Citrawarna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Citrawarna adalah program promosi pelancongan yang memperagakan kebudayaan, pakaian , tarian dan nyanyian rakyat Malaysia. Citrawarna dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPKM) dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pelbagai pihak lain. Program Citrawarna diadakan di Dataran Merdeka setiap tahun pada bulan Mei setiap tahun, sebelum cuti pertengahan tahun. Hotel-hotel dan restoran akan mengadakan majlis tersendiri seperti masakan tempatan dengan citarasa mengikut negeri.


Program ini menyamai perarakan Rosa Pasadena , Amerika Syarikat dan banyak tempat lain di dunia. Setiap tahun ada tema yang tersendiri. Sejak 1999, program pelancongan bertema kebudayaan ini diadakkan bagi membuktikan bahawa Malaysia adalah destinasi pelancongan warna-warni.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini Citrawarna dinamakan sebagai 'Pesta Malaysia'. KKKPM telah mnganjurkan Pesta Malaysia sejak 1987, Pesta Makanan dan Buah-buahan (1988), Tahun Melawat Malaysia Pertama (1990), Pesta Malaysia (iaitu semasa Tahun Melawat Malaysia Kedua pada 1994), Citrawarna Malaysia bersama “Malaysia Truly Asia” (1999), Kempen Pelancongan domestik (Cuti-Cuti Malaysia) 1999, Pesta Air Nasional (2000) dan Rumah Terbuka Malaysia (2001).

Dianggarkan penganjuran Citrawarna Malaysia, Pesta Air dan Rumah Terbuka Malaysia menelan belanja antara RM1 juta hingga RM3 juta. Misalnya, Utusan Malaysia (3 Oktober 1999) melaporkan sebanyak RM3 juta wang awam dibelanjakan untuk menganjurkan Citrawarna Malaysia pada tahun 1999. Sesetengah pesta itu menelan belanja lebih besar daripada angka tersebut.

Pesta kebudayaan yang pertama di peringkat nasional boleh ditandai oleh penganjuran Pesta Seni Kebudayaan pada tahun 1956 di Kuala Lumpur.Hampir 200,000 penonton hadir. Pesta ini diusahakan Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Acara yang dipersembahkan ketika itu ialah Tarian Zapin, Ronggeng ,Tarian Asyik, Makyong dan Tarian Mak Inang (Sheppard :1972: 93).[1]

Citrawarna 1999[sunting | sunting sumber]

Program Citrawarna 1999 diadakan di Dataran Merdeka. Utusan Malaysia (3 Oktober 1999) melaporkan sebanyak RM3 juta wang awam dibelanjakan untuk menganjurkan Citrawarna Malaysia 1999 ini.

Citrawarna 2005[sunting | sunting sumber]

Citrawarna 2005 dihadiri 20,000 warga tempatan dan asing di Stadium Merdeka. Buat pertama kalinya, pihak penganjur mengenakan bayaran tiket berharga RM15, RM10 dan RM5 untuk menyaksikan majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persembahan kali ini digambarkan mengikut rentetan sejarah kedatangan pelbagai kaum ke Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pelabuhan Melaka yang sememangnya sibuk kepada pedagang-pedagang asing menjadi pintu masuk kaum India dan Cina ke negara ini.Kumpulan kebudayaan dari negara Indonesia, Filipina, India, Republik Korea Selatan, Thailand dan China turut menampilkan kebudayaan mereka.

Citrawarna 2008[sunting | sunting sumber]

Citrawarna 2008 diadakan di Dataran Perdana, Persiaran Putrajaya, Putrajaya.

Citrawarna 2009[sunting | sunting sumber]

Program Citrawarna 2009 diadakan di lokasi sama iaitu di Dataran Merdeka . Menteri Pelancongan , Dato’ Azalina Othman Said dan Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menyaksikan ribuan peserta tarian kebudayaan.Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib turut hadir.Kali ini berkonsepkan 'Malaysia Truly Asia' dengan tema 'Malaysia Welcomes the World'.[2]

Kira-kira 5000 pengunjung menyaksikan persembahan daripada Adibah Noor, Camelia, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk David Arumugam dan lain-lain. Tahun ini turut diadakan Pesta Air, KL GP Couture and Cuisine Festival, One World One Fashion, Malaysia Ethnic Cuisine dan Malaysia Heritage Cuisine.

Citrawarna 2010[sunting | sunting sumber]

Perarakan Citrawarna 2010 sepanjang 1.5 km diadakan di Dataran Merdeka menuju Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan dan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Lebuh Ampang, Lebuh Pasar, Jalan Tun Perak turut terlibat. Seramai 6000 peserta terlibat menjayakan perarakan ini dan menjayakan 'Dikir Barat Mega'. Tetamu diraja ialah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Sabtu , 22 Mei 2010. Datuk Seri Ng Yen Yen selaku Menteri Pelancongan Malaysia gembira dengan kelancaran program ini.

Persembahan bermula dengan paluan gendang-gendang dari etnik pelbagai kaum di Malaysia. Segmen tersebut dinamakan “Gegaran Gendang 1Malaysia”. Ada 10 jidor, 20 gendang Cina, 20 gendang India, 10 gendang Sarawak, 10 gendang Sabah, 10 rebana ubi, dan 20 buah kompang. Ia diikuti nyanyian lagu Citrawarna Malaysia oleh Zarina, Karen Tan,Bob , Winnie Kok dan Cogie.


Citrawarna 2011[sunting | sunting sumber]

Citrawarna 2011 diadakan di tempat yang sama iaitu di Dataran Merdeka pada hari Sabtu malam, 21 Mei 2011. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen menyatakan kira-kira 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara hadir. Perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Seramai 5,000 peserta berbilang kaum mengambil bahagian. Perarakan sepanjang 1.5 kilometer oleh kanak-kanak sekolah dan sebahagian orang awam yang menuju ke Jalan Raja Laut dengan memakai pelbagai pakaian berwarna-warni.Pelbagai produk tempatan, makanan, kesenian dan tempat-tempat menarik di dalam negara turut dipamerkan. Antara artis yang mengambil bahagian ialah Datuk Khadijah Ibrahim, Nash, Zamani Slam, Ifa Raziah, Farhan AF, Amylea AF dan Caren Tan.

Citrawarna 2011 terbahagi kepada 6 segmen iaitu Parks and Garden, Sport Tourism, Seni Kontemporari, Makanan, Buah-Buahan dan Destinasi Beli-Belah, Eco Tourism dan IMalaysia Green 1Malaysia Clean.Masyarakat Melayu dengan persembahan Samrah, Orang Asli (Sewang), Cina (Tarian Singa dan Tanglung), India (Patung) dan Siam (Ram Vong). Malam itu diakhiri dengan 'Persembahan Joget IMalaysia'.[3][4]

Sektor pelancongan menyumbang RM60 bilion kepada pendapatan ekonomi negara berbanding RM56.4 bilion pada tahun 2010 berikutan kedatangan pelancong asing dan tempatan sepanjang minggu Citrawarna. Media aasing dari Hong Kong, Thailand, China, Korea, Singapura dan Filipina turut membuat liputan. [5]

Citrawarna 2012[sunting | sunting sumber]

Citrawarna 2012 diadakan pada hari Sabtu malam, 19 Mei 2012 dan raptai diadakan pada hari Khamis, 17 Mei 2012. Perarakan dari sekitar Tasik Perdana menuju ke hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan terus ke Jalan Tunku Rahman.


Bagi memastikan kelancaran program citrawarna, beberapa jalan telah ditutup. Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan bahawa jalan yang ditutup ialah Jalan Hishamuddin (dari arah bulatan Hishamuddin), Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan, persimpangan Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Kasturi; Persimpangan Jalan Medan Pasar/Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk Onn (arah ke Jalan Tun Perak), Jalan Raja Laut, Jalan Isfahan, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Dang Wangi, persimpangan Jalan Dang Wangi/Jalan Munshi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kawasan Dataran Merdeka. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]