendapat yang mengatakan kilang ini telah ditawan dan digunakan sebagai pangkalan tentera Jepun. Terdapat beberapa kesan kerosakan akibat pertempuran yang masih boleh dilihat sehingga kini. Hari ini, hanya sebahagian kecil daripada struktur masih dikekalkan manakala hampir seluruh loji telahpun musnah, sama ada disebabkan oleh pertanian atau pembangunan.

Orang terkenal[sunting | sunting sumber]

Pengambaran drama Nur Kasih[sunting | sunting sumber]

Baru-baru ini, Tanjung Karang diketahui orang ramai selepas sebuah drama bersiri popular TV3 Nur Kasih, melakukan penggambaran di sini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]