Counter-Strike di e-sukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Counter-Strike
Pasukan e-sukan, Luminosity Gaming sedang menghadapi Natus Vincere pada acara MLG Columbus 2016
Badan induk tertinggiValve
Pertama kali dimainkan2000
Ciri-ciri
JenisPermainan video, E-sukan
PeralatanKomputer, mouse, papan kekunci, fon kepala


Perlawanan Counter-Strike Profesional (ڤى رلاوانان چونتى ر ستريکى ڤروفى سيونال) melibatkan pemain sukan elektronik profesional yang bersaing dalam siri permainan penembak orang pertama (POP) Counter-Strike. Permainan asal daripada francais ini sebenarnya mod bagi siri half-life yang dibangunkan pada tahun 1998, oleh Minh "Gooseman" Le dan Jess Cliffe. Pada tahun 1999, Valve menerbitkan counter-strike sebagai permainan video POP sendiri. Sehingga kini, siri counter-strike yang telah dimainkan pada kejohanan besar termasuk: Counter-Strike (CS juga dipanggil CS 1.6), Counter-Strike: Condition Zero (CS:CZ), Counter-Strike: Source (CS:S), Counter-Strike Online (CSO) Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO). Kejohanan e-sukan besar bagi francais ini bermula pada tahun 2001 dengan Kejohanan Musim Sejuk Liga Profesional Cyberathlete, yang dimenangi oleh Ninjas in Pyjamas, pasukan e-sukan dari Sweden.[1] [2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dari sebuah mod sehingga francais yang berjaya memejalkan peringkat sebagai salah satu POP paling popular dan berpengaruh, sudah lebih daripada 2 dekad Counter-Strike menubuhkan kejohanan mereka bermula daripada siri Counter-Strike pertama. Kejohanan bagi versi game awal telah wujud pada tahun 2000, tetapi kejohanan profesional elektronik baru dimulai setahun selepasnya di Dallas, Texas menyertai Liga Profesional Cyberathlete (LPC) Musim Sejuk. Kejohanan itu dimenangkan oleh Ninjas in Pyjamas dari Sweden dengan hadiah yang ada senilai $150,000 dan menjadi "Mejar".[1] Kemas kini terakhir bagi siri yang pertama ialah versi 1.6 pada tahun 2003, dan permainan video yang pertama dikenali juga oleh khalayak awam sebagai Counter-Strike 1.6 ("CS 1.6").

Kejohanan LPC Counter-Strike pada musim sejuk 2001

Pada 2002, World Cyber Games menjadi penaja utama bagi kejohanan Counter-Strike, selepas kejuaraan itu siri ini masuk dalam senarai permainan video yang diperlawankan pada Piala Dunia Sukan Elektronik pada tahun 2003. Kejohanan-kejohanan ini, bersama dengan LPC musim panas dan sejuk, ialah muka kejohanan Mejar CS 1.6 sehingga 2007. Pada tahun 2008 LPC bersurai dan counter strike berpindah ke liga lain, ESL, bagi jadual Intel Extreme Masters mereka. Kejohanan itu tetap berlaku sehingga empat tahun kemudian.[1] Tahun 2002-07 dianggap sebagai masa kejayaan Counter-Strike, pada masa itu, kepopularan dan pasar penjualan bahkan sampai menewaskan permainan video dari genre lain dalam industri e-sukan.[perlu rujukan]

Valve menghadapi cabaran ketika hendak memperbaharui CS 1.6 ke versi kemas kini yang berikutnya keterbatasan software yang dimiliki stidip pads masa. Counter-Strike yang terbit pada konsol Xbox juga kurang berjaya apabila dibanding dengan siri POP lain seperti Halo dan Call of Duty. Sekuel rasmi pertama, Counter-Strike: Source (CS:S), dikeluarkan pada November 1, 2004. Sekuel itu mendapat banyak hinaan daripada pelbagai komuniti permainan video, mereka merasa bahawa sekuel itu justru pembaharuan terbalik CS 1.6. Sebab pertengkaran hebat di antara pemain mengenai kedua tajuk POP itu,[3] Valve sebagai pembangun francais dan penaja, menyarankan kepada penaja kejohanan agar yang dimainkan pada kejuaraan selanjurnya ialah CS:S sahaja. Masalah terus berlanjut ketika sebahagian besar pemain video profesional menolak bermain dalam acara dan menukar siri permainan mereka.[perlu rujukan]

Kepopularan Counter-Strike sebagai Raja E-sukan semakin malap mendekati akhir dekad 2000an sehingga ke awal 2010an. Pada masa itu muncul siri francais multi-pemain baharu yang mengikuti gaya permainan counter-strike di beberapa serantau misal Point Blank (popular di beberapa Negara Asia Tenggara) dan kemunculan permainan MOBA yang mulai menarik minat pasar. Valve kemudian menerbitkan tajuk yang paling disenangi oleh pemain baharu maupun lama siri counter-strike, Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO) pada tahun 2012.

Penerbitan tajuk itu seakan memulakan sebuah era baharu bagi e-sukan POP. Pada awalnya CS:GO juga mendapat kritik tajam sebab permainan yang membosankan dan serangga. Tetapi beberapa bulan selepasnya, Valve mendengar keluhan daripada pemain-pemain dan mengemas semula permainan. Pelbagai khidmatan penstriman besar seperti UStream, Justin.tv dan Twitch menumbuhkan semula pengaruh kejohanan Counter-Strike yang hampir hilang. Pada 16 September, 2013, Valve mengisytiharkan hadiah sebesar US$250,000 bagi Kejohanan Mejar CS:GO yang pertama; ditaja melalui keuntungan pembaharuan "Arms Deal". Versi terbaharu itu memungkinkan pemain membeli kostum berwarna-warni. Valve juga mengisytiharkan mejar mereka akan diadakan di Sweden sederum dengan acara DreamHack Winter 2013.[1] Mejar pada 2013, ialah kejohanan yang istimewa bagi francais counter-strike.

Pada Oktober 2015, beberapa pasukan e-sukan profesional membina pakatan yang mengharuskan pasukan-pasukan ini mesti menyertai Counter-Strike kejohanan selanjutnya. Alexander Kokhanovsky, sebagai CEO Natus Vincere menyampaikan pengumuman melalui emel yang disampaikan kepada pihak pengacara organisasi e-sukan. Pasukan yang menjadi bahagian daripada pakatan pekerja itu ialah: Natus Vincere, Team Liquid, Counter Logic Gaming, Cloud9, Virtus.pro, Team SoloMid, Fnatic, Ninjas in Pyjamas, Titan and Team EnVyUs.

Salah satu syarat daripada kontrak pakatan bagi masing-masing pasukan ialah bahawa jikalau hadiah kejohanan Counter-Strike: Global Offensive nanti kurang daripada $75,000, maka semua pasukan akan hengkang dari perlawanan.[4] Pada 2016, Persekutuan E-sukan Dunia (WESA/World E-Sports Association) ditubuhkan oleh ESL dengan sokongan pelbagai pasukan e-sport: Fnatic, Natus Vincere, Team EnVyUs and FaZe Clan,[5] tetapi FaZe Clan memutuskan keluar selepas penubuhan liga.[6] Dalam perisytiharannya, pihak WESA menegaskan bahawa, "kami dibina bagi meningkatkan kualiti e-sukan profesional dengan mengasaskan penglibatan pemain yang lebih baik, tetapan standar dan perkongsian pendapatan bagi pasukan-pasukan". Dalam forum itu mereka juga merancang tidak akan melupakan penyokong dan pihak organisasi yang menaja kejohanan dengan mengatakan "kita mesti mengasas jadual perlawanan yang memudahkan bagi semua orang".[5]

Keputusan dalam tubuh Valve mempunyai pengaruh kuat dalam permainan meta. Pelbagai pemilihan keputusan seperti memadam peta lama dan menambah peta baharu sering mendapat kritik, terdapat juga beberapa ubah suai kepada performa senjata. Pada 2016, Valve mendapat "kritik tajam" kerana memadam peta yang popular Inferno dan menukar kepada Nukepada kejohanan.[7][8] Versi CS 1.6 pada 2003 menurunkan kuasa senjata RPT favorit pemain AWP dengan menambah masa bagi menembakmya. Hal ini tentu menambah sulit pemain bagi menembak musuh dalam pertarungan terutama jika musuh yang menyerang pemain itu dalam perlawanan dengan jumlah yang lebih ramai. Masalah AWP kembali mendapat kritik tajam pada 2015 selepas mendapat penurunan kuasa. Pergerakan Pemain yang memakai AWP akan menjadi lebih lambat dan pengisian peluru juga terpengaruh. Valve juga mulai mengaplikasikan tetapan baharu bagi jurulatih agar menghalau percakapan jurulatih dan pemain saat dalam pusingan perlawanan; selepas 15-tahun tidak pernah berubah, waktu bagi setiap perlawanan dan waktu meledaknya bom bertambah lama pada tahun yang sama dengan penurunan kuasa AWP.[9]

Setakat 2014, 25 salinan permainan video Counter-Strike telah terjual. Komuniti penyokong francais ini bertambah kuat selepas pengeluaran CS:GO, dan pada Mac 2023 menurut perhitungan, angka pemain yang memainkan salah satu siri francais ini melampaui 1,4 juta. Rekod pemain setiap hari francais ini ialah 1.3 juta pada 2020 ketika Pandemik COVID-19 memaksa masyarakat berdiam di rumah.[10][2][11]

Tetapan Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Kejohanan Counter-Strike dapat diadakan oleh mana-mana organisasi yang besar, sebab bagi e-sukan siri ini maupun e-sukan lain belum mempunyai persekutuan yang mengikat (contoh FIFA dalam sukan bola sepak). Kejohanan Mejar, penajanya ialah Valve dan diadakan oleh pengacara yang berbeza dua kali dalam setahun. Mejar merupakan kejohanan paling berpengaruh dan popular, meskipun belum tentu hadiahnya sepadan dengan kepopularannya.[12][13] Selain daripada Valve, kejohanan besar lain diadakan oleh ESL, seperti Intel Extreme Masters dan Liga Profesional ESL, dan oleh BLAST, seperti Siri Perdana BLAST. Kejohanan yang kurang terkenal biasanya merupakan syarat jika satu pasukan ingin menyertai kejohanan yang lebih mahsyur.[14][12]

Senarai peringkat pasukan diterbitkan oleh HLTV dan ESL, yang mengguna pelbagai penilaian bagi pemilihan pasukan terbaik dalam kejohanan terbaharu. Peringkat yang dibuat itu diguna beberapa pengacara bagi mengajak pasukan e-sukan menyertai kejohanan, sesuai dengan peringkat masing-masing. Pada akhir 2023, Valve menegaskan bahawa mulai 2025, hanya senarai peringkat Valve sahaja yang boleh mengajak sesebuah pasukan ke dalam kejohanan, baik Mejar maupun "acara besar" dengan penaja lain.

Tayangan Media[sunting | sunting sumber]

Sejak 2016, francais ini mula menjujut perhatian beberapa syarikat penayangan dan khidmat strim, termasuk WME/IMG, Turner Broadcasting , dan TBS menayangkan perlawanan CS:GO dalam siaran televisyen, pada peringkat kelayakan ELEAGUE Major 2017.[15] Pada 22 Ogos, 2018, Turner mengisytiharkan bahawa mereka akan terus menayangkan perlawanan CS:GO; TBS pada tahun yang sama menayangkan program bertajuk, ELEAGUE CS:GO Premier 2018's docuseries yang menyiarkan serlah daripada kejohanan itu.[16] Pada 2019 saluran televisyen Denmark, stesyen TV 2 mendapat hak siar bagi menayangkan semasa kejohanan Liga Profesional ESL dan Litar Profesional ESL Dreamhack dengan alih suara dalam bahasa Denmark.[17] Pada 2023, TV 2 menghentikan penayangan TV Counter Strike setakat 2024 dan selepasnya. Pengerusi stesyen itu mengatakan bahawa, menayangkan siri counter-strike di TV sama sahaja dengan membazirkan wang, apalagi banyak kanak muda yang lebih memilih melihat perlawanan semasa permainan itu di Twitch atau YouTube. Salah satu sebab lainnya ialah kepopularan francais yang turun tajam akibat pasukan e-sukan Denmark Astralis yang selalu gagal menembusi liga kejohanan sehingga banyak daripada pemain dan penyokong yang merasa kecewa, berpindah ke siri permainan POP lain.[18]

Isu Negatif dalam Perlawanan Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Tipu-Menipu di Permainan Semasa[sunting | sunting sumber]

Valve akan menghukum siapa saja yang mengguna tipuan, pemain awam ataupun profesional. Tipu muslihat yang paling lazim digalakkan pemain ketika pusingan sedang berjalan, ialah dengan menggodam pelayan internet menggunakan software khusus. Cara tipuan ini telah menjadi masalah sepanjang sejarah francais. Sebuah software khusus dibina hanya bagi menghalau tipuan dari pemain, software ini bernama Valve Anti-Cheat (VAC). VAC merupakan sistem pengkomputan yang terasas bagi memeriksa software asing dalam fail permainan. Jikalau seorang pemain bersambung ke pelayan komputer yang telah terasas dengan sistem VAC, kemudian software itu mensyaki mana-mana fail yang meragukan maka pemain ini akan didepak keluar dari permain, kemudian diberi hukuman sesuai dengan status, perlawanan apa, maupun tingkat kekecohan kepada pemain lain akibat tipu muslihat itu.[19] Pemain profesional memiliki pelayan sendiri yang menyertai kejohanan liga seperti ESEA atau Faceit, tentu sahaja liga e-sukan mempunyai software anti-menipu.[20]

Pemain profesional pertama yang tertangkap melakukan tipuan semasa perlawanan ialah Linus "b0bbzki" Lundqvist. Pemain profesional Coubter-Strike paling popular yang tertangkap dalam sistem VAC melakukan aktiviti tipu muslihat ialah Hovik "KQLY" Tovmassian. KQLY berkhidmat bagi pasukan e-sukan Perancis, Titan dan mendapat hukuman sekatan yang panjang.[21] Pemain popular lain yang tertangkap sistem ini ialah Vinicius “v$m” Moreira dari Brazil. Sistem mensyaki adanya penipuan semasa ia sedang bermain dalam perlawanan di peta Detona.[22]

Tipu muslihat juga banyak berlaku di kejohanan LAN atau serantau. Pada tahun 2018, di acara perlawanan eXTREMESLAND ZOWIE Asia CS:GO, pemain India Nikhil Kumawat dengan nama cembung "forsaken" dari pasukan OpTic tertangkap melakukan tipuan semasa perlawanan dengan tipuan automatik (aimbot) ketika bermain melawan Revolution, pasukan CS:GO asal Vietnam.[23] Kejohanan diadakan dengan hadian sebanyak $100,000.[24] OpTic dari India mendapat hukuman hilang kelayakan dab Kumawat tidak boleh lagi menyertai perlawanan profesional.[25]

Pada tahun 2020, Suruhanjaya Kejujuran E-Sukan (E-Sports Integrity Commision/ESIC) sudah mencekal 37 jurulatih[26] kerana menyalahguna moda pemerhati, sebab sesekali dalam moda itu akan berlaku sebuah bug yang diguna bagi mengetahui posisi lawan. Valve juga menghukum jurulatih-jurulatih dengan mencekal mereka selama beberapa tahun dari Mejar CS:GO sesuai dengan tingkat kekecohan mereka.[27]

Pada 15 April 2021, Valve mengemas kini garis panduan acara yang membolehkan akaun pemain profesional yang tercekal oleh VAC kembali dalam perlawanan berhadian yang ditaha Valve.[28] Isi daripada keterangan kemas kini itu ialah: akauan yang boleh menyertai perlawanan hanyalah akaun yang mendapat hukuman cekal daripada VAC selama 5 tahun ke bawah.

Penetapan Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Penetapan perlawanan ialah salah satu contoh jenayah siber yang sering berlaku di perlawanan sukan. Sebagai sebuah aktiviti yang ditakrif bahagian daripada sukan, penetapan perlawanan dalam e-sukan khususnya Counter-Strike ialah isu negatif yang sering muncul pada perlawanan profesional francais ini. Banyak dari pemain yang telah dicekal kerana tertangkap melakukan penetapan perlawanan. Pada bulan Ogos 2014, dua pasukan popular CS:GO, iBUYPOWER dan NetcodeGuides.com, tertangkap dalam sebuah skandal dan dijuluki sebagai "Skandal penetapan perlawanan besar Counter-Strike yang perdana" pada komuniti penyokong CS:GO.[29] iBUYPOWER, yang harusnya mampu menang mudah, kalah melawan NetcodeGuides.com, meski pemain NetCode yang tersisa hanya 4 pemain menghadapi 16 pemain iBUYPOWER. Dot Esports yang mensyaki perlawanan tidak logik itu kemudian menamukan salah satu bukti bagi meluah tipu muslihat mereka.[30]

Pada 20 Januari 2021, ESIC menghukum seramai 35 pemain profesional[31] sebab bertaruh dalam perlawanan kejohanan CS:GO Australia.

Pada tarikh 31 March 2021, Ketua Suruhanjaya ESIC, Ian Smith, telah meluahkan bahawa Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (Federal Bureau of Investigation/FBI) telah terlibat dalam siasatan mencari pelaku utama penetapan perlawanan Counter-Strike, yang sudah berlangsung sejak bulan September 2020.[32]

Judi[sunting | sunting sumber]

Selepas penambahan kulit eksklusif bagi senjata pada pembaharuan CS:GO dengan tajuk Arms Deal pada bulan Ogos 2013, ekonomi internet mula terasas sebab permintaan dan penawaran pemain bagi kulit ekslusif yang langka. Sebuah laman judi dan bertaruh permainan dalam talian bernama Steamworks API mula beroperasi, Pada awalnya, laman itu hanya bertaruh perlawanan professional and separa-profesional CS:GO dan kulit ekslusif macam apa yang keluar daripada kotak harta. Pada 2015, laman-laman judi baharu seperti cendawan yang tumbuh di musim hujan dengan permainan taruhan yang baharu. Mereka mula beroperasi seperti kasino tetapi dalam internet, pemain dapat bertaruh skin kulit dalam permainan taruh seperti pusingan roulette, memusing koin, mengocok dadu, dan pelbagai permainan lainnya.[33][34] Menurut penyelidikan daripada firma Eilers & Krejcik Gaming, pemain profesional dan penyokong e-sukan bertaruh sampai $2.3 bilien pada 2015 sahaja,[35] dan angka ini meningkat lebih daripada 2 kali lipat menjadi $5 bilien pada tahun 2016[36], barang yang dipertaruhkan ialah kulit eksklusif CS:GO.

Pada bulan Jun sehingga Julai 2016, laman-laman judi dan Valve mendapat dakwaan keras, dalam dakwaan itu disampaikan bahawa syarikat pembangun francais sungguh sengaja membiarkan siri permainannya menjadi alat berjudi.[37][38] Semenjak pendakwaan itu, Valve mula menghalau siapapun yang hendak mengguna rangkaian Steamworks bagi berjudi, banyak laman yang bersurai kerana tekanan daripada Valve.[39] pada bulan Julai 2018, Valve menghentikan pembukaan pengenalan kotak harta CS:GO di Belgium dan Belanda selepas disyaki melanggar hukum tempatan.[40] Di kedua negara itu banyak komuniti e-sukan yang mencabar undang-undang anti-judi itu dan menganggap bahawa pihak pentadbir terlalu berlebihan.[41]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Mitchell, Ferguson (2018-09-19). "Esports Essentials: The Impact of the Counter-Strike Majors". The Esports Observer. Dicapai pada 27 December 2019.
  2. ^ a b Llewellyn, Thomas (2018-09-17). "An eSports phenomenon: Counter-Strike". National Science and Media Museum. Dicapai pada 27 December 2019.
  3. ^ Michael Kane (19 June 2008). Game Boys: Triumph, Heartbreak, and the Quest for Cash in the Battleground of Competitive Videogaming. Penguin Publishing Group. ISBN 978-1-4406-3188-7.
  4. ^ Rosen, Daniel (October 4, 2015). "Report: eSports team union forms, outlines requirements for CS:GO, Dota 2 tournaments". The Score Esports. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2017. Dicapai pada November 17, 2015.
  5. ^ a b Campbell, Colin (May 13, 2016). "The who, what and why of the World Esports Association". Polygon. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2017. Dicapai pada June 22, 2017.
  6. ^ Walker, Alex (May 19, 2016). "Surprise, The World Esports Association Is Already In Trouble". Kotaku. Gawker Media. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2017. Dicapai pada June 22, 2017.
  7. ^ "Removing One Of Counter-Strike's Best Maps Was A Mistake". Kotaku Australia (dalam bahasa Inggeris). 2016-04-26. Dicapai pada 2023-04-17.
  8. ^ Mike Stubbs (2016-08-18). "Top CS:GO pros weigh in on the Nuke and Inferno map switch". PC Gamer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-04-17.
  9. ^ wallabeebeatle (2017-02-08). "The Valve Meta: An Alternative History of Competitive CS:GO". Dot Esports. Dicapai pada 27 December 2019.
  10. ^ Te, Zorine (2014-05-26). "Dust to Dust: The History of Counter-Strike". GameSpot. Dicapai pada 27 December 2019.
  11. ^ Crew, The (2023-03-12). "CS:GO Hits 1.4 Million Concurrent Players Amid Rumors of Source 2 Update". TalkEsport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-03-12.
  12. ^ a b Dessel, Josse van (2022-10-18). "CSGO Tournaments: The guide to everything you need to know". Jaxon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-29.
  13. ^ Ghost, Digital (2022-07-16). "CS:GO Tournaments and Majors Explained". Corrosion Hour (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-29.
  14. ^ Šimić, Ivan (2023-07-06). "What are the most popular Counter-Strike esports events?". Esports Insider. Dicapai pada 2023-07-28.
  15. ^ Spangler, Todd (September 23, 2015). "Turner, WME/IMG Form E-Sports League, With TBS to Air Live Events". Variety. Penske Media Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada June 22, 2017. Dicapai pada November 13, 2015.
  16. ^ Frederick, Brittany (August 22, 2018). "ELEAGUE announces CSGO Premier TV plans, Esports 101 special". Fansided. Diarkibkan daripada yang asal pada August 23, 2018. Dicapai pada September 19, 2018.
  17. ^ Martinello, Eva (October 21, 2019). "TV 2 Denmark acquires Danish broadcast rights for ESL Pro Tour". Esports insider. Dicapai pada November 26, 2023.
  18. ^ Goos, Sebastian (August 31, 2023). "TV 2 dropper Counter-Strike". Journalisten. Dicapai pada November 26, 2023.
  19. ^ "Valve Anti-Cheat System (VAC)". Steam. Dicapai pada October 22, 2018.
  20. ^ Ingram, Finn (2019-09-07). "Massive exploitation in CSGO enables wall-hacks without being detected". EsportsJunkie.com. Dicapai pada 27 December 2019.
  21. ^ Mira, Luis (November 21, 2014). "KQLY: "BAN WAS JUSTIFIED"". HLTV.org. Dicapai pada September 11, 2018.
  22. ^ Marques, Roque (November 5, 2018). "Valve aplica banimento em v$m; ESL isenta jogador". ESPN. Dicapai pada November 5, 2018.
  23. ^ Deason, Ross (2018-10-19). "OpTic India disqualified from eXTREMESLAND CS:GO event after player is caught with hacks Update – Roster released". Dexerto.com. Dicapai pada 27 December 2019.
  24. ^ Good, Owen S. (2019-10-21). "Watch a Counter-Strike pro get caught cheating during a major esports tournament". Polygon. Dicapai pada 27 December 2019.
  25. ^ Porter, Matt (2018-10-24). "Former OpTic India player Forsaken explains why he cheated". Dexerto.com. Dicapai pada 27 December 2019.
  26. ^ "ESIC issues bans to 37 coaches for spectator bug use". HLTV.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-09.
  27. ^ "Counter-Strike: Global Offensive » 2021 RMR Update". blog.counter-strike.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 2021-05-23.
  28. ^ "Counter-Strike: Global Offensive » New RMR Eligibility Guidelines". blog.counter-strike.net. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-15. Dicapai pada 2021-05-23.
  29. ^ Cooke, Sam (18 August 2016). "Phil Kornychev – Forget the TV show, this is the real Skins drama". Esports Insider. Dicapai pada 4 July 2017.
  30. ^ Lewis, Richard (22 August 2014). "Leaked screengrabs hint of match-fixing at CEVO". Dot Esports. Dicapai pada 4 July 2017.
  31. ^ "ESIC issues 35 bans for betting-related offences in Australia". HLTV.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-02-09.
  32. ^ "ESIC involves FBI in North American match-fixing investigation". HLTV.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-15.
  33. ^ "How Counter-Strike spawned a $5 billion gambling market you've never heard of". ESPN.com. Dicapai pada 2023-04-17.
  34. ^ Maciej, Martin (June 3, 2015). "CS:GO-Jackpot – was ist das und wie funktioniert es?". GIGA Games (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada January 9, 2016. Dicapai pada February 3, 2016.
  35. ^ Brustein, Joshua; Novy-Williams, Eben (April 20, 2016). "Virtual Weapons are Turning Teen Gamers into Serious Gamblers". Bloomberg Business. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 20, 2016. Dicapai pada Julai 18, 2016.
  36. ^ Assael, Shaun (Januari 23, 2017). "Skin in the Game". ESPN. Diarkibkan daripada yang asal pada Januari 22, 2017. Dicapai pada Januari 23, 2017.
  37. ^ "CSGO Lotto and owners sued over 'illegal gambling' allegations". Polygon. 7 July 2016. Dicapai pada July 15, 2020.
  38. ^ Crecente, Brian (6 July 2016). "Lawyer: Valve's silence while helping gambling sites is 'unconscionable'". Polygon (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 March 2021.
  39. ^ Sarkar, Samit (Julai 11, 2016). "How do Counter-Strike: Global Offensive skins work?". Polygon. Vox Media. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 22, 2017. Dicapai pada Julai 11, 2016.
  40. ^ Jones, Ali (July 13, 2018). "Valve disables CS:GO loot boxes in Belgium and the Netherlands". PCGamesN. Diarkibkan daripada yang asal pada September 7, 2018. Dicapai pada September 19, 2018.
  41. ^ Sayer, Matt (8 July 2016). "The CS:GO gambling lawsuit against Valve is fundamentally flawed". PCGamer. Diarkibkan daripada yang asal pada March 13, 2020. Dicapai pada July 15, 2020.