Curi kenderaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta yang dipecahkan tingkapnya untuk dicuri.

Curi kenderaan merupakan satu bentuk jenayah mencuri atau cubaan mencuri kenderaan bermotor (seperti kereta, motosikal, lori dan bas).

Kaedah[sunting | sunting sumber]

Serpihan kaca menandakan tempat di mana kereta yang diparkir dicuri.

Beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:

  • Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci: Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masuk kenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.
  • Kecurian dengan capaian kunci: Juga dikenali sebagai "Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik". Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.
  • Kecurian oportunis: Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.
  • Rampasan kereta: Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan. Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).
  • Kecurian penyelewengan: Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera.

Kenderaan yang paling banyak dicuri[sunting | sunting sumber]

Ford Explorer yang dipecahkan tingkapnya.

Buatan serta model kenderaan yang paling banyak dicuri bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah kawasan serta semudah mana ia dicuri. Di Amerika Syarikat misalnya, kereta yang paling banyak dicuri ialah Honda Accord, Honda Civic dan Toyota Camry.[1]

Di Malaysia, negeri Selangor merekodkan kes curi kenderaan tertinggi, diikuti Kuala Lumpur dan Johor. Sejak tahun 2005, model-model Proton merupakan model kenderaan yang paling banyak dicuri, dengan Proton Wira mencatatkan kes kecurian tertinggi, diikuti Proton Satria, Proton Waja, Proton Perdana dan yang terbaru Perodua Myvi. Kecurian paling tinggi direkodkan adalah kenderaan yang telah diubahsuai enjin dan yang menggunakan alat ganti serta aksesori dari negara Jepun[2].

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kaedah pencegahan bagi mengurangkan kecenderungan berlakunya kecurian kenderaan. Antaranya termasuklah halangan fizikal, yang menjadikan cubaan mencuri lebih sukar. Antaranya termasuklah:

  • Menggunakan peranti yang mengunci bahagian kenderaan yang diperlukan untuk mengendalikannya, seperti roda, stereng atau injak brek.
  • Memasang pelumpuh yang hanya membenarkan kenderaan dihidupkan apabila kunci dengan cip yang betul berada dalam slot kunci penyalaan.
  • Jangan Terlalu Bercerita Tentang Spesifikasi Kenderaan Anda Kepada Pihak Umum Yang Tidak Dikenali Atau Baru Dikenali Seperti Meletakkan Gambar Kenderaan Anda Luar Dan Dalam Serta Spesifikasi Kenderaan Anda Di Dalam Facebook

Peluang berlaku kecurian juga boleh dikurangkan dengan menggunakan pelbagai alat pencegah, yang merupaya memberi impresi kepada pencuri bahawa dia akan ditangkap dengan mudah sekiranya kenderaan dicuri, antaranya termasuklah:

  • Sistem penggera kereta yang diaktifkan apabila kenderaan dipecah masuk
  • Memasang suis pemati enjin untuk menyusahkan pencuri untuk menghidupkan enjin. Suis tersebut boleh dipasang di bahagian penting sistem penyalaan ataupun sistem bahan api. Kereta tidak boleh dihidupkan selagi suis pemati enjin tersebut belum dihidupkan. Ada juga pemilik kenderaan yang menyembunyikan suis pemati enjin di kawasan tersembunyi seperti di bawah papan pemuka, di bawah kerusi, dsb.
  • Menggores nombor siri kenderaan (VIN) pada cermin kereta.
  • Memasang penjejak GPS samaada yang dijual khas atau telefon bimbit yang telah diubah suai untuk menjejak kedudukan kereta yang dicuri atau lupa diletakkan di mana.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]